Sunday, September 25, 2011

~sEinDah PeLangi~



Assalamualaikum...Mouuuning..my dear fren & blogger sekeliannq..:-) smileee..




"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dan Dia turunkan  hujan dan petir. Kita tertanya-tanya dimanakah matahari?. Rupa-rupanya Allah hadiah PELANGI.."

Pernah dengar ayat-ayat dia atas nie? tipula kalau tak erkk..cantik pelangi tu erkk..;-P.. Sama juga macam kehidupan kita yang penuh dengan warna warni yang kita cipta dan lakar sendiri. Kehidupan yang ada suka, duka. nanges, cemburu dan macam-macam sebagai rempah ratus..Mama kata bumbu kehidupan..


Sebenarnya apa yang berlaku dalam kehidupan kita nie bukanlah satu kebetulan tapi kita sendiri yang sedaya upaya menciptanya tanpa kita sedari, Allah sembunyikan cahaya ( hikmah ) yang mengajak kita berfikir. Tiada siapapun yang Allah cipta itu dengan sia-sia.


Allah hanya sembunyikan matahari itu ( hikmah ). Kemudian Allah datangkan petir dan hujan yang membuat kita rasa keperitan, takut dan kesedihan untuk meneruskan kehidupan. Tika itu hanya kecekalan,ketabahan dan kesebaran di perlukan agar kesengsaraan kita reda dengan sendiri. Saat inilah doa orang-orang duka nastafa Allah akan kabulkan..Nah begitu baiknya Allah bukan?.Sayangnya Allah pada hamba-hambaNya. Dia tidak mahu kita meluah dan bermajaan dengan mahluk lain, jika kita sedar waktu beginilah saat musuh mahu mengambil peluang keatas kita. Tanpa kita sedari tiba-tiba muncul sang matahari bersama pelangi yang menyinar serta bersama tujuh warna keindahan..yang bila di baca akan tafsir warna semuanya kebahgiaan dan keindahan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang..Cuba bagi tau apa kaler pelangiii???.


Terlalu banyak rahsia Allah yang kita tidak ketahui sedangkan ilmu dari Allah yang kita perolehi hanyalah setitik dari sebesar lautan yang terbentang luas. Bila sudah memilikinya janganlah bersikap riak dan takabur, sedangkan semua itu adalah milik Allah sebagai pinjaman sahaja, semuanya bukan milik kita dan tiada satu apapun milik kita..seperti contoh yg kecil dan di anggap rendah, najis kita sendiri jika Allah tidak mahu keluarkan dari orgen dalaman kita pun sembelit jadinya..ha,ha..sakit la peot..masyaallah..


~Dia memberi kita agama  supaya kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta memertabatkan roh seperti sumpah dan janji kita semasa di alam azali..( ingat tentang janji roh pd Allah?? ). takkan tak ingat kot..
~Dia memberi kita pancaindra supaya kita berfikir dan bersyukur.
~Kita mahu keampunan-Nya.
~Kita mahukan kasih sayang-Nya.
~Kita mahukan redha-Nya.

Aha tentu sekali mahikan hadiah sang pelangi dari-Nya..:-)


So?? kenapa kita harus perlu merunggut dengan kehidupan yang ada? kehidupan ini adalah salah satu hadiah dan anugrah daripada Allah SWT. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kini, pelangi itu merupakan suatu penghargaan dariNya yang di sandarkan dengan kebahagiaan jika kita dari orang-orang yang berfikir.


Note: "Anda yang ku sayang ..Perginya aku bukan tidak bermakna sudah tak SAYANG. Jika kamu perlukan aq datanglah ke sini..Aq sentiasa ada di sini atau di mana saja waktu dan ketika bila engkau mengingatiku.." ;-P..


Suke la tuu..***..





Tidak akan berpaling..



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Sunday, September 18, 2011

~Sebuah KeTenangan~






Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih dipanjangkan usia, diberi peluang untuk meneruskan amal ibadah. Kebelakangan ni, aku merasakan satu perbezaan yang sangat ketara. Terasa seperti dihimpit pelbagai kesulitan dan kesukaran. Cabaran yang datang bertalu-talu bagaikan tiada penghujungnya ini sedikit sebanyak menguji keimanan dan kesabaran. Hati ini mungkin telah lama tidak menemui makanannya, mungkin juga telah lama hitam dimamah dosa, mungkin… dan bermacam kemungkinan. Hasilnya tetap satu – tiada ketenangan jiwa.

Bagaimanakah amalanku? Adakah diterima Allah atau tidak? Adakah memberi kesan kepada jiwa yang luka lara ini? Kebelakangan ini aku kerap pulak demam, batuk, selsema memberi natijah kepada tidur malam yang tidak lena. Kalau ada mak dan abah rasa nak menagis sahaja. Aku memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan dan ketenangan. Bantulah hamba-Mu ini…Amin.
Sambil-sambil membelek e-mail lama terjumpa satu artikel yang boleh dikongsi bersama. Sakit dadaku cuba ku tahan dengan berselawat dan isytifar .Insyaallah :
Sikap positif dorong umat fahami fitrah
Pandangan mata hati, berfikir dapat hasilkan insan menilai nikmat kurniaan Tuhan
AHLI tafsir terkemuka, Imam Ar Razi, ketika menafsirkan ayat ‘Al-Rahman Al-Rahim’ (surah al-Fatihah) menyebutkan dua kisah sangat mengesankan dan menunjukkan betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Satu kisah itu ialah pengalaman seorang salih dan ahli sufi bernama Ibrahim Adham. Pada suatu hari Ibrahim menjamu selera di rumah seorang ketua kaum. Ketua kaum itu menghormati beliau dengan menghidangkan makanan enak.
Ketika Ibrahim hendak menyuap, tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar makanan itu. Ibrahim segera melihat bahawa pasti ada suatu pengajaran daripada tindakan aneh burung itu. Beliau segera bangkit dan berjalan mengikuti arah burung itu terbang.


Ibrahim ternampak gagak itu menjatuhkan makanan ke suatu tempat. Ibrahim mendekati arah jatuhnya makanan itu. Setibanya di tempat itu, Ibrahim menyaksikan seorang lelaki yang diikat dalam keadaan terlentang di bawah sebuah pohon rendang.


Rupa-rupanya makanan yang dijatuhkan burung gagak terus masuk tepat ke mulut insan tidak berdaya itu. Ibrahim segera mengagungkan Allah, yang menyelamatkan hamba-Nya yang tidak berdaya.

Secara logik akal, insan itu tidak akan hidup lama dalam keadaan terikat seorang diri di hutan namun, kerana kasih sayang Allah, Dia menghantar gagak untuk membantu insan malang itu.
Cerita Ibrahim ini menggambarkan kepada kita mengenai sikapnya yang melihat kebaikan di sebalik kejadian yang kelihatan buruk. Sering kali kita dengar pakar motivasi memberikan tip untuk mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan.


Antaranya, kita perlukan tiga perkara untuk mencapainya iaitu ilmu, kemahiran dan sikap. Daripada ketiga perkara ini, yang paling utama adalah sikap. Andai kata kita ingin menjadi sahabat yang cemerlang, hanya sikap menjadi penentu.


Kita mungkin menjadi seorang paling alim dan intelek di muka bumi, tetapi kita pastinya dibenci oleh lawan, mahupun kawan andai tidak mempunyai sikap yang baik. Sikap negatif seperti tidak prihatin, mulut celupar, panas baran sudah cukup membuatkan orang benci pada kita.


Kajian oleh seorang profesor daripada Universiti Yale, membuktikan hal ini apabila didapati tujuh peratus kejayaan graduan dari Sekolah Perniagaan Harvard bergantung pada ilmu dan kemahiran sementara 93 peratus bergantung kepada sikap.


Sikap maksudnya cara kita melihat pada sesuatu. Kita dapat apa yang kita lihat. Contoh, apabila kita melawat pantai yang memutih, ada tiga cara (mungkin lebih) melihat pantai itu. Sebagai pelancong kita melihatnya sebagai tempat untuk merehatkan minda dan bersantai. Maka kerehatan yang bakal kita peroleh.


Sebagai penangkap ketam, kita ke sana untuk menangkap ketam. Maka ketam akan kita dapat. Sebagai usahawan, kita mencari ruang niaga yang sesuai dan menguntungkan. Maka memang kemungkinan besar, itulah yang akan kita peroleh.


Seruan untuk membetulkan cara melihat atau sudut pandangan, bukanlah semata-mata seruan daripada pakar motivasi saja. Seruan itu juga adalah seruan Ilahi dalam al-Quran. Berapa banyak ayat yang seolah-oleh bertanya kepada manusia, “Tidakkah kamu melihat?” dan kritikan buat manusia yang membutakan diri, “Apakah kamu tidak melihat?”


Ada pelbagai cara untuk memandang, iaitu pandangan mata, akal, nafsu dan mata hati. Cara paling baik untuk menentukan sikap ialah dengan pandangan mata hati, pandangan digandingi dengan aktiviti berfikir untuk menghasilkan yang terbaik bagi semua pihak.


Contoh, kita ingin mengambil kaedah digunakan seorang ulama, Abd Majid Aziz Az-Zindani dalam bukunya, Kitab Tauhid ketika membicarakan perihal ayat dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (Surah Abasa, ayat 24)


Menurut beliau, daripada makanan beliau boleh melihat sembilan sifat Allah padanya antaranya Maha Pemberi Rezeki. Apakah nilai pada sepinggan nasi berharga RM5 jika kita tidak fikirkan berapa orang terbabit untuk menyediakan sepinggan nasi.


Jika kita kaji proses terhasilnya nasi daripada beras, menjurus kepada padi di sawah, kita dapat merasai kasih sayang Allah yang memberikan rezeki. Daripada contoh kita fahami fitrah manusia memerlukan kepada masyarakat sama ada dia mahu atau tidak, suka atau tidak.
Dalam kehidupan sehari, sedar atau tidak kita sentiasa mendapat pertolongan Allah terutama saat berada dalam keadaan genting dan sangat terdesak. Kita sering dimanjakan dengan kasih sayang-Nya. Namun, kita selalu melupakannya.


Malah, kadangkala kita sering menganggap bahawa kecemerlangan dicapai kerana kehebatan kita. Akibatnya kita acap kali menjadi sombong dan bangga kerananya. Kita ambil mudah banyak perkara dan melanggar hukum-Nya, dengan pelbagai alasan yang kita reka sendiri. Walhal sebenarnya nikmat itu hanyalah kurniaan Allah.








C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Monday, September 12, 2011

..::.PoHoN CinTa Di HaTiKu.::.




Salam Sejahtera...Malam kian berlabuh manja..membelek sebuah buku hadiah dari seorang teman memancing hatiku untuk mecoret, jemariku begitu pemurah untuk berperanan..tq God..



* Tahun laksana sebatang pohon, bulan adalah rantingnya, hari adalah tangkainya, jam adalah daunnya, tarikan nafas adalah buahnya, barangsiapa tarikan nafasnya dalam ketaatan maka buah dari pohon itu adalah buah yang baik. Dan barangsiapa tarikan nafasnya dalam kemaksiatan maka buahnya pahit. Dan waktu tuaian adalah pada hari akhirat. Dan pada saat tuaian akan tampak jelas manis atau pahit buah yang dihasilkan.



* Ikhlas dan tauhid laksana sebatang pohon dalam hati. Tangkainya adalah amal, buahnya adalah kebaikan hidup di dunia dan kenikmatan abadi di akhirat, sebagaimana halnya buah-buahan syurga tidak akan terputus dan tidak akan terhalang mengambilnya. Demikian pula buah dari tauhid dan ikhlas di dunia juga seperti itu.

* Syirik, dusta dan riya’ ibarat sebatang pohon dalam hati, buahnya di dunia adalah rasa takut, risau, galau, sempit dada dan gelap hati. Buahnya di akhirat adalah zaqqum dan adzab yang kekal abadi.





* Sesungguhnya merupakan buah keikhlasan yang sempurna bagi Allah semata adalah meninggalkan syahwat karena Allah. Dan apabila selamat dari adzab Allah dan beruntung mendapat rahmat-Nya merupakan anugerah Allah. Perbendaharaan kebaikan, kelezatan bersama Allah, kerinduan kepada-Nya, bergembira dan berbahagia dengan-Nya tidak akan didapat oleh hati yang di dalamnya terdapat sesuatu yang lain selain Allah. Jika anugerah Allah itu adalah ibadah, zuhud dan ilmu, maka Allah Ta’ala tidak suka menjadikan anugerah-Nya dalam hati yang di dalamnya terdapat sesuatu yang lain selain-Nya, dan keinginan-Nya selain terkait dengan selain Allah. Sesungguhnya Allah meletakkan anugerahnya tersebut dalam hati yang memandang sebuah kefakiran akan menjadi kaya bersama Allah, dan kekayaan akan menjadi fakir tanpa Allah. Kehormatan menjadi kehinaan tanpa-Nya dan kehinaan menjadi kemuliaan bersama-Nya. Kenikmatan menjadi azab tanpa-Nya dan azab menjadi kenikmatan bersama-Nya. Kesimpulannya, ia memandang kehidupan hanyalah dengan Allah dan bersama Allah. Kematian, rasa sakit, kerisauan, kegundahan dan kesedihan baru terasa bila tidak bersama-Nya. Hamba seperti ini memiliki dua surga, surga di dunia yang disegerakan dan surga di akhirat.


Dalam kitab Al-Musnad dan Shahih Abu Hatim diriwayatkan dari hadits Abdullah bin Mas’ud radyallahu ‘anhu ia berkata: “Bilamana seorang hamba ditimpa kerisauan, kegundahan dan kesedihan lalu membaca doa ini:




اللّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ابْنُ عَبْدِكَ ابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أو أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ
الغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي وَنُوْرَ صَدْرِي وَجَلاَءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي وَ غَمِّي، إِلاَّ أَذْهَبَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ هَمَّهُ وَ غَمَّهُ وَأَبْدَلَهُ مَكَانَهُ فَرَحًا


“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam) dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku di tangan-Mu. Hukum-Mu telah berlaku atasku. Takdir-Mu telah Engkau tetapkan dengan adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, yang Engkau ajarkan kepada salah seorang dari hamba-Mu, atau yang engkau rahasiakan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Maka dengan itu jadikanlah Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, penerang dadaku, pelipur lara dan penawar dukaku.


Niscaya Allah akan menghilangkan kerisauan dan kegundahannya dan mengganti kesedihannya dengan kegembiraan.”

Mereka berkata: “Wahai Rasulullah bolehkah kami mempelajari doa ini.” Nabi shalallahu ‘alaihi wassalam berkata: “Benar, sudah sepantasnya bagi siapa saja yang mendengarnya untuk mempelajarinya.”

Dri  karya Ibnul Qayyim..






C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Saturday, September 10, 2011

Tau LaGi...



ERmmm...sat..tgh cari resipi yg sesuai..maaf x jadi nk nulisnya..rasank cari yg Sarawakian punyer la..tapi susah gak nii..UMAI COMING!!.. buat dulu, klu sedap baru post kat sini..kah kah kah..:p

C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

??????

                                           

~~~Lama rasanye x tulis blog.....sekarang ni lg seminggu je final exam ak nak start n supposedly org len da yg dah start next week..( da 2 tergndale sbnrnyee ). x pew la, demi cinta kaabah quu..:-)~ <3.

                              * ::. maaf la x dew gambar.:: *

HMMMMMM sebenarnye bkn nak cite pasal ni tapi nak cite pasal mende lain...tu lah ppagi bute ni, terasa nk nulis plak..





kan dah teringat kat dye.....apalah ko ni arora...tapi siyes r..sejak dua menjak ni dye asyik dtg je dlm pikiran aku...tapi....dye bukan aku punye....aku xpenah rasa mcm ni kat org len sblm ni...haish..susah btul nak buang perasaan ni jauh2...

....@HOW DO I LIVE WOTHOUT YOU, HURT BUT I WANT TO HOLD YOUR HAND@.....:p...kui2. merapu plak..



Selepas sahur aq dah x bleh tidur skrng ni..rutin qu dah ngaji mula baca buku, mcm bdak tadika la plak..he.he. mmng budak skolah pewn.. Ye ke??dah tetua ni. Mengaku jew..kate ank mude skrang..


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Saturday, September 3, 2011

C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

~Di Pusara CinTa~





Bismillahirahmanirrahim..






Peringatan buat Diriku...Ya Allah, jauhkanlah aku dari api neraka dan azab Kubur..





Rindu itu Seindah Pelangi...
berbagai warna pnuh berseri...
syang itu seharum bunga mewangi...
di sentuh tak dpat namun wujud di sisi....
cinta pula sehangat matahari...
hadirnya di nanti...
perginya dicari...
hadirnya pnuh erti....
hilangnya tiada pengganti...


( ku sunting kata2 ni dri blog seorng kekasih..:p ) = buat gempaq lak ag ni..








Ade kesempatan, syukur, hari ni ziarah puasara mama di Damansara, balik dri umrah memang niat pertama jumpa mama di pusara Bukit Damansara serta arwah di Melaka. Ini niat utamaku..

Aku melihat hari ni makin ramai orang ziarah kubur. lagilah di Bukit Damansara ni,.Sebab ramai yang baru balik dari bercuti kot..bagai satu pesta pulak dengan wangian bunga, warna mawar serta wangian kenanga serta melur yang semerbak..Tenang jiwa mendengar mendayu dayu bacaan yasin dan tahlil dari setiap pusara..

Aku melangkah melirik setiap wajah yang mempunyai sejuta tanda dan maksud kehilangan antara redha, pasrah dan keberatan serta kehilangan..






           Bila di doa di baca..maka hati pun berharap cinta ini merapat pd mu..  








         Pepagi kuburan ni masih lenggang..jap lagi penuh la dgn banjiran manusia..







              Kita merasakn mereka bersendirian di alam sana, sebenarnya kitalah yg kesunyian...






Sebanarnya aku sudah hilang kata2 tuk mnyatakn tentang hasratku pdmu..Kerana aku sudah luahkan semuanya di hadapan Kaabah tentang cintaku..Ia tidak akn bersisa kerana ia bulat dan murni dan aku tinggalkan di Maqam Ibrahim tentang memory kita dan mngharap ia akan bertemu di syurga sana...




                              ( pic ni x de kena mengena..ni masa aq ziarah dn umrah di Mekah )
                              Aku lepaskn rindukn terbang bersama jariyah dan ehsanMu ya Allah...


Tuhan..kenapa kosongnya hatiku untuk mencatatkn, jemariku sudah tidak mahu membantuku mengetik setiap patah perkataan..Bait bicarapun sudah hilang makna..Aku hanya bertafakur di pusara ini..

C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Thursday, September 1, 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم                                              


                                            Selamat Sejahtera

                                            ALHAMDULILLAH




                                                               Lambang sebuah Cinta.

Dari tempat ini boleh dilihat Jabal Rahmah yang puncaknya terdapat tugu putih.Mengikut riwayatnya di Jabal Rahmah inilah tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa setelah sekian lama berpisah sebaik sahaja diturunkan oleh Allah ke permukaaan bumi ini dari syurga.Namun ada sesetengah ulama berpendapat, mereka berdua bertemu di Arafah tetapi tidak diketahui kedudukan sebenarnya.Wallahu'alam.






~ CatitanHari ke 10 ...( ini hari pertama umrah)..

~SYURGA DI HATIKU, HANYALAH DIRIMU..( kau pernah hilang nyawa keranaku tapi tidak pernah hilang kasih terhadapku)

( sedih hari ni aq hnya mmpu buat sekali je ibadah umrah, sbb doktor dah bebel suruh rehat nk pilih morfin or rehat?..oah tidak!!).Ada masa tuk menulis..Ada hikmahnya setiap kejadian.( hri ke 10 aq rehat saja di hotel ).

Untuk mengerjakan tawaf memakan masa 35-45 minit.(pengalaman sendiri dgn kasihatan yang tak menentu )Saya tak tahu jika ada orang yang boleh melakukan dengan masa yang cepat seperti 20-30 minit sahaja, tetapi tidak mustahil jika dia sendirian. Kami berlima (+ doktor yang jaga aq ni ) dan ada kak ipar yang sudah kurang sihat sebab sakit buah pinggang  yang perlu di jaga dalam kesesakan itu. Selesai tawaf,kami pergi ke belakang Maqam Ibrahim.Menunaikan Solat sunat tawaf.Pertama kali melakukan solat di sini walau pun tahun 1990 aq sudah mngerjakan haji dengan family, sudah banyak berbeza  dan orang melintas lalu lalang di hadapan kita, saya tidak selesa dengan keadaan ini tetapi rupanya ini adalah perkara biasa. Mana mampu kita hendak menghalang perjalanan jemaah lain dengan keadaan yang sesak begini. Selesai solat sunat tawaf, kami masuk semula ke dalam bangunan Masjidil haram menuju ke al-Mas'a.(tempat bersa'ie) Jika di Masjidil Haram, laluan ke sana ada sign board bertulis To Masaa. Mas'a ialah jarak di antara bukit safa dan Marwah. Sa'ie di dalamnya adalah termasuk di dalam ibadah haji dan umrah..



Tanah tempat Sa'ie ini, asalnya merupakan tanah yang berliku, curam dan tidak rata. Pembaikan dan pembaharuannya dilakukan sedikit demi sedikit sepanjang sejarah sehinggalah keadaannya seperti hari ini.Sesungguhnya Mas'a adalah suatu masy'ar (tempat ibadat) yang tersendiri,seperti firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syi'ar agama Allah".(Al-Baqarah:158







Pusingan 7x di lakukan di antara Safa dan Marwah di Bukit Safa.

Saya tidak nafikan keletihan yang terasa (sebab tiada persediaan fizikal dan aku sudah mula merasa isyarat tubuhku berkomunikasi ), ya Allah berilah aku kekuatan, aku tidajk berhenti bertasbih dah tahmid salawat serta berbagai doa..Aku hanya hamba yang hina dan lemah. Dalam masa yang sama teringat akan kisah Siti Hajar dan Ismail yang ditinggalkan di pdang pasir yang kering dan gersang.Di sinilah Siti Hajar berulang-alik 7 kali di antara bukit Safa dan Marwah,sesekali berlari-lari anak mencari orang yang lalu lalang,kerana anaknya Ismail kehausan mahukan air. Kisah ini cukup untuk saya bermuhasabah diri...saya berjalan antara safa dan marwah dengan lantai marmar yang berkilat dan ada penghawa dingin di dalamnya,bahkan boleh berhenti rehat dan minum air zam-zam yang di sediakan di kiri kanan safa dan marwah...tetapi Siti hajar dalam kepanasan dan kehausan tetap sabar dengan ujian yang Allah SWT beri.Malunya pada Allah kalau saya mengeluh berjalan sejauh ini...Aku mengerling abang dan doktor, aku tahu mata mereka melirik seperti aku seorng pencuri yang perlu di awasi..

“  i am ok..”..usulku, walaupun aku tahu, aku hanya mmneri harapan pd diri sendiri..badanku sudah mula sengal dan sakit sakit, doktor nasihatakn aku tak perlu puasa jika nak meneruskn perjalanan ibadah ni atau aku kena pilih duk saja di hostel dan tima ziarah saja aku serta..Huuuhhh mana mungkin ini peluangku yang mungkin terakhir..Bagiku andainya aku rebah di perjalanan ini, aku merasa sangat bahagia dan berpuas hati..’ Tuhan Engkau tolong aku..’.

Dan Alhamdulillah,untuk mengerjakan sa'ie ini,kami siapkan dalam masa 45 minit.Paling lambat pun dalam 1 jam. Akhir sekali penutup dan penamat bagi pantang larang dalam ihram iaitu bertahalul.Ia ibarat salam bagi mengakhiri sembahyang.Di sini,kami memotong sedikit rambut..




                                         


Semoga setiap helai rambut itu akan menjadi cahaya bagi kami pada hari kiamat kelak.


  • Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:
(الحمد لله على ما هدانا، الحمد لله على ما أنعم به علينا، اللهم هذه ناصيتي, فتقبل مني واغفر لي ذنوبي اللهم اغفر لي وللمحلقين والمقصرين يا واسع المغفرة، آمين.)

Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca:

(الحمد لله الذي قضى عنا نُسُكَنا).


Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut bermakna dia telah bertahallul dengan tahallul kecil, dan dia dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang diharamkan semasa berihram melainkan bersetubuh dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya di mana persetubuhan tidak dihalalkan baginya sehiggalah dia melakukan tawaf Ifadhah.

Dari pengalaman mengerjakan ibadah umrah ini, aq boleh katakan, kita boleh siapkan dalam masa 3 jam bermula dari mengambil teksi untuk bermiqad sehinggalah mengakhirinya dengan bertahalul. Ada jemaah terutama yang muda,sihat dan masih bertenaga boleh melakukan sehingga 2 kali umrah dalam sehari.Sekali sebelah pagi selesai sarapan, sekali sebelah malam, selesai solat Isyak dan makan malam. Pengalaman saya, jika melakukan pada sebelah pagi seawal 7.30 pagi, kami boleh siapkan sebelum 11 pagi.Kemudian sempat balik ke hotel untuk membersihkan diri dan berehat lebih kurang 1 jam kemudian pergi semula (berjalan kaki) menuju ke Masjidil Haram untuk Solat Fardhu Zohor berjemaah.Rasanya tak kan ada sesiapa pun yang sudah datang ke Mekah untuk 'missed' setiap solat fardhu di Masjidil Haram kecuali jika anda jatuh sakit ketika itu, kerana Rasulullah saw pernah bersabda,
“ Satu sembahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”

Manakala jika anda berhajat hendak melakukan umrah pada sebelah malam,(tip untuk sahabat yang ingin mengerjakan umrah) bolehlah dilakukan selepas Isyak dan selepas makan malam.Biasanya kami akan pergi pada pukul 9.30 malam dan boleh siap dalam pukul satu pagi.Kaum hawa pastikan pergi bersama mahram anda. Satu lagi cara, boleh buat selepas asar, anda boleh terus ke Masjid Taneem. Pasti sebelum solat Maghrib anda sudah siap melakukan tawaf. Masa inilah berpeluang dapat solat fardhu betul-betul berdekatan dengan kaabah. Selepas solat maghrib, kami sempat mengerjakan Sa'ie 7 pusingan dan kemudian menunaikan solat Isyak di tempat sa 'ie. Selepas  isyak baru mengerjakan tahalul dan bebas dari ihram. Alhamdulillah...apa pun semuanya terpulang kepada anda,


masa itu pilihan anda. Semuanya terpulang pada kemahuan dan kekuatan anda..
Salah sebuah banguan di hadapan Masjidil Haram.


he.he,,info je...fikir la sendiri..

Tadi saya ada memberitahu tambang teksi agak mahal dalam 50 saudi riyal.Sebenarnya ada lagi pilihan yang lebih murah.Anda cuma perlu berjalan sedikit di depan masjidil haram sebab teksi kita boleh ambil depan hotel.Di sana banyak van-van sapu yang boleh membawa anda ke masjid Taneem dengan bayaran serendah 2 saudi riyal sahaja, tetapi keadaan dalam van agak sesak,sesetengah van sudah uzur benar dan tidak ber aircond...yang penting sampai (dengan selamat..InsyaAllah).( save burget )..:P





                             Banyak kenderaan tunggu penumpamg..tapi pilihan di tangan kita..:-)


Pada ketika kami berada di Mekah, pembangunan sedang giat berjalan.Banyak bangunan-bangunan lama di sekeliling Masjidil Haram yang dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru yang tinggi. Hotel-hotel mewah,  Al-Safwa Tower, Zam-zam Tower dan entah bermacam-macam lagi tower....Saya memandang perubahan ini dari sudut yang positif kerana ia turut memudahkan para jemaah yang ramai.Bagi yang berkemampuan mereka boleh tinggal di hotel-hotel mewah yang sungguh dekat dengan masjidil haram dan amat memudahkan mereka untuk datang ke masjidil haram untuk beribadat. Jika orang yang duduk di hotel jauh boleh berjalan kaki, pasti tiada alasan untuk mereka yang berada.Gunakanlah nikmat yang Allah beri itu dengan sebaik-baiknya.Kami ada masanya akan singgah di Zam-zam tower, kemudian patah balik semula ke Masjidil haram.



( ada gerai makan diatasnya, skrng tutup le pose) Dan yang menarik, boleh pergi ke toilet yang disediakan tempat wudhuk untuk wanita. Di sini agak selesa kerana, tempat wudhuk di masjidil haram sentiasa sesak dengan manusia.



Bangunan lama dirobohkan dan diganti dengan baru yang lebih tinggi...
Memandangkan pembangunan yang sedang giat berjalan ini,suasana di Mekah terdedah dengan habuk dan debu.Ramai jemaah yang menggunakan mask .Kalau ingin dibuat perbandingan Kota mekah dan Kota Madinah,saya lebih suka berada di Kota Madinah yang aman dan tenang itu.Benarlah seperti apa yang ditulis oleh Prof Kamil dalam bukunya yang bertajuk Travelog Haji, suasana islamik itu hanya anda rasai semasa di Masjidil Haram ,tetapi tidak di luarnya. Suasana manusia yang bising membeli belah, bunyi-bunyi hon kenderaan disepanjang jalan, suasana hiruk pikuk kota sungguh tidak mententeramkan jiwa anda.Percayalah ketenangan itu hanya ada di Masjidil Haram.






Kami mnginap di hotel Hajjej di Makkah. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kami sampai ke destinasi agak lambat iaitu pukul 11.30 malam. Jarak dari Hotel Hajjej ke Masjidil Haram ialah lebih kurang 600 meter. ( berterabur plak..baru teringat duk hotel mana..:p )



 ~SYURGA DI HATIKU, HANYALAH DIRIMU..( kau pernah hilang nyawa keranaku tapi tidak pernah hilang kasih terhadapku)
Bertemu cinta di ambang syurga..


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...