Monday, September 17, 2012

Hp OH Hp..:p


~Adushhh..santai-santai ginie jadinyaaaa..;p







Aku baru saje balik dari meeting, aku singgah sekejap di level 5 Klcc. Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

“Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.
Ntah camna,akhirnya aku balas juga “Ok gak ler”
Kemudian suara tu bertanya lagi “Ko nak gi mana ni??”
Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata “Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”

Lepas suara tu bertanya lagi “Bila ko nak gerak ni??”
Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mek  sewel sebelah aku ni asyik jawap jer!!!


p/s..jgn berckap mase melabur




cover cute..;p




C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Monday, September 10, 2012

KWANG-KWANG..




KEKASIHku tiada menyamai kekasih yang lain biar bagaimana, satu pun tiada. Tiada selain DIA yang dapat bertempat di dalam hatiku. KEKASIHku ghaib dari penglihatanku, tetapi DIA tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedikitpun."

(Rabi'atul 'Adawiyyah)



Hello kawan-kawan. Lamanya aku tak menulis hehehe. Haih taktahu la kenapa aku asek takde mood je nak menulis. Idea tu ada, cuma 'rasa' nak menulis tu belum betul-betul 'kick' lagi. Hemphhh hemphh, susah kalau kat dunia ni semuanya nak perfect kan? *ketuk kepala sendiri*

Nie tengah mood syawal ni.. Nak masuk la juga post raya ni, ( ini kad ucapan tau..) wlau pun dh sywal nak kata 'selamat tinggal..adesh.. Apa pun korang tetap di hatiku..sebab tu aq post gambar ni...( malu2 kucing )










Mulut manusia, kita tak boleh nak tutup.
Tanggapan mereka, itu hak individu.
Diam bukan bermakna sombong.
Diam bukan bermakna tak peramah.
Tapi…
Bukankah lebih baik diam daripada bercakap atau menyampuk perkara yang tak ada manfaat dan membuka ruang untuk kita mengumpat??? Tak gitu??? ^^,sytttt..baru je blend nafsu di Ramadhan..
Well, one thing aku perasan pasal orang Malaysia ni, lagi-lagi orang melayu; we love stating the obvious!! Yes, that's we do. We actually state whatever that is obvious to see by everyone. Sedar tak? Ke belum sedar lagi?


Apa yang kita nampak, itu yang kita akan cakap. Lagi-lagi kalau makcik pakcik nenek atok. Yes, Malaysians are like that because we are cool peopl
e ~ *tudungflips*

Contoh nya begini;


Haritu aku kat office, during my break time, aku tiba-tiba lapar gila. Macam ada satu gelombang kelaparan yang tiba-tiba attack perut aku. Makanya aku terpaksa meninggalkan semuanya demi untuk menggembirakan perut aku sendiri. So aku turun lah pergi beli makanan.


Then tengah pilih-pilih makanan nak beli, sekali tu ada someone tegur aku:


Taktahu siapa : Assalamualaikum.

Aku : *Bingung jap" Err waalaikumsalam :)

Taktahu siapa Buat apa tu? Beli makanan?




Seriously? Like, seriously? Kau dah nampak aku dok pegang makanan kat situ, and for God sake, I am in the middle of food court, what else am I doing there? Swimming?


Even worse, pernah tu aku tengah bersiap-siap nak keluar, aku keluar masuk lah kan bilik aku tu. Biasa lah, nak tengok cermin lah, then baju tak sesuai lah. Ahak ahak typical woman :P Ngehehehhehehe. So obviously la kan aku tengah bersiap,

Untuk kelihatan sopan, saya tidak mahu menggelarkan benda ini sebagai 'soalan-soalan bodoh', jadi saya memanggil ia 'stating the obvious' - lebih molek kan? :) And yes, sedikit sebanyak kekadang tu aku macam pasrah pun ada bila benda macam ni jadi kat aku. Lelagi bila kat rumah tu. Sedih sedih.


Aku : Bik, sikat mana?

Bibik : Ada kat kok dalam kamarnya Rora . Kenapa? Rora mau sikat rambut ke?

Aku : Errrrrr? T______T

(TAK BIK, RORA OBSESS DENGAN SIKAT. I ACTUALLY FALLING IN LOVE WITH YOUR SIKAT! LET ME MARRY YOUR SIKAT MA!!)


ni bukan aq, sebb aq lagi cumill..ahakkk belajar perasan tangani streesss..

Aku : Okay bik, Rora keluar dulu, nak pi makan sat. *lelari comel keluar dari bilik menuju ke pintu rumah*

Bibikku : Eh Rora, mau pergi mana? Nak keluar ke tu?

Aku : Hmmmm T____________T


(TAK LA BIBIK, Rora SUKA INFORM BENDA YANG SHIKIN TAK AKAN BUAT. LAGIPUN I FELL IN LOVE WITH OUR DOOR. THAT'S WHY)

Aku pakai lelawa nak keluar, terjumpa jiran yang macho duk sembang sbelah rumah.

Aku : Eh hi!

Jiran : Hey Rora.

Aku : *Senyum girang*

Jiran :
 Nak keluar ke?

Aku : T_______T


(EH TAK LA, SAJE JE PAKAI LELAWA GINI NAK JUMPA ANDA, LEPAS NI NAIK RUMAH BALIK. SAJE BUAT CATWALK. )




Aku : *menuju ke toilet*

Kawan : Wehh kau pergi mana tu? Gi toilet?

Aku : EH NO! KAU TAK NAMPAK KE PINTU NARNIA KAT TEPI TOILET NI? AKU NAK MASUK KE DUNIA NARNIA WEII! JOM AH!
---------------------------------------

Aku : *dalam toilet*

Kawan :
 Eh hi Rora! Nak guna tandas eh?

Aku : EH NO! I DON'T KNOW WHY BUT I JUST LOVE TO BE HERE, IN THE TOILET. I FEEL SAFE AND I FEEL LIKE SLEEPING HERE. DON'T YOU FEEL THE SAME?
CEPUKKKKK!!! WHAT THAT?? ahakkk, tak tanye lakk..:p 





Benggang suda.. ;p











Oh sebelum mengakhiri entry ini,
nak ucap:



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!
SEMOGA KITA SEMUA MASIH LAGI DIBERI KESEMPATAN OLEH ALLAH SWT UNTUK BERJUMPA DENGAN RAMADHAN DAN SYAWAL TAHUN DEPAN.
INSYAALLAH :)

Dan mintak maaf jika aku pernah buat korang sakit hati or apa-apa je lah. Maaf :')


Hopefully takde siapa yang terasa tengah entry ini and moga-moga kalian terhibur :)


Assalamualaikum.




* Kenapa takde siapa nak tanya aku "Eh Rora, you ni perempuan?". Sumpah boleh jadi "Question of the year". No joke..hiks3..





Aq tengah on9 di FB..."BUAT PE? ON9 KE??".. ahakkk tambah naciii..







C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

~"PoYos Kah Aku??"~



Selamat Membaca,,,,,

“PoYo Kah Aku?? :p”

Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
Kusedar kini,.ececececehhh..



tak de kemengena dgn yg hidup atau mati, huhu..sebab dah rasa sasau..tapi bacalah..nanti u all akan faham..


So... Tak di nafikan, blog usang aq ni asyik tak berupdate je..Balik-balik dah terlentang kepenatan memanjang.. Nak kata dah menopause ade je lagi datang bulan singah kat peot aq yang bulat tiap-tiap bulan nie..

Serious tak tipuu, makin lama makin malas nak update. Idea tu ada. Tapi entah kenapa idea tu tak boleh nak di-transform-kan kepada penulisan yang baik. Apasal eh? Aq pun taj tau ma.. Kalau aq tahu dah lama tak tanya korang..*ngeh ayat PoYo Giler..*
Kat chart inbox aq pun tak yah cakapla..Dah berbulan-bulan aq tak buka, apatah lagi nk baca..hadoiyaiii..So sorry la sesangat..

Ermmm ada satu hal, pada orang dn orangan serta pembeloger yang sangat serious bab bahasa dan eja ni..aq maaflah, time aq angau dan sasau nie jangan ambik port, u all yang serious sangat tu sila la, aq pun tak mau ambik tau, hak masing-masing, satg aq ada masa nak serious AWASS looo..

**tukar mood taiping lak..jenggg..


Blogwalking - Emmphhh ni pun dah berzaaaaamaaaannnn saya tak buat. Aktiviti yang dulunya selalu sangat buat, every single day, sekarang ni benda tu lah yang paling saya malas nak buat. Oh mengapa? Oh oh ohhh. Mengaaaapaaa. Blogging is my passion, tapi asal saya dah tak macam dulu-dulu? *nangis hentak-hentak kaki*


MONOLOG UNTUK ‘AKU’...
I need to do something about this. I need to do a comeback *Allah, poyo lagi ayatnya* - Bajet ada la orang everyday check blog kau tengok ada update ke tak hah cikunnnnnn? Oh pleaseeeee. Blog setakat usang macam ni, banner tak pernah tukar-tukar dari dulu sampai skang macammmm tuuu je la jugaknya. Kau jangan harap ada orang yang setia check blog kau setiap hari. Wake up ARORA! Wake upppppp!..
Insyaallah, tengok la macam mana. Kalau saya rajin, Insyaallah everyday saya akan update blog busuk saya ni untuk awak-awak semua :'> And kepada followers2 saya yang ciput je angkanya tu, terima kasihhhh la ye sebab setia menunggu update dari saya. Sangat terharu kadang-kadang tu ada orang add kat fesbuk/twitter pastu first thing depa cakap is how they love my blog and hampir semua entri saya ada kena mengena dengan hidup mereka. Awww terharuuu *lap hingus*
Oh oh lagi satuuu, sorry la ye blog saya ni tak banyak gambar saya. I mean, saya tengok kebanyakan blogger-blogger lain almost setiap entri depa mesti ada dua tiga or paling koman pun mesti satu pic diorang yang depa letak. And saya pulak, Allah -.- Paling pemalas nak letak gambar sendiri. Selalu letak gambar gerak-gerak tu je. Hekhekhek.
Walaupun ada 100-200 followers je, saya tetap jugak bersyukur. Sebab untuk saya, saya blogging bukan sebab nak impress orang/bagi fans banyak. Tapi saya blogging sebab nak express. And Alhamdulillah, apa yang saya tulis kebanyakannya ada kena mengena dengan hidup korang semuaa, teheeeeee give me fiveee! *sep atas sep bawah sep depan sep belakang!* (yg lama dh kena block ahakk> panazzz )..
Saya nak jalan-jalan jap..kuar cari angin, cari batu atau cari kayu api..hek3.. bukan nk bako, tapi umpan idea..:p






C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Dendam

           

Dendam



Walau berat ku guriskan juga rasa hati ini semuga jadi rintihan bersama. Kunamakan tulisan ini MAAFKAN… Ayuh, kita telusuri bersama:

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain… itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Kau mesti bahagia melihat “musuh-musuh”mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu!

Wahai diri, ingatlah, segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang “menghadiahkan” air mata… Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi “sebab”, lihat dengan mata hati yang Allah jua yang menjadi “musabbabil asbab”.
Jika kau di sakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti reda. Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan… tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Mungkin sahaja “penjahat” yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira. Dan hamba sejati yang mempunyai “hati emas”, akan terus dihenyak sebagai sandera (tawanan) di penjara hiba dan cela. Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat kita bukan Tuhan yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hamba-Nya. Jangan kau tanyakan mengapa dia yang dilebihkan, aku dikurangkan? Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategik dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan?

Di sini tidak lama. Di SANA jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhirat, akan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan kepada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar menghadapi karenah insan. Belajarlah daripada Nabi Yahya AS dan Zakaria AS yang digergaji mati tanpa dapat melihat bunga-bunga kemenangan. Belajarlah dari Sumaiyah dan Yassir yang terbunuh tanpa semmpat melihat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.

Mereka tidak dapat kemenangan… tetapi mereka tidak hilang ketenangan!








Wahai diriku, mereka (salafussoleh itu) menjadi “besar” kerana menghadapi ujian yang besar. Mereka “mempertaruhkan” nyawa. Pada hal aku, kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan cuma “harga diri”. Terasa diri ditipu, dipersenda dan diperkotak-katikan serta tidak dihargai. Sedarilah, yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.

Jangan bimbang jika tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika benar-benar kita tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri sendiri. Namun ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan. Hati yang ego bertuhankan “maddiah” (material dan fizikal). Bila syaitan berbicara tentang ketinggian api berbanding tanah sebagai asal usul kejadian dan ukurtara kemuliaan… dia memberontak. Merasa Adam dilebihkan.
Syaitan tidak bahagia dengan “kebahagiaan” Adam.

Akibat marah, cemburu, derita, kecewa lalu dipujuknya datuk dan nenek kita (Nabi Adam dan Siti Hawa) dengan strategi dan rencana untuk maksud yang satu: BIAR HILANG KEBAHAGIAN MANUSIA. Agar bertempat bersamanya di neraka – derita selama-lamanya. Wahai diri, beringat-ingatlah akan tipuan syaitan bila kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Itulah rasa yang sangat merbahaya. Itulah pintu rasukan syaitan bila kau sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama.

Wahai diriku, Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah MEMBERI MAAF.





MAAF..



Ah, terlalu sukar memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-iang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang-orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri.




Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong-tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, bila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum dengan kemenangan. Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ku. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri… ada suara lain yang bergetar. ‘Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.

Maafkan… lupakan, cintakan, sayangkan. Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu. Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman yang bermaksud, tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nesacaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara. Wahai diri, api jangan dilawan dengan api.

Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa. Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya.

Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali! Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek itu. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri.

Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai - what you give, you get back – apa yang kita berikan akan kita terima kembali.” Ah, betapa leganya sekarang… Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan.

Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dalam tazkirah – yang punya tabsyir dan inzar – bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa. Kini hatiku tertanya-tanya lagi… siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan?

Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil itu untuk terus berdendam? Ya, Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang… aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU. Aku tidak sekali-kali disakiti oleh-MU wahai Allah, begitu juga oleh hamba-hamba-MU… tetapi aku disakiti oleh ego ku sendiri!



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Friday, September 7, 2012

~KeRinDuan~


 miss you...

engkau yang terkOngkOng, lepaslah ke udara bebas . . . "selamat menari-nari..”






Kamu sang babyku..:p
ada rindu. padahal baru bertemu. bahkan di saat kita bertemu.
rindu kamu, sungguh terlalu.
semacam rindu ini, makin menjadi. di saat sejumput aromamu, ada menjejak ntah di mana-mana.
makin kuhirup, makin menjalar, makin rindu kamu.
ah, sungguh terlalu, merindumu.







biar kusampaikan padamu
haruku di kedatanganmu kini
sungguh, ada ruang sepi tanpa ia di sini
tapi, ada ruang lain yang terisi dengan ia di sini
 syukur alhamdulillah,
Ia sungguh Maha Adil, sungguh Maha Adil
. . . Allah . . .


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Nazam Asmara..Air mata bercerita...




~Perjalanan...( otw Melaka )..07/09/12..

Assalamualaikumwtb..


                                           Nazam Asmara..Air mata bercerita...

B ILA PENAKU MENULIS...BILA MINDAKU BERFIKIR...DAN BILA HATIKU BERKATA-KATA..







Untuk   entry  kali ini aku rasa aku bagai seorang  budak perempuan yang sedang mencoret puisi-puisi indah dan melakar lukisan seumpama pelangi di kanvas nan  usang namun dengan maksud yang tersirat yang terkadang aku sendiri terpana sendiri, ‘siapa aku sebenarnya?..’

Usai saja kerja-kerja kampus dan pejabat, rutin harian hari jumaat lepas buat medical checkup, aku tak kesah resultnya apa, yang aku tahu aku kemas barang dan pakaian yang perlu, start enjin kereta atau melolong mohon bantuan pakcik jika aku rasa tidak berdaya..Menuju satu destinasi  yang tidak pernah jemu-jemu untuk ku ‘bertamu..’
Aku merasakan tempat ini suatu yang sangat indah..bagaikan satu taman permainan kanak-kanak, Cuma bezanya taman kanak-kanak ada segala peralatan permainan..Tapi di taman ini lain namun  damai, tiada tawa hilai si kecil tapi ada bayu lembut, ada syahdu berlagu ada ayat-ayat cinta dari bait kitab suci..





Ada Taman
Yang ingin kita pergi..
Biar kau menjauh
Dan aku mendekat
Ada pintu hanya aku Berlari
Ada diari berteka teki
Tanpa berkunci
Sekali lagi aku ke sini
Menjejak rindu di hati..












                                                       Allahhurabbi...

Sedari hampir 2 tahun sudah..
laman rumahnya selalu kulewati
setiap kali rumahnya kulalui, seringkali kepala ini mengintai-intai
dengan harapan akan terpandang raut wajahnya
persis sang perindu tegar
yang tidak dapat lihat tuan badan
dapat lihat bumbung rumahpun jadilah..
huhuhu..



Sedari setahun lebih ini berita mengenainya selalu diperolehi melalui mimpi dan kenangan
jua laman sesawang FB dah di padam
serta bual bicara teman
sepi


hari ini
wajahnya kutatap
susuk tubuhnya kurenung
semangatnya kuserap
bicaranya kuhadzam

biarpun ku tahu
di antara 2 batu tanda ini
aku masih melihat
aku masih merasa
tentang
dia





.

C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...