Cinta Kasih

Friday, December 23, 2011

“MUFARAKAH” **Rindu**



 Bismillah....










Kalau benar cintakan Allah… ingatlah: Cinta itu bukan kata-kata. Love is a verb – cinta itu tindakan. Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta… jika kita sendiri tidak cinta.
Marahkan diri kita dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kita kepada Allah, justeru jika demikian… bererti cinta kita hanya kata-kata? Hanya pura-pura?
Sayidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah..

~Aku menyintai dia ( kekasih yg baru bertapak di hati..) mau date bersamanya tapi hati takut terlanjur terbuat dosa atau sesuatu yang merasuk jiwa..Dia bukan halal bagiku lagi..


Akhirnya aku abaikan saja untuk berdua dengannya..Tapi pergi bertiga dengan abangku..hu.hu..Tapi syukur kerana Allah memberi kami kekuatan menerima hakikat dan takdir..


 Lantas rindu yang berbaur keindahan yang mungkin saja menjerumus kelembah dosa akhirnya dapat di elakkan dengan tidak mencemari pertemuan aku, dia dan familyku,...


Insiden “mufarakah” Rindu, menghadiahkan sebuah hikmah. Ya, akhirnya aku hanya mampu berdoa, “ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdir-MU. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba – yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuh.” Bukan menafikan tadbir, bukan tidak boleh berdoa… tetapi bila takdir sudah memutuskan pasrah dan menyerahkan. Ingat, the believer asks no questions, while no answer can satisfy the unbeliever!







C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

No comments:

Post a Comment