~**~CintaBerbuahSyurga~**~
.::.Malam Pertama Kita.::.
Pada suatu masa…kita pasti dirisik PERTUNANGAN sejak azali…Diujung hidup berlangsung PERKAWINAN dengan MAUT,karena SAKIT dan NAZAK,para tamu datang memberi hadiah berupa sebuah TANGIS..kemudian PENGANTIN dimandikan,di pakaikanlah sebuah pakaian berwarna PUTIH yang sebelumnya belum pernah di pakai.
Harum wangi cendanapun semerbak di PELAMINAN…
Pengantin BERSANDING, diarak keliling kampung,di kumandangkan ADZAN dan kalimah QUDUS.
Akad NIKAH dengan TALQIN berwalikan LIANG LAHAD, bersaksikan NISAN NISAN, siraman bunga mawar dari keluarga.
MALAM PERTAMA bersama kekasih yang dindingnya TANAH,sekarang menuntut janji PERKAWINAN.
~…..KULLUNAFSIN ZAAIQATUL MAUT…..~
|
Aku Akan Ke Sini Menyusulimu... |
Di Saat Pertama Malam Pertama Aku Tahu Kau Di Sini..Mahu saja aku berbaring di dada pusaramu..Tidak ada Bezanya ketika aku labuhkan kepala di pahamu tika kita masih bersama kerna lelahku yang membadai..
Meskipun engkau membisu disini tampa menyapa dan membelai ubun2ku, namun aku boleh merasai setiap hembusan kasih sayangmu.. Rahsia hatimu..
Aku Mahu terus berbaring di sini menemanimu sepanjang persemadian ini. Agar kau tidak sunyi.
Aku larikkan doa kudus dan redhoku..Aku bermunajat pada sang kekasih agung kita. Dia yang telah menyempurnakan kasih kita..Dia yang telah menemu dan memisahkan kita kerana CintaNya..Aku yakin bahawa cinta ini membuahkan Syurga..
Biar pun
Namamu tak terukir
Dalam catitan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku....
Aku hidup dan bernafas dengan kenangan dan pengorbanan mu..Tuhan jangan bagi aku menangis dengan kehilangan ini, kerana dia telah di pusarakan dalam batinku. Dia mengalir dalam setiap urat nadiku..Aku tidak mahu tertumpah air mataku tercurah jua kenanganku darinya..Aku merayu padaMu Tuhan..Bantulah aku, berilah aku kekuatan untuk menahan kesakitan ini agar aku tidak rebah..Aku sudah tidak punya sesiapa lagi selain dia..
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...