Cinta Kasih

Tuesday, January 5, 2016

"Kasih Tanpa Syarat.."




Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin


Putra: kasih tanpa harga tapi ada nilai..

Why are you sad when one doesn't give you their attention?
No worries because Allah is always by your side giving you His attention..




Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. Kata kuda itu : “Kamu pasti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui kalau pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya. Saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis & bongkak. 



Putra. Lenaku lelah di pangku kasih..


Anak kucing yang kecil itu menundukkan kepalanya & pergi. Lalu dia mendengar seekor lembu di kandang sebelah berkata : “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab tuan di sini membuat keju & mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh & bangga.

Teriak seekor keldai : “Hoi lembu! Kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Saya memberi mantel bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu mengenai anak kucing kecil itu, sememangnya kamu memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”



Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam percakapan itu sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan & peranan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur. Semua binatang sepakat kalau si anak kucing yang kecil itu adalah mahluk yang tidak berguna sama sekali & tidak mampu memberikan apapun sumbangan kepada keluarga itu.


Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, anak kucing yang kecil itu pergi ke tempat sepi & mulai menangis meratapi nasibnya. Sedih rasanya. Sudahlah yatim piatu, dianggap tidak berguna, disingkirkan dari pergaulan lagi..

Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si anak kucing yang kecil mungil itu. 

“Saya tidak dapat memberikan layanan kepada keluarga disini & sayalah haiwan yang paling tidak berguna disini.” 


ERIC

Kata anjing tua itu : “Memang benar bahawa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati, kamu tidak bisa memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak bisa kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk membawa kegembiraan & kebahagiaan. ” 


Milo, sepi itu indah

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang & tampak amat lelah kerana perjalanan jauh di panas terik matahari. Anak kucing yang kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya & melompat ke dalam pelukan tuannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang & anak kcuing yang kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria. Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat & mengusap-usap kepalanya, serta berkata : “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sinar & indah bila kau menyambutku semesra ini. Kamu sungguh yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini, kecil-kecil kamu telah mengerti ertinya kasih..”

Jangan sedih kerana kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu, tetapi apa yang kamu dapat lakukan, lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya.. 


bersama mama Meow.'kasih tanpa Syarat'


Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan & orang yang rendah hati akan ditinggikan.


"Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
“Bertaqwalah kepada Allah dimana jua engkau berada & balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya kebaikan itu akan menutupi keburukan & bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik..”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Friday, November 13, 2015

Aku Wanita iTu



~AKU WANITA~




Saat ini raga menuntun ke keramaham CinTa



“Menangis adalah hal yang paling melegakan  ketika sesorang  begitu tertekkan”
                Jatuh, anggap saja  SEBUAH KENIKMATAN, kerana hujan pun jatuh membawa kebahagiaan. Sekiranya kamu tidak takut jatuh menepilah lalu tergadahkan kedua telapak tangan BERDOA..






~Aku WANITA ITU BERKATA :~Menjadi kuat Bukan bererti kamu harus tau segalanya. Bukan bererti kamu tidak boleh hancur. Kekuatanmu ada pada kemampuan di kelembutanmu bangkit kembali setelah berkali kali jatuh. Jangan fikirkan kamu sampai di mana dan bila. Tidak ada yang tahu.

Your strength is simply your will to go on...

C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Thursday, November 12, 2015

Cinta Itu Tidak Buta



KRONOLOGI KUCING JALANAN~

Cinta itu Tidak BUTA



Baby vulus


Ni salah sekor baby cat..( kucing jalanan ) sebenarnya time kutip Meow tak tau baby ni cam ne, bawa balik, mandi, syampoo wangi2. sian gigil dia..tapi time bagi susu kita sudukan,tapi dia tak bnyak gerak..bbrapa hari. ajar susu dalam mangkuk dia tak minum, setiap kali nk minum dia jatuh dalam susu, meow pelik..bawa jumpa doktor Vet..di sahkan baby ni buta,,huhuhu..gerak now dh besar gerak guna deria yg Allah bgikan kat dia..


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

CinTa TanPa Syarat II





~KRONOLOGI KUCING JALANAN~

~KONGSI BAHAGIA~

* CINTA TANPA SYARAT *


Kronologi abam sadoo..oyen.


Meow ada bela banyak kucing jalanan, yg kwn beri dan kutip. now kucing meow hnya tinggal 7 ekor akibat serangan virus awal tahun..


Meow ada IMPIAN macam pecinta kucing2 lain,nk yg gebus, mulus dan cantik,, tapi fikir2 dari berbelanja besar tuk yg gebus..elok Meow kutip jew, perbelanjaan jimat tuk yg ada, dan hampir setahun lebih pakat ngan doktor vet nak jadikan salah sekor kucing jalanan Meow IMPIAN, NAAAAAAAKKK SNGT TUCING CAM kucing garfield.. Hehehe. salah sekor ade kaler oren, bagi nama Oyen..jantan,,masa kecik dia kencing berdarah, huhuhu kurus je masa jumpa.bawa jumpa vet rawat, sampai umur 6 bulan, telur dia tak kembang, ade tapi ciput je, doktor ckp dia mandul, bbrapa hari lepas bawa lagi ke vet, sebb 6 bulan skali kena medical check up, U alls nengok.. meow sendiri dah tak boleh angkat Oyen.. dia dh Gemuksssss...GARFIELD SADOOOOOO..



Tak boleh angkat daaa abam sadoooo..




C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Wednesday, November 11, 2015

BerBahagi Bahagia





~CINTA TANPA SYARAT~

BERBAGI REZKI ITU INDAH,,








~Kebahagiaan adalah sebuah pilihan, walau dengan cara apa sekalipun,
Memiliki kebahagiaan tidak semestinya dengan kemewahan kebendaan tetapi kemewahan yang di dalamnya sarat kasih sayang tanpa SYARATsesama mahluk adalah sebuah kepuasan,

Sebagai tanda cinta dan keSyukuran atas anugrah maka warnailah hidup yg masih bsisa ini dengan memberi manfaat pada setiap mahluk du muka bumi..


\
Yamg indah itu Budi...



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Cinta Tanpa Syarat





~KRONOLOGI KEHIDUPAN KUCING JALANAN..

Cinta Tanpa Syarat







Ingin berkongsi dngn u alls.tentang kesah kucing Meow bernama Misha..
misha meow kutip masa kecik tepi longkang, hari pertama meow lalu dengar suara anak kucing,meow lalu jemungkin kucing orng, hari kedua meow lalu masih juga ada suara halus semain sayuu,,meow cari dan lihat di dalam longkang yg agak lembab seekor anak kucing, sedih sngt sebab sebelah tangan dia dah hancur, ekor dia pun hancur, aduhaiii sian menitis air mata meow, cepat bawa balik balit, dah bau,,denga lalat dan semut,nk busuk..Jumpa doktor vet..doktor terkejut dia cakap baby cat ni kena pukul dgn benda tumpul sebab ada kesan cat kat luka..huhuhu..
masuk wad, doktor rwt seminggu, bawa balik..kosnya meow tak mau cakap..

bbrapa bulan memang snsitif tempat luka misha..bernanah lagi, bawa jumpa vet, doktor cakap tangan misha terpaksa dipotong sampau paras bahu baru sebb dh jangkitan..nanes lagii ,sian nasib misha..dia manje, jalan dgn sebelah tangan dan kaki.sebb kaki belakang pun patah..heret je jalan, tangan depan dh kudung..

dah potong sampai bahu misha sihat wlau tak de tanga dn kaki..ce u alls bayangk cam ne dia jalan huhuhu tapi Allah maha adil,,misha membesar,,sampai setahun ngandung ,,check vet, kata dah 3 bulan..eppy gilerr,,hehehee.misha pun sihat, tapi payah nk gerak sebb satu kaki satu tagan,peot lagi.entah nape satu hari bibik lupa bawa misha masuk rumah..pagi tu meow dgr anjung melolong..rasa x sedap hati jam 3,00am.gerak bibik..dan akhirnya kami jumpa misha dah terkulaii wahaaaaa...dia tak kuat lari masa di kejar anjing liar..Meow dah hilang sabar,esoknya meow hentikan bibik kerja.sebab terlalu sedih,,


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Hujan Itu





Pada ketika hujan menangis...





Nyanyian dalam hujan yukkkk~~petang2 hujan,, i am lonelyy..
Listen to the rhythm of the falling rain,
Telling me just what a fool I've been.
I wish that it would go and let me cry in vain,
And let me be alone again.
Now the only girl I've ever loved has gone away.
Looking for a brand new start!
But little does she know that when she left that day.
Along with her she took my heart.
Rain, please tell me, now does that seem fair
For her to steal my heart away when she don't care
I can't love another, when my heart's somewhere far away.
Rain, won't you tell her that I love her so
Please ask the sun to set her heart aglow

Rain in her heart and let the love we know start to grow.


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Tinggilah Tinggi..Meow





Tinggilah Tinggi..aduyaiiiii..





~Story Mory today..dunia ni kadang pelik..tak semua benda kita boleh fikir ngan logik akal kan kankan..ni my Mico..noty, lari sana sini gediknya,,
tapi gedik jugak nak manjat pokok..ha ha ha ambik kow, panjat pokok tak lepas nk turun, separuh hari mnggiew ngieow..Tuannya lagi tak pandai manjat kikiki..
Dan akhirnya sepasukan ahli bomba datang..turun pakai tangga kwang kwang kwang...

teramat teruja tak sempat snap lak ahli bomba..cian depa.. tak pe jasa mereka sentiasa di kenang..







C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Merajuk


~KRONOLOGI KUCING JALANAN PART 2~


Dan akhirnya , semua perbuatan Meow2 ni terbongkar, perancangan x jadi, kena tangkap ,dah terbukti di CCTV apa yg depa buat..
Ni time kena soal siasat dan kena pot pet pot pet..
Selama ni den sabar je pd apa je karenah, hari ni masuk mahkamah semua depa ni..You alls tengok apa jadi?? Buat muka seposen dan tak kurang juga yg buat2 tido, buat pemsan, ade yg kena sawan tucing....





APTB.







C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Syurga Di Hati


~KRONOLOGI KUCING JALANAN 1~


BZ BZ BZ


~Hasil siasatan maka tJawaplah semua PERSOALAN atas kehilangan barang2 spt benang, sudu, bunga dll barang ringan kecuali almari,tv, katil ,tilam..
Pagi tadi den dongar bunyi bising dri arah dapur bersebelahan bilik My Meow...takut nk ke dapur, duk diam je la mane tau pencuri menceroboh masuk rumah ,minta jauh, dap dup je rasa hati huhuhu..berdoa x putus putus..

Siang jam 9:00am baru berani ke dapur..tapi x de plok apa yg terusik..
Last check camera cct.. Tu diaaa...dah tau..
Bila den pi tengok bilik meow, milo, putra dn Mika buat muka selamba jeww..
Dalam lubang salur air tu dh penuh dgn barang2.. Tersumbat huhuhu..


Ni kerja depa..

C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Friday, November 6, 2015

Kucing Jalanan ( 1 )


Assalamualaikum semua selamat malam..nunite..he he bahasa bebudakk.. ;p

OPSSTTTTT.. bahasa Kucing?? He he he..  kan kan..
yang sebenarnya sudah terlalu lamaaaaaaaaaaaaaa.. lamaaaaaaaaaaaaaa sangat den tak tulis entry..
 bukan takdek idea tapi terlebih sudaaaa hehehhee.. 
Bila teruja dan terkesima mula menulis tak tau mana satu nak mulakan.. sebab idea dah bertimbun. tak tau nak korek mana dulu.. tarik sana sini bersepah dan bersepai.. ahee last sekali den bagi korang semua pic je laaaa..

Jangan ikut benggong erkkk..tengok baca,,tak mau jeling jeling jew jangan sampai juling sudaa he 
 he..


Mula dari cerita hari ni..hermmmmm..belasah jela yeww.


Ni ABAM YANG BAM SADO & MEOW





Cerita mereka bakal MENYUSUL..tunggu...



Sekian tulah MUQADIMAHNYA..tuk Entry kali ni. Meow masih blurr huhu.. 


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

MaTa INI



 Di mana harus aku mulai..huhuhu..

Bismillah....

 akulah meow itu...

Meow


Mulai hari ini, tika saat ini.. bukan alasan yg akan ku timbuni, bukan rengekan yg akan ku bajai, bukan keluhan yg akan ku beri… tetapi aku bertekad Ya Allah, akan ku didik jiwaku, akan ku tarbiah hatiku, moge setiap ape yg Kau curahkan kepadaku, akan ku balasinye dengan senyuman, akan kusiraminye sebagai penambah Iman, akan ku hadapinye dengan penuh pengharapan dan ketawadukan.. terima kasih Ya Allah atas HidayahMu ini, terima kasih Ya Allah, terima kasih …


Tiada tempat lain untuk aku mengadu segala-galanya, selain kepadaMu … tiada cinta yg aku salurkan setinggi cintaku kepadaMu … sesungguhnye hidup dan matiku hanyelah untukMu, Cukuplah Kau pendampingku dalam hidupku, Ya Allah..

Setiap yang datang padaku atau apa saja takdir tuk aku..Aku akan bersyukur.. ( Rasa libang libu mahu memulakan entry, telah lama aku tidak mencoret atau menconteng sesuatu di laman usang blog ku).

Aku masih terkapai kapai dan blurr huhuhu..


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Wednesday, July 9, 2014

BiDukku








Kalau ada sebuah tasik
kaulah perahu kecil
berlabuh tenang di tambatanku
apakala tiba waktu senja
lembayung indah itu
kita yang mewarnakannya.









C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Saturday, July 5, 2014

ADA....

Bismillah...


AKU


Antara bayangan reality dan mimpi ..







C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Friday, April 11, 2014

~MIMPI~




Ketika pagi meminta izin.
Izinkanlah sampai senja menjemput.
Izinkanlah ku mencinta dan menjagamu.
Izinkanlah ku binarkan sendu matamu.


Izikanlah ku ronakan muram wajahmu.
Izikanlah ku senadungkan sunyi hati mu.
Izikanlah ku hiasi kelam fikirmu.
Setidaknya sampai senja ini.
Ku kan slalu memberi dan memberi buatmu.
Tak lebih.
Karena dengan itu ku bahagia.
Buat mu impian ku…















C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

~BiarKan SaJa Tentang MimPi~





Saat ini malam menyampaikan bisik pada ku…
Seribu kata penuh akan umpama…
Saat ini sesosok bayang pun mengiring..
Yang tak henti merasuk di fikiran…
Saat ini angin pun singgah…
Hanya sekdar buat mata tak henti lelah…
Duhai…
Merayu seribu kata ku memohon…
Sudahi ini…
Meminta selaksa harap ku menadah…
Lekaslah pergi…duhai mimpi..
Biarkan ku sejenak bermain cumbu dengan peraduanku…
Biarkan ku sejenak bermesra dengan hangat pelindung tubuh…
Biarkan…biarkan..biarkan


Betapa ku tak sangup menangung…
Betapa ku tak bisa menampung…
Akan bayang yang tak henti mengajak fikir tuk berbagi…
Akan bayang yang tak henti tuk bercanda…
Duhai BAHAGIA..
Pesona apa yang ada padamu…
Rasa apa yang telah dirimu sebar di hati sepi ini…
Seakan penuh sesak fikirku akan bayangmu…
Seakan tak bertepi bayang mu bertahta di hati…






Duhai
Biarkan ku rehat sejenak impianku…!!!
agar bila terbuka mataku
ada warna pelangi yang terpatri melakar ceria
mendudukkan aku di ranjang kenyataan nan manis..


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Harapan



Kekasihku... 
melihatmu aku melihat seorang raja pada rakyatnya..
Yang harus selalu aku beri mulia
 
Melihatmu...
Aku melihat seorang penguasa memerintah rakyatnya..
Harus selalu di puja

Melihatmu,
 
Seperti melihat perwira menghakimi narapidana
Tiada berharga...

Padahal engkau seorang belahan jiwa
 
Tempat seharusnya jiwa ini berada
Bukan malah membuat jiwaku mengembara 


Aku cinta
Aku tak berdaya
Aku jatuh cinta
Pada jiwa tak berupa
Karena jiwaku hilang tak temukan tempatnya
Dan engkau disana hanya menuntutku membawa jiwaku pada jiwamu yang entah dimana berada......

Dan aku pun tak bisa bertanya DIMANA??
 
hanya bisa mengalirkan airmataku pada telaga tak berwarna......
 









C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Monday, March 24, 2014

Hujan Di Kota Suci




Selayang Kasih~Umrah  Hamba Yang Berdosa..

 ~KoTa Suci MH..~







Petang Jumaat~Mac 2014~::~ 

Meninggalkan kenangan yang cukup manis untuk dikenang sampai bila-bila. Teringat lagi tatkala bergegas keluar dari hotel untuk menunaikan solat asar (agak lambat kerana tertidur selepas zohor), saya tergamam sendiri di hadapan hotel. Hujan di kota suci Makkah!  Perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.

Menariknya, jumaat pada hari tersebut, kata abgku imam masjid al-haram, berdoa memohon hujan. Keadaan sekitar masjid yang berhabuk kerana kerja-kerja pembinaan yang giat dijalankan memungkinkan sesiapa sahaja mendapat sakit, termasuk saya. Mungkin itu antara sebab paling utama kenapa imam berdoa sedemikian. Lagipun sudah lama kota suci ini tidak dibasahi hujan.

Alhamdulillah. Mustajab sungguh berdoa di sini. Memohon hujan pada waktu zohor, sebelum asar, Allah makbulkan. Maka pada petang yang penuh barakah itu, saya kebasahan sepanjang perjalanan dari hotel ke masjid oleh hujan rahmat yang tidak pernah saya sangkakan. Saje teringin nk merasa dinginnya hujan rahmat di kota suci.. J


Terima kasih Tuhan, kerana memberi pengalaman yang paling indah buat umrahku kali ini. Alhamdulillah -

 ~*Catatan Perjalanan **~perkongsian bukan untuk menunjuk nunjuk namun yang baik ambil sebagai satu ilmu dan ikhitbar...






C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...