Cinta Kasih

Tuesday, August 23, 2011

~PeJaM~


Bismillah..Ya Allah..





"Aku gantungkan impianku setinggi bintang di langit...Ku rendahkan hatiku serendah mutiara di lautan."


Jika tidak mahu hati disakiti, maka jangan pernah menyakiti hati insan lain. Andai diri tidak mahu dizalimi, maka usahlah bertindak zalim kepada insan di sekeliling

Orang muslim adalah orang yang orang-orang muslim lainnya selamat dari gangguan lidah dan tangannya. Orang mukmin adalah orang yang orang-orang lainnya merasa aman dari gangguannya, baik dalam jiwa mahu pun harta mereka (Al-Hadis)
 
Salah satu kunci persahabatan sejati ialah dengan berlapang dada. Usahlah mudah berburuk sangka terhadap sahabat. Usahlah mudah mengambil hati dengan kekurangannya dan maafkanlah andai ada salah silapnya sebagaimana dirimu juga mahu dimaafkan insan lain

“... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)

C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

No comments:

Post a Comment