Cinta Kasih

Saturday, January 5, 2013

~Beringat-ingatlah Kita~''TIDUR'





Siapa disini suka tidur lewat malam ? ? ?

Aku merupakan salah seorang manusia yang suka jadi kelawar malam dan kali ini aku nak beritahu kesan – kesan yang berlaku atas diri aku dan mungkin anda atau kamu akibat tidur lewat malam .

~Time duk menulis ni sebenarnya atas katil kat wad no 2, ha ha. tangan masih drip..tapi dah semalam tidur, malam ni dapat gangguan tidur, dan doktor Fazli bukan main bermurah hati melayanku dengan ceramahnya tentang keburukan tidur lewat..adushhh..lebih sakit dari tusukan jarummmm ni..:p

TAK CUKUP TIDUR








- - Haha , sah – sah la kan . Bagi yang pelajar atau pekerja tu , malam ni kamu dah tidur lewat esok nak bangun awal pula pergi kelas dan kerja . Berapa jam je dapat tidur ? Kesan tak cukup tidur dan tidur lewat malam ni sama saja sebenarnya .

TIDAK CERGAS (Kesihatan)

- - Tidur malam sangat penting untuk kita kekal cergas , macam mana sekalipun kita berjaga waktu malam sehingga subuh dan tidur secukupnya pada waktu pagi hingga ke tengah hari . (tidur selepas subuh kan tak elok juga) . Tidur lewat boleh buat tekanan darah jadi rendah . Bagi perempuan , mengikut tinjauan aku period mereka akan terganggu (ini tinjauan aku , kalau salah maaf ya)

BERKEMUNGKINAN MENGALAMI MASAALAH TIDUR...ngehhh..AWAS!! satg lagi mengamuk la tu..





- - Kalau anda tak ada masalah tidur sebelum ini dan tetiba mengamalkan habit tidur lewat malam , anda berkemungkinan bakal mendapat masalah tidur seperti Insomnia atau Hypersomnia .

GANGGAN UMENTAL , EMOSI DAN FIZIKAL




- - Tidur lewat malam boleh jadikan kita GEMUK(aku tengah malam selalu lapar) dan susah nak KURUSkan badan(reaksi dalaman badan kita) .

- - Dari segi emosi pula , mereka akan jadi lebih pemarah , mood tak menentu (sway) dan macam – macam lagi emosi negatif (tak kan dapat positif la)

- - Tak perlu nak siapkan kerja sampai lewat malam sebab apa yang bakal anda korbankan apabila tidur lewat malam ialah mental yang akan jadi lembab dalam erti kata lain , B.L.U.R . (PERCAYALAH !)

SENANG DAPAT PENYAKIT DAN LAMBAT SEMBUH







- Memang senang dapat penyakit dan susah nak sembuh selagi anda mengamalkan habit ini . Kurang tidur dan lewat tidur ini juga akan memberi kesan apabila kita sudah tua kelak (kata doktor) . Sekarang tak nampak sangat , nanti dah tua baru tahu .

(For me myself , aku pernah batuk berkahak selama 3 bulan , muntah kahak dan kesihatan aku memang ditahap yang rendah . Makan ubat pun tak beri kesan . Bila disiasat rupa – rupanya sebab tidur lewat dan aircond menjadi puncanya (bukan tibi ya) ).
Memang dari kecik pun hidup sakit manjang..

Setelah di sahkan Leukemia laaaagiilah aku tak boleh tidur..takyah cerita la, empunya diri ja la tau kenapa... ermmmm..sukarkan... Tak pa itu aku..dan aku harap u all dah baca ni ambiklah yang baik2..

Jaga diri dan kasihatan.. kalau sakit kauranggg la yang susah bukan aku..dan aku memang dah sakit la ni..tapi jap lagi tidurla sang mata..hiks hiks hiks..

Inilah kesan – kesan yang aku alami sepanjang tidur lewat malam . Jadi , cuba elakkan tidur lewat malam ya kawan – kawan .

~peringatan untuk aku juga~ Oleh doktor pakarku..bukan doktor Cinta..:p..




C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

No comments:

Post a Comment