Wednesday, January 30, 2013

Akulah Wanita Itu...





Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.





Hebat wanita bukan kerana kepintarannya
Hebat wanita bukan kerana Kecantikannya
Hebat wanita bukan kerana dirinya dikenali ramai
Dan bukan kerana disampingnya ada lelaki kacak dan kaya

Tapi wanita hebat adalah
Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
Mampu berdoa dan percaya bahawa ALLAH yang adalah sumber “kekuatan”

Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
Bersabar saat tertekan
Tersenyum saat Hati Menangis..



Gembira dan bahagia tika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah.


Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.






C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Saturday, January 5, 2013

~Beringat-ingatlah Kita~''TIDUR'





Siapa disini suka tidur lewat malam ? ? ?

Aku merupakan salah seorang manusia yang suka jadi kelawar malam dan kali ini aku nak beritahu kesan – kesan yang berlaku atas diri aku dan mungkin anda atau kamu akibat tidur lewat malam .

~Time duk menulis ni sebenarnya atas katil kat wad no 2, ha ha. tangan masih drip..tapi dah semalam tidur, malam ni dapat gangguan tidur, dan doktor Fazli bukan main bermurah hati melayanku dengan ceramahnya tentang keburukan tidur lewat..adushhh..lebih sakit dari tusukan jarummmm ni..:p

TAK CUKUP TIDUR








- - Haha , sah – sah la kan . Bagi yang pelajar atau pekerja tu , malam ni kamu dah tidur lewat esok nak bangun awal pula pergi kelas dan kerja . Berapa jam je dapat tidur ? Kesan tak cukup tidur dan tidur lewat malam ni sama saja sebenarnya .

TIDAK CERGAS (Kesihatan)

- - Tidur malam sangat penting untuk kita kekal cergas , macam mana sekalipun kita berjaga waktu malam sehingga subuh dan tidur secukupnya pada waktu pagi hingga ke tengah hari . (tidur selepas subuh kan tak elok juga) . Tidur lewat boleh buat tekanan darah jadi rendah . Bagi perempuan , mengikut tinjauan aku period mereka akan terganggu (ini tinjauan aku , kalau salah maaf ya)

BERKEMUNGKINAN MENGALAMI MASAALAH TIDUR...ngehhh..AWAS!! satg lagi mengamuk la tu..





- - Kalau anda tak ada masalah tidur sebelum ini dan tetiba mengamalkan habit tidur lewat malam , anda berkemungkinan bakal mendapat masalah tidur seperti Insomnia atau Hypersomnia .

GANGGAN UMENTAL , EMOSI DAN FIZIKAL




- - Tidur lewat malam boleh jadikan kita GEMUK(aku tengah malam selalu lapar) dan susah nak KURUSkan badan(reaksi dalaman badan kita) .

- - Dari segi emosi pula , mereka akan jadi lebih pemarah , mood tak menentu (sway) dan macam – macam lagi emosi negatif (tak kan dapat positif la)

- - Tak perlu nak siapkan kerja sampai lewat malam sebab apa yang bakal anda korbankan apabila tidur lewat malam ialah mental yang akan jadi lembab dalam erti kata lain , B.L.U.R . (PERCAYALAH !)

SENANG DAPAT PENYAKIT DAN LAMBAT SEMBUH







- Memang senang dapat penyakit dan susah nak sembuh selagi anda mengamalkan habit ini . Kurang tidur dan lewat tidur ini juga akan memberi kesan apabila kita sudah tua kelak (kata doktor) . Sekarang tak nampak sangat , nanti dah tua baru tahu .

(For me myself , aku pernah batuk berkahak selama 3 bulan , muntah kahak dan kesihatan aku memang ditahap yang rendah . Makan ubat pun tak beri kesan . Bila disiasat rupa – rupanya sebab tidur lewat dan aircond menjadi puncanya (bukan tibi ya) ).
Memang dari kecik pun hidup sakit manjang..

Setelah di sahkan Leukemia laaaagiilah aku tak boleh tidur..takyah cerita la, empunya diri ja la tau kenapa... ermmmm..sukarkan... Tak pa itu aku..dan aku harap u all dah baca ni ambiklah yang baik2..

Jaga diri dan kasihatan.. kalau sakit kauranggg la yang susah bukan aku..dan aku memang dah sakit la ni..tapi jap lagi tidurla sang mata..hiks hiks hiks..

Inilah kesan – kesan yang aku alami sepanjang tidur lewat malam . Jadi , cuba elakkan tidur lewat malam ya kawan – kawan .

~peringatan untuk aku juga~ Oleh doktor pakarku..bukan doktor Cinta..:p..




C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

~Siapa Kita???`



*peringatan untuk diri sendiri ke arah yang lebih 'baik' .








                                           Maka , siapa kita untuk menilai dugaan orang ? We are just nothing ,


-kita tak akan mampu nak jadi SEMPURNA ,
... tetapi ...
kita boleh 'goal' ke arah yang HAMPIR sempurna -

Seringkali , acap kali dan bla . . bla . . bla . . (ini bukan belog 'pure' bahasa melayu , harap maaf seandainya ada yang tersalah) . Orite back to the REALLL topic .



Sepertimana rezeki berada di tempat , suasana , keadaan yang berbeza pada setiap manusia . . seperti itu jugalah dugaan . Tempat ? Keadaan ? Tak sama . . Perasaannya ? Lagilah tak sama  u..

Dugaan diberi selaras dengan apa yang kita MAMPU . Ada orang diberi dugaan seawal usia , ada yang diberi kemudiannya . Ada dugaan yang mungkin orang nampak 'kecil' tapi perasaannya sangat menyeksakan . Itulah dugaan , apalah dugaan tanpa bermain dengan emosi ?

Kadang , kita perlu positif dengan dugaan . POSITIFkan diri apabila menghadapi saat kritikal ke

Setiap dugaan yang datang , sentiasalah ingatkan diri yang akan ada 'dugaan lebih besar merana hanya itu dan doa yang ada pada kita apabila tercabar .
nanti di hadapan . Jalan kehidupan kita bukannya lurus sepanjang masa , ada yang berliku , berbukit , berlubang dan jalan mati . Kita bukan sentiasa stabil , kadang terjatuh dan terluka . Kadang berdiri namun getar .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk mengelak dan kita memang tak mampu mengelak . Sepertimana masa terus berputar , jalan yang dilalui turut bergerak sama . Seandainya tiba di jalan mati , sentiasa fikir ' it's not like the end of the journey . ' Turn around , cari jalan lain . . kadang hidup akan tersesat tapi tak apa sebab kita belum lagi tiba di 'Perjalanan Terakhir' .

Kepada yang telah menghadapi dugaan dan merasa diri GAGAL . No , you didn't . . Buktinya , anda masih berdiri dan bernafas . Bagi saya , orang yang betul - betul gagal ialah mereka yang GAGAL dalam menghargai kehidupan mereka (Mati Bunuh Diri) .

Kepada yang 'bersyukur' dengan dugaan yang diberi , mereka akan tersenyum dan merasa bahagia sekarang kerana mereka menjadi lebih kuat dari sebelumnya , lebih matang dan makin memahami dunia .

Bagi yang mendalami erti 'dugaan' mereka , pasti akan lebih gagah dan tidak gentar apabila dugaan baru datang menempuh . Kerana mereka tahu ' itu hanya angin ribut sepintas lalu , 'angin ribut yang boleh meranapkan semua rasa tetapi sepintas lalu yang sekejap cuma dibandingkan seluruh kehidupan kita .


Dugaan akan menjadi lebih senang sekiranya kita sudah tetapka ' mindset ' yang positif kerana MIND POWER IS WAY MORE POWERFUL THAN PHYSICAL POWER . Kenapa seseorang yang dikejar anjing boleh lari lebih laju walhal sebelum ini dia tidak pernah selaju itu ? Kenapa bila esok harinya ada test kita mampu belajar sampai habis bab , berjaga malam padahal tak mampu sebelum ini ? <--(ok , ini jangan buat , study last minute contoh yang tak elok) . Kenapa ? Kenapa ? Sebab 'mind power' .

Jangan juga beranggapan yang ok , aku dah ada dugaan yang sangat besar !!! Well , you are not yet , YOU ARE NOT YET . . selagi hidup belum berakhir , kita tak akan tahu dugaan mana yang paling besar sebab ada orang lebih hebat dugaannya . Jangan juga fikir terlalu 'hebat sangat' dah berjaya menempuh cabaran , ada juga yang sampai boleh 'berkhayal dan imaginasi tentang betapa besarnya dugaan (sehingga merasa besar) . Sentiasalah berada pada aras yang sederhana .

Mereka yang menghadapi dugaan tidak akan sombong atau menunjuk bahawa mereka pernah merasa dugaan seberat jiwa menanggung melainkan hanya untuk berkongsi dan menaikkan semangat kepada mereka yang lain dalam ke'alpa'an terlupa tentang erti dugaan .

Saya perasan , adakalanya orang lain memandang rendah tidak kurang juga memperlekehkan dugaan yang dihadapi oleh seseorang .
Kata - kata seperti ;

- AKU PUNYA DUGAAN , LAGI BESAR DARI KAU/DIA/MEREKA LAH .
- AKU PERNAH KENA LAGI TERUK , OK JE .
- KAU TAK TAHU APA AKU AKU RASA , LAGI SEKSA DARI KAU .
- EK ELEHH , ITU JE ? AKU LAGILAH .

Kekadang , saya agak kurang berkenan dengan ayat ini . Diakui , ada kata - kata dan pengalaman yang diceritakan daripada orang lain boleh buat kita yang sedih ditimpa musibah/dugaan jadi kuat . Tapi , kalau nak kata dengan niat 'nak menunjuk dia punya dugaan lebih 'BOOOMM
tue agaklah menyebalkan jiwa ..

Contohnya ;
Ada seseorang nie si A namanya , dalam hidup dia , dia rasa dugaan dia lagi besar dari orang lain . Bila orang lain ada dugaan , dia pandang rendah . Katanya , tak kuatlah dan perkataan menyentap seumpamanya .

Bagi pendapat aku , aku rasa A nie tak patut nak pandang rendah pada dugaan orang lain sebab dia tak tahu perasaannya berada di tempat orang yang mengalami dugaan itu . Walaupun dugaan yang dihadapi hampir sama tapi keadaan sebenar tak sama . Jadi siapa A untuk meninggikan diri dia , memperlekehkan dan memandang sebelah mata ?




..;;.. sekadar penulisan untuk peringatan bagi diri dan semua yang selalu lupa dan terlupa .



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...