Selayang
Kasih~Umrah Hamba Yang Berdosa..
~KoTa Suci MH..~
Petang Jumaat~Mac 2014~::~
Meninggalkan kenangan yang cukup manis untuk
dikenang sampai bila-bila. Teringat lagi tatkala bergegas keluar dari hotel
untuk menunaikan solat asar (agak lambat kerana tertidur selepas zohor), saya
tergamam sendiri di hadapan hotel. Hujan di kota suci Makkah! Perkara
yang tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.
Menariknya, jumaat pada hari tersebut, kata abgku imam masjid al-haram,
berdoa memohon hujan. Keadaan sekitar masjid yang berhabuk kerana kerja-kerja
pembinaan yang giat dijalankan memungkinkan sesiapa sahaja mendapat sakit,
termasuk saya. Mungkin itu antara sebab paling utama kenapa imam berdoa
sedemikian. Lagipun sudah lama kota suci ini tidak dibasahi hujan.
Alhamdulillah. Mustajab sungguh berdoa di sini. Memohon hujan pada waktu
zohor, sebelum asar, Allah makbulkan. Maka pada petang yang penuh barakah itu,
saya kebasahan sepanjang perjalanan dari hotel ke masjid oleh hujan rahmat yang
tidak pernah saya sangkakan. Saje teringin nk merasa dinginnya hujan rahmat di
kota suci.. J
Terima kasih Tuhan, kerana memberi pengalaman yang paling indah buat
umrahku kali ini. Alhamdulillah -
~*Catatan Perjalanan **~perkongsian bukan untuk menunjuk nunjuk namun yang baik ambil sebagai satu ilmu dan ikhitbar...
No comments:
Post a Comment