Monday, December 27, 2010






~Senyum Oh Senyum~




Hari ni aku sempat menjengguk wad ekonomi mase melawat, maklumlah kita anak perantau di wad asing, mane de orang nak tengok sangat kite ni, aku tolak kursi roda sendiri,he..he..macam angkat bakul sendirilah pulak ni..Aku tengok ada sorang kakaklah tapi mcm orng asal dari Msia or Indo je..tanpa di jemput dengen muke tak malu aku mendekat..Siannya hampir 75% mukenya berbalut, mcm cerite zombie kampung pisang pulak aku tengok..tetiba anak dia mendekat,anaklah kot tapi mcm muka kacukan, hidung mancung tapi mate agak sepet..
‘Assalamualaikum’ aku buat2 ramah .(aku senyum kerang busuk).
Dia senyum,manis budaknya,umur dalam 15tahun,tapi nampak besar.
‘Waalaikumusalam wtb..’emm, lengkap malu aku..
‘sorry,’aku berselera bertanya melihat ramah matenya.
‘tak perlu minta maaf’
Uikk, terkejut beruk aku,dia pandai cakap melayu??fikir cakap arab ke, orang puteh ke..
“mama?”tanye ku, mamcam menyibuk pulak rasa. Dah buat macam ne dah tahap boring gaban ni..
“yup, kesian my mom”
Aku menjeling wajah yg berbalut tu, tersentuh juga hati wanitaku,‘ya, sngt kesian’
“kenapa jadi macam tu?”pertanyaan yg agak bodoh..
“my father crazy, cemburu buta..”
Aku melopong,klulah ada lalat taik mase tu,memang kendurilah masuk mulutku.
“mama senyum dengan jiran yang baru pindah, papa salah faham.”
‘oh God’gumamku,
Aku merenung selembar wajah dalam keadaan aku yg poyo gaban..kate anak mude sekarang..he..he..pelik dunia ni..
“Mana papa u know?x kan x tengok mama u?” soalan bodoh lagi.
“ Dia dah jumpe Tuhan, membawa dosa yang dia buat pada mama, i rasa lega sebab dia direct kemahkamah agung, x payah buang duit bayar peguam dll”.selamba dgn mncebik bibir,bagai ada dendam yg terpendam dalam kata2 sang anak ini..fuhhh..dunia2..
‘Uhhh.., 2x5 saja manusia ini..aku hanya geleng kepalaku yg memang dah teleng dengan masalah nk blk ni..rasa x mau masuk wad, nak bawa je kerusi roda ni terus balik msia,,hu..hu..logik ke??jangan kata aku x betul sudah..memang dah x betul ni..Nah itu satu bab, senyum punye pasal, selalu di dengar senyum sedekah dah jadi bala..X termasuk kena simbah minyak tanah, kena bakar, kena potong anu..eeee geli geleman di buatnya, sebab cemburu ah..weihhh minta jauh jelah..
cuba bayangkan..





@ anda dan teman lelaki anda ke sebuah shopping complex..seorang lelaki yang tidak anda kenali menghadiahkan senyuman..anda fikir lelaki yg tidak dikenali anda itu mungkin mengenali anda..so, anda membalas senyumannya atau tidak???



@ anda dan teman wanita anda ke sebuah shopping complex..seorang perempuan yang tidak anda kenali menghadiahkan senyuman..anda fikir perempuan tersebut mengenali anda walaupun anda tidak mengenalinya..so, anda membalas senyumannya atau tidak???

kadang kala susah nak faham hati orang kan?? kalau kita senyum, dikata kita gatal..klo kita tak balas senyuman tu nanti si yg memberi senyuman tu kata kita sombong..dan mulalah penyebaran kesombongan kita berlaku disekeliling..alih-alih telinga kita dengar hal tu..siap hari bulan dikatanya kita perasan..hadoiiiii..parahhhhh

kalau kita senyum, mula lah si dia kata tak padan dengan dia ada kat sebelah, nak kena cungkil biji matelah, sialap hari bulan jadi Kasim Selamat hu..hu..Wehhhh, relax beb!! setakat senyum jerk, bukan nak sembang pun..apa salahnya kalau orang senyum kat kita, kita senyum balik walaupun kita tak kenal orang tu..senyum kan sedekah..

tapi tulah pasal, aku tetap begini..aku sendiri lagi..dah lelah aku melayan kerenah, jgn marah jika ada yg terasa..

klo bg aku la..aku senyum jerk kat sape yang tersenyum kat aku, boleh kan.. kan.. kan, niat baik itu pun kalau time aku rajin, xsalah apa yg kita buat..juz senyum..menunjukkan keramahan orang Malaysia..He..he..1 Malaysialah katakan, aduiii bertambah mengebu2 rindu nak balik ni, kalau dia tak faham dengan keramahan kita, tak kisah..tak yah gaduh, x de yang sumbing pun kalau orang tak faham, biaq je..keh..keh.keh..
Tapi kan, ehem..ehem..selalu kalau tersenyum melekat tu yang malas tu, bau perasan pulak..Ada nau stoking juga cikit..senyum kambing lagi..

Maaf kali ni x de nas Quran dn hadist pulak..nnti i letak..senyummmm...


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Thursday, December 23, 2010

Tolong Saya

Alaihai..buat poyoo je..sape tau macam ne nak buang diri sendiri ni..Aku TERFOLLOW blog sendiri ni,, tersilap nk ngajo teman yg nk follow..TERSAVE pulak..
Plse3..mcm ne ni.?? 
Saya budak baru belajor..

Hu..hu..



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

PERINDU CINTA

                                   ~RABI'AH AL-ADAWIYAH~



Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.





 


Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.



Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi'ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi'ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran.

Sejak kecil lagi Rabi'ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi'ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.

Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.













Marilah kita teliti ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:


"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu."

Rabi'ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."

Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:


"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."

Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."

Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."


Antara syairnya yang masyhur berbunyi:


"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.


"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."

Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar."

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

"Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah.

Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

~Merapu Lagi~

Jika ada yang bilang ku lupa kaujangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Jika ada yang bilang ku tak baikjangan kau dengar
Semua itu karena ku cinta kau...kau




C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Wednesday, December 22, 2010

Tak mengapa..

Asslmkmwtb..

Petang ni kepala rasa berat pulak.entah nape? Aku sering bermuhasabah diri, seandai harus kesakitan ini yang terbaik untukku maka aku redha saja..


Tapi bila ku toleh kebelakang, banyak lagi urusanku yg x selesai.Ada yang mengatakan biaq saja Allah selesaikan dan biaq saja staff yang uruskn sebb dah tugas depa. Namun aku bukan jenis mcm tu tpi x lah baik sngt he.he..terasa bakul terangkat..senyum kambing pulak aku..emmm, x de cermin mungkin ada bibir kambing, seksi??fuuhhh..poyooo..

Bagai screen LCD Sony 64" suasan di opisku..hu..hu.. betapa haru birunyalah mereka dengan hari2 bergelumang dgn memo yang sangat mencekik otak kekadang. Office Shippinglah katakan.




Aku terbaca di sudut kad ucapan di sisi katilku, mcm sajak or lirik lagu..salah satu kad yg berwarna purple..cantik ada seekor burung camar putih..


Tertera ;  Terbanglah Terus Menuju Mimpi...




Ada duka, ada luka
Mendiam di duduk hati
yang paling dalam
Biarkan saja
Lepaskan padaNYA
Penawar selalu ada
iakan tersembuhkan

tegalah melangkah!
walau terasa peritnya payah
walau langkah2 ada yang goyah
bangkitlah dari rebah
kutahu…
walau jasad terlihat letih
ruhmu tetap selalu teguh

tetaplah melangkah!
dengan tiap murni usaha
dari segenap jernih jiwa
tiada kenal erti lelah
bintang terang di hujung jalan
tersiap menanti untuk pejuang
yang mahu berjuang.

Nanti…
mulia bakti untuk ummah
adalah kesinambungan juang
yang tak pernah akan selesai

Teruskan dan tetaplah melangkah
ALLAH selalu tahu dan akan bantu!
                                                        
             ( coretan dalam kad ucapan yang ku terima )


Aku merasa ada air mengalir dari dlm hatiku dan jatuh kedlm nuraniku..Aku teharu, di saat ini baru aku menyedari siapa teman2 yng ada di sekitarku. Hati mereka terlalu putih dan mulia..sebab itu aku merasa ada satu kekuatan mengalir dari dalm diriku untuk bangkit dari pembaringan yang agak memenatkan ini..




Sekarang aku merasa kesendirian dalam perjalanan ini



Kecewa, putus asa aku gumpal dan buang dalam kenangn, biar menjadi lembar kekuatan untuk aku terus melangkah walau pun tampa kedua kakiku..


Ah..hati kenapa rasa nak menangis ni? seandainya aku tidak terjaga lagi dari lena yang kejap ini, bagaimana ya?..Puas aku mahu melontar jauh2 semua yang mengerikan ini.tapi ternyata aku masih terlalu lemah..Lantas aku padatkan bantal ke wajah., aku tahan dengan dua tanganku..biar jerit tangisku tak siapa yang dengar. Aku mulakan jeritan  dan tangisanku sepuasnya, biar sebak bermaharajalela pada seluruh ruang bilik kedap ini..Kalau terpaksa banjir biar saja..Akumahu menangis sepuasnya sekarang. Esok aku suah tidak ada masa lagi untuk semua ini..Esok atau sebentar lagi aku mahu terbangggg..










Saat layu letai terkulai
memunggah pedihnya resah
Yang tak kunjung sudah
Menangislah dari hati yang dalam
Menangislah…
Menangis.
Biar duka melega
Hanyut dibawa airmata
Lenyap saat ia terseka.

Saat tangis sudah puas
Bangkit kembali melangkah deras
Pada juang yang belum lunas

Yakin saja,
Teguh akan kian mencambah
Memutik kembali semangat nan patah
Membugar dengan embunan tabah
tegalah terus melangkah…
Kerana kita punya ALLAH.

( coretan dri kad ucapan yg aku terima dri seseorang ).



Ketika Cinta Harus Berpisah sementara demi mencari Ridho-Nya
Hendaklah Cinta itu selalu tertuju pada-Nya semata
Tiada lagi dendam tiada pula dusta..

Di antara keduanya..
Jadi biasa adalah hal bijak yang seharusnya..
Hingga waktunya benar-benar tiba.


Lantas setelah semua ku muntahkan dalam jerit di bantal, 'jeritan bantallah namanya tu..Aku lap air mata, air hidung, nafas ku hela, bulat mata abang dan makcik merenungku, mcm biji guli yang aku buat main congkak kat kampung je. ku buat2 tak perasan.Mcm ne lah rupaku agaknya. Tak mau bayanglah..memang comfrem buruk..



Aku pejam mata seolah aku mahu melupakan pandanganku sebelum ini, aku tidak mahu menoleh kesakitan itu dan aku tidak mahu melihat walau bayang sekali pun kelibat duka itu.





Kesakitan Itu Adalah Duniaku

Dadaku masih terasa ngilu dan sakit kerna kerap di tekap dgn mesin agar aku sadar,sebenarnya aku sakit di perbuat begitu tapi apakan daya aku tidak dapat menyahut atau bagi respon pada mereka.


oklah kekawan, aku dah rasa penat ni,,nnti sambung lagi, sakit belakang yang amat sangat, baru nk lepas rindu dengan korang...ok aku mau rehat dulu ya..titik

Jika aku harus hilang satu saat dari ingatanmu, apakah kamu bisa jadi gila??



Tuesday, December 21, 2010




Sejatinya Cinta baik dibumi maupun dilangit adala kurnia Illahi semata, waspadalah terhadap cinta !
Cinta akan memakan hati seperti api memakan kayu.or api dalam sekam..

Apakah aku akan menemukan cinta ? sedangkan ujian belum aku tempuh. Apa yang aku simpan untuk diriku akan lenyap, dan apa yang aku berikan kepada yang lain akan aku miliki selamanya?

Ya Allah…..
Dimana lagikah dapat kutemui Cinta Sejati kecuali pada cinta-Mu,
Kemana lagikah hati ini harus berlabuh kecuali pada kasih-Mu,
Jadikanlah hati yang lemah ini hanya tertambat kukuh hanya pada-Mu.

Didalam seribu mimpiku yang bertabur sepi yang mengantar kepada-Mu, aku hanya ingin ampunan dan terangilah jalanku. Meski didunia ini tiada yang sempurna, aku hanya memohon dalam taubatku untuk diterangi jalanku. Ku persembahkan semuanya hanya kepada-Mu, dalam jalanku yang rapuh membuka mata hati mungkin aku telah lupa dalam lelah dan resah kuteteskan air mata kubersujud kepada-Mu.

Kuserahkan semua cintaku yang tak setia dan tak sempurna ini hanya kepada-Mu.
Aku hanya mohon ridho atas segenap keputusan-Mu,
Kesejukan setelah matiku, kenikmatan untuk memandang cinta dan kerinduan terhadap cinta kudus.

Penuhilah kehinaannya dengan keindahan magfirohmu, semua tangis dan tawa terlukis dalam hidupku, sebuah usaha akan aku lakukan untuk belajar melunasi hidup dari jatuh bangunnya diri meraih segenggam cinta….



Ampunilah diri yang tak berharga ini ya Allah...

Yang memberi kekayaan bathin kepadaku, betapa penuh warna perjalanan hidup ini karena cinta yang ada pada diriku adalah fitrah-Mu.


 


Doa Cinta :

Allahummarzuqni hubban wa hubban man yuhibbuk wal 'amalallazi yu ballighuni hubbak.




Ertinya: Ya Allah, rezekikanlah aku dengan CintaMu, cinta orang yang mencintai Mu serta cinta pada amalan yang mendekatkan aku pada MU.

Ameen Ya Rabbal 'alameen..


Laa haulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Monday, December 20, 2010

Aku Pergi jua..

Saat aku memerlukan mu saat itulah kita di pisahkan rasa cukup tidak adil.


Aku terdengar jeritan saudara mara,kawan taulan memanggil2 namaku..





 One Day You Have Go To Alone.


 You Are On your One... ( I Apologize )










Did you ever stop for a while and asked yourself... What is going to happen to me the first night in my grave?


What have I prepared for death? Will I be in heaven or Hell fire? How often do I remember death? Think about the moment your body is being washed and prepared to enter your grave...


 Think about the day people will be carrying you to your grave...


 and your families crying... think about the moment you are put in your grave


Just imagine... imagine yourself in your grave...down there in that dark hole...




 ALONE... it's too DARK... you cry for help, but there is no answer... Nobody can help you... it's too NARROW... your bones are squashed...


 You regret all the bad things you've d one during your life... you regret missing the 5 PRAYERS

You regret your disrespectful manners towards every one , especially your parents...






You regret not wearing your hijab

You regret ignoring the orders of ALLAH...

YOU REGRET IGNORING THE KNOWLEDGE OF ISLAM


YOU REGRET ALL THE BAD THINGS YOU'VE DONE..

THERE IS NO ESCAPE.. YOU WILL FACE YOUR PUNISHMENT FOR EVERY LITTLE THING YOU'VE DONE...
You are ALONE in your grave only with your DEEDS... no money, no jewelry, nothing.. ONLY YOUR DEEDS...


AND WHEN IT IS SHUT,


 YOU FEEL LIKE SCREAMING AND TELLING EVERYONE NOT TO GO.. TO STAY BESIDE YOUR GRAVE


BUT, YOU CAN'T BE HEARD.. THEY LEAVE YOU AND GO AND YOU HEAR THEIR FOOTSTEPS.. AND HEAR THEM CRYING THEY WALK AWAY ...


YOU THOUGHT YOU WOULD LAST FOREVER IN THIS WORLD, YOU THOUGHT YOU WILL STAY WITH YOUR FRIENDS AND FAMILIES FOREVER... YOU THOUGHT YOU WILL HAVE FUN FOREVER... NO YOU WERE WRONG!!!




THEY LEFT YOU ALONE... JUST SPEND FEW MINUTE S AND LOOK AT YOUR FUTURE HOMES... AND SPEND THE WHOLE OF YOUR LIFE PREPARING FOR THEM...






YOU CAN NOT AFFORD TO IGNORE THIS, YOU NEED TO REMEMBER THIS EVERY MINUTE, EVERY HOUR, EVERY DAY..
EVERY TIME YOU ARE ABOUT TO COMMIT A SIN, REMEMBER THE DESTROYER OF PLEASURES:


DEATH


Illal liqa'..


( basah di ingatanku ketika aku pertama kali mau berangkat ke Mesir dlm tahun 2000).

Maka kelihatan la ahli2 family/member2 mereka semua berlinangan air mata..
(hu~snanye sayu gak rase...)
Ade sorang tu, sambil2 berjalan ke tempat nak berlepas tu, dia makan makanan dalam bekas yang mak dy masak,sambil menangis..Rasanye la kan, mesti dy nak merasa makanan fav masakan mak dy buat kali terakhir before berlepas...isk3...

itu sekumpulan student agaknya..aku hanya bayangkn, itulah yang berlaku sebelum aku bertolak ke Mesir 7 10thn lepas..dan pergi balik selepasnya..suasana itulah yang asik brulang tayang, aduhhh sedihnya..entah kenapa kesedihan itu x pernah luak2 pun..

Tapi kali ini keberangkatanku lain dari yang lain,jasadku di usung, badanku kejap di ikat rapi di atas troly
Maka berlepas jua akhirnya...
Goodbye my friends!!
Semoga berjaya walau di manapun kita semua berada...
InsyaAllah..







Friday, December 17, 2010

~"Aku telah kehilangan diriku"~




Aku menulis bukan kerana nama, bukan pula untuk di sanjung tapi aku mencoret dengan hatiku yang luluh, tinta air mata ini berbicara lagi. Membantuku tanpa jemu untuk berbicara dalam kebisuan.

Malam begini bagitu asyik bagiku, heningnya menyentap lembut keingkaran dosa hatiku lantas ia terus mencair egoku yang membata..Apa yang ada pada diri?.aku melihat diriku yang kejang dan kaku dalam selimut putih di wad kematian ini..Aduhhh..tak mampu rasanya untuk menuntu setiap hak...
Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang berbunyi:




Terjemahan:

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah kurniaan Allah, yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar."

(Surah Al-Hadid, 57 : 21)
Merujuk kepada satu hadits yang dicatatkan oleh Syaikhul Islam Al-Imam An-Nawawi rohimahullahu Ta'ala dalam kitab beliau yang berjudul Riyadhus Sholihin, dikhabarkan kepada kita perkara berikut (terjemahannya):

Dalam laporan lain yang direkodkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w. menyebut:

"Sesiapa yang mengaku percaya, tidak ada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad ialah utusan Allah, Allah tidak benarkan dia kekal di dalam neraka."


Abu Zar melaporkan: Nabi Muhammad shollalLahu a'laihi wasallam bersabda:
Allah berfirman:

"Sesiapa yang melakukan perkara-perkara baik, dia mendapat pahala 10 kali ganda atau lebih. Sesiapa yang melakukan perkara-perkara jahat itu dibalas dengan satu hukuman atau diampunkan. Sesiapa yang datang dekat kepada-Ku sejengkal, Aku datang dekat kepadanya sehasta. Sesiapa datang dekat kepada-Ku sehasta, Aku datang dekat kepadanya sedepa. Sesiapa yang datang berjalan kepada-Ku, Aku datang berlari-lari kepadanya. Sesiapa yang datang berjumpa dengan-Ku membawa kesalahan sepenuh isi bumi tetapi tidak mensyirikkan-Ku, Aku berjumpa dengannya dengan membawa keampunan sebanyak itu juga."



Ya Allah, betapa baiknya Engkau..Dalam aku kehilangan diriku,aku tersesat di jalan yang terang,seperkara kutinggalkan tentang Engkau yang memberi kerahmatan. Semalam aku meninggalkanmu dalam lenaku, namun Engkau menjaga setiap inci dari mimpiku agar tidak tercemar oleh syaitan, biarpun tahajjudku tersasar keakhir malam, Engkau tetap bangunkan aku dengan kasih sayang dengan memberikan aku semula oksigen, rasa puas dan rasa selamat dengan gelap malam. 

Pagi ini, Engkau hadiahkan lagi sinar mentari dengan Vitamin D nya..kehangatan yang nyaman dan tidak membakar mulusnya kulitku..Ah..banyaknya nikmatMu..
Dalam rehat ku yang panjang, aku tidak mnyedari satu kehilangan lagi. Maafkan aku...

Rebah sudah kekuatanku setiap kali ku ingin catitkan kengerian dalam komaku..aku ingin berhenti disini dulu..



 


Limpahkan kasih sayang

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."





Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:

  • Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.

  • Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.

  • Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.

  • Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.

  • Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.

  • Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

    Selagi kita mahu membantu dan mengasihi, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.


  • %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

    Tuesday, December 14, 2010

    Cinta Ini

    Kehidupan ini bagai menyemai angin dan badailah yang kita tuai..


    Sahabat, biar kita ditimpa badai sekalipun.. ku harap, ukhuwwah kita kan tetap terjalin utuh...ku sedari, ukhuwwah kita sering diuji...biar kadang hati tak mampu bertahan, namun sayang tak pernah hilang...nanti kelak, biar kita tidak lagi sehaluan... biar medan kita tidak lagi sama...ku harap hati kita tetap bersatu...berjuang, menjulang cita-cita dan menyuratkan maksud..kerana...

    "Tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?"

     -Imam Ahmad Bin Hanbal-
    Sebenarnya aku sering di buai rindu pada kalian. Rindu yang amat..sampai menjadi satu bisul yang dah masak, tunggu masa nak meletup..Adush sakit tau..Orang tua kata kalau bisul kena cucuk dengan duri x boleh dengan jarum bertambahlah bisanya. Ni lah padahnya aku terlalu asyik masyuk dengan pemgembaraan, rantau ini bagai sebuah ranjang yang melenakan aku. Sehingga aku lupa akan enaknya sagu' dan seronoknya main tarik upeh pinang..


    Aduii.. blur..kemelut ingatan pada kalian manjadikan aku bagaikan sesat dalam terang..

    Oh jiwa kacau ni..relaks kejap..

    ****************************************************


    ~Seorang 'aSiy yang DiAmpunKan ALlah~

    Dalam Kesendirian Yang Indah


     Dalam melayari hari-hari kelabu ni..rasa amat daif dan lemah diri, dalam pencarian yang masih teraba-raba dalam celik nuraniku berbisik mengatakan sesuatu..Menjerit dan meraung meminta di lepaskan fitrah semulajadi tentang betapa ilmu itu perlu di kongsikan dan perlu disebarkan, agar dengan berbuat demikian lunas juga beban dosa yang ku sedari atau yang tersembunyi..

    Mari kita ladani kesah-kesah duka yang penuh tragis tentang kehidupan kita ssebagai insan..

    Saya petik daripada buku '101 Kisah & Pengajaran daripada al-Quran, al- Hadis, & Hayatus Sahabah' karangan Ustaz Zahazan Mohamed.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pada zaman Bani Israel dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama seorang 'asiy dan suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah.

    Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya untuk berhenti daripada melakukan perbuatan-perbuatan dosanya.

    Biarlah Allah yang menilai dosa-dosaku!

    Suatu hari orang yang ahli ibadah berkata lagi : "Berhentilah daripada berbuat dosa!"

    Lelaki itu menjawab :"Jangan pedulikan aku, terserahlah Allah akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutuskan Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?"

    Lelaki ahli ibadah itu lalu membalas : "Demi Allah, dosa kamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah s.w.t."

    Kamu lebih Tahu?


    Kemudian setelah kedua-dua orang itu mati, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-dua mereka dihadapan-Nya. Allah s.w.t menyoal lelaki ahli ibadah, : "Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada di dalam kekuasaan-Ku?"

    Kemudian kepada ahli maksiat Allah berfirman,: "Masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmat-Ku".

    Sementara kepada ahli ibadah dikatakan,: " Masukkan orang ini ke dalam Neraka".(1)


    Siapa kita?



    Lalu mari kita bertanya kepada diri kita, siapakah kita untuk menghukum? Sungguh, kita hanyalah bertanggungjawab mengajak kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran, namun sekali-kali tidak diberikan autoriti untuk menghukum hamba Allah yang lain.

    Lihat saja Firaun itu maha dahsyat kejahatannya, namun Allah telah memerintahkan Nabi Musa a.s menyampaikan kalimah-Nya dengan perkataan yang baik. Apatah lagi kepada ahli maksiat yang tetap mengakui tuhannya itu hanyalah Allah, walaupun dia terus beriltizam dengan maksiatnya.

    Saya bukanlah nak mengajak, ataupun memberi hujah kepada rakan-rakan sekalian untuk menjadi 'asiy. Jauh sekali, bahkan kita mohon berlindung dengan Allah daripada termasuk dalam golongan tersebut. Ambillah kisah ini sebagai satu pencerahan, supaya kita memahami dan menyedari kedudukan kita yang hakikatnya tak pernah pun lebih 'suci' berbanding orang-orang lain disekeliling kita.

    Mereka mungkin kelihatan tak segak, kadang-kadang terlalai dengan maksiat, tetapi siapa tahu mereka merupakan ahli syurga disisi Allah. Manakala kita yang duk berdentum-dentum ber'amar ma'ruf nahi munkar ini, pada hakikatnya diam-diam sering melakukan maksiat 'dibelakang' Allah s.w.t.

    Wahai diriku yang bakal menyesal dihari yang penuh dengan penyesalan, serta buat saudara-saudaraku, takutlah kepada azab neraka Allah, yang sangat keras lagi pedih seksanya.

    Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, dan sangat luas rahmat-Nya.

    Wallahu A'lam.

    -Hamba penuh dosa, berharap pada keampunan-Nya-




    Thursday, December 9, 2010

    Bagaimana Bidadarimu?






    "Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali-

    Wanita Ananah:
     Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

    Wanita Mananah:
     Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

    Wanita Hananah:
    Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

    Wanita Hadaqah:
    Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

    Wanita Baraqah:
    1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
    2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

    Wanita Syadaqah:
    Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.




    Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? ?

    Assalamualaikum wtb..salam perkongsian,,

    Artikel : **Petikan dari luv Islam..

    ~Saya rasa tulisan ini sangat sesuai utk di kongsikan serta di fahami..


    Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

    Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

    Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

    Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
    Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

    Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
    Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

    Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
    Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
    Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

    Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
    Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

    Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
    Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

    Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

    Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

    Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
    Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
    Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

    Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
    Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

    Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
    Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
    Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
    Semoga mereka tak tersalah pilih.
    Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

    Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

    Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
    Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

    Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

    Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

    Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

    Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

    Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah..