Melaka...
Ramadhan menyunting bunga
berbuah duka yang sentiasa aku biarkan subur tanpa baja dan air..Ia tetap juga
subur di dalam jiwaku, gersang dan tandus sudah menjadi taman, bagai taman
kektus di padang Sahara.
.
Setiap Ramadhan menjelma, hadir dalam benakku kenangan mencalit
kenangan. Bagaimana tega pun aku mahu membunuhnya ia tetap hati dan terus mati
berkali-kali di dalam bejana jiwaku..Membentuk pusara walau pun tanpa tanda..
"Ya Allah, aku
tidak mampu."
Ada kalanya inilah
antara bait-bait kata yang akan terungkap di bibir kita tatkala diuji oleh
ujian-NYA.
Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat
28 :
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka
manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allah-lah hati menjadi tenteram." [QS. 13:28]
~kerana ayat dari kitab
ini saja yang mampu membujuk jiwaku..Aku boleh
gariskan senyum redho dalam
sesak yang membinggit..
Allah itu baik sekali
padaku, walaupun Dia telah mengambil seseorang yang amat aku cintai, rupanya
cinta itu terlalu mahal maharnya.. Allah menyintaiku lebih dari segalanya
sehingga Dia pinjamkan jiwa yang luhur untukku nilai..Tapi aku hanya hamba yang
selalu alpa..Aku sering terlambat untuk menghargai sesuatu anugrah, sehingga
tiba saat kehilangannya baru merasai keberadaannya dalam jiwaku yang amat dalam...
Kitab CINTA KU BUATMU..
“ CINTAKU BUAT MU SEPERTI SETIANYA SANG AWAN KEPADA KEKASIHNYA SANG LANGIT..
BIARPUN
HUJAN YANG TURUN MENIMPA BUMI, AWAN TETAP DALAM DAKAPAN SANG LANGIT..”
Cintailah Aku, Kerana Akulah Perempuanmu..
Aku sentiasa ungkapkan agar kau tahu apa yang telah kusuratkan dalam lembar
cinta kita.. biar pun telah terlalu lama
awak tunggu.. Sekarang aku sentiasa ungkapkan, saatku tinggalkan dunia, walau
mengenggam luka yang amat..tapi aku tahu tentang rahmatNya terlalu besar.. Aku
tahu awak sentiasa berada dalam nafasku, setiap kali ia mendesah setiap kali
aku mengirup, mengeluh dan bahagia, kau tetap ada dalam diriku.. Saat demi saat
aku tidak pernah merasakan kehilanganmu..
Aku tak mahu ketika Allah
mengambil nyawaku, aku berada dalam lumuran janji yang tidak terpatri..
Awak.. aku masih membaca
bait-bait di diarymu..
“Cintaku buatmu bagaikan air yang
mengalir di lautan sepi..” ( ayat ini aku terjumpa di dalam diarimu )..
Sesungguhnya hatiku adalah milikNya..Awak tidak berhak menilai hatiku, namun
keegoanku yang menjadikan aku buta...
Sampai saat ini hatiku di
langitmu, dan kau cinta pertama dalam hidupku dan tidak akan ada pengantinya..
Pusaramu sentiasa menjadi taman
kerehatanku tika aku di amuk resah dan rinduku membadai mengenangmu..
Aku merasa engkau sentasa
mendengar setiap keluh kesah dan luluhnya hatiku..Ku kuis lagi butir-butir
tanah di pusaramu, ku bisikkan.. ‘
aku di sini wak, masih sentiasa tanpa lelah, aku mahu menjadi awanmu atau
paling tidak bayangmu...’
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...
No comments:
Post a Comment