Cinta Kasih

Monday, April 22, 2013

~Kronologi Kucing Jalanan~



Adakah yang mahu? Adakah yang simpati?



DI JALANAN INI SANGAT BAHAYA UNTUK ANAK-ANAK KUCING..




" Kesiannya kucing ni...takde ke orang nak ambil dia untuk dibela ke?"
 (gambar kucing kurap)


NI EDDIE YG PUTUS SEBELAH KAKI DEPANNYA.


Tak dapat aku bayangkan betapa pedih dan sakitnya luka itu..huhu..
Mengapa tidak, sebab kurap, kudis, kurus, kotor dan warna tak menarik....
Soalan yang selalu kita ajukan ialah “cantik tak kucing tu?”. Mengapa jika berkudis, kotor, di hurungi kutu dan lalat? Apakah anda mahu?

Dalam kamus hidupku tak ada istilah cantik, menarik serta jenis apa jika mahu membela binatang bernama kucing. Aku teringat arwah ayahku, setiap kali dia pergi kemana2, ke pantai, ke kedai di kaki lima, atau lalu di kapung dan longkang-longkang, jika jumpa kucing pasti dia bawa balik. Sehingga satu peringat arwah umiku bagi amaran, jika dia bawa bali lagi kucing-kucing umi akn tinggalkan ayah, biar ayah hidup saja dengan kucing2 jalanan itu, sebab umi tak larat jika yang di bawa balik tu kucing cantik gebu tak apa, ini kucing kudis berkurap. Ada yg bernanah-nanah.. tapi dengan cara tradisonal sebab di ulu desa mana ada klinik haiwan masa tu.. Arwah ayah dengan buat telinga pekak dengan bebelan umi rawat kucing-kucing tersebut sehingga pulih, yang botak tumbuh bulu, yang busuk di mandikan sehingga wangi, pakai sabun basuh kain. Ha ha...


Siapa yang mahu jika begini? tapi aku rasa dia pun punya perasaan ingin seperti kucing2 peliharaan lain..


Nak kucing yang cantik sekali kalau tidak di jaga dengan baik mana ada cantiknya. Jika yang huduh di jaga kebersihan dan di beri kasih sayang ia akn cantik.. Ada orang kucing cantik akn jadi buruk, sebab nak hanya untuk syarat...

Duduk di kawasan Putrajaya dengan karenah jiran-jiran yang sangat menjaga kerbersihan serta tidak suka kucing sebab najisnya. Pernah 2 ekor anak kucingku hilang,’tak mau tuduh sesiapa’ tapi ada bukti, ada orang buang. Last aku terjumpa akhirnya dengan keadaan yang sangat daif kaki depannya putus dan berulat..( ya Allah hancur hatiku, apa dosa kucing ). Aku hanya mampu menangis dan bawa balik dan bawa jumpa doktor... (gambar). Tak cantik bulu tapi dia juga mahluk yang perlu kasih sayang.


Eric ngan adik beradik dia sedang santai...ngehh


Aku suka kucing mungkin waris perasaan dari arwah ayah, tidak kesah cantik atau tidak. Tapi semuanya kucing jalanan... Namun akhirnya aku dapat baka kacukan dan cantik serta mahal, sebab kucing ku KAWEN ngan kucing jiranku yang macho dan though. Kucingku jalananku mungkin kacukan kucing hutan, kacukan pulak dengan kucing persian jiran yang cantik bulu kembang heret tanah he he.. lahirnya ‘mine coon’.. fuyoooo. Doktor kata ‘u sangat bertuah..bukan senang nak dapat kucing jenis ni serta harga pun mahal.. Yes hasil yang aku dapat berbalui..


NI ERIC HE HE NAMPAK GARANG TAPI MANJEEE..



Kucing jalanan lebih memerlukan perlindungan. Mereka makan apa saja untuk mempertaruhkan hidup. Tidak seperti kucing mahal, makan makanan tertentu yang mahal, kos penjagaan yang cerewet..
Kucing jalanan yang berkudis dan berkurap nasibnya malang, bagai mana jika tidak di rawat? Mati sia-sia dan sangat naif dan siksanya mereka..huhu.. sedeyy J

Kitalah harapan mereka untuk mendapat kehidupan yang sedikit sepurna dari hari biasa. Salahkah kita berkongsi sedikit rezki yang kita dapat dengan mereka? Akan jatuh mufliskah kita?



Jika kita jaga dengan baik, kucing-kucing akan cantik dan sihat..berbaloi dengan kasih sayang dan perhatian..Kita akn lebih menghargai serta di hargai. Kepuasan hanya kita yang rasa dari seekor kucing jalanan yang melarat jadi seperti yang ada. Paling bermakna mereka menjadi sebahagian dari keluarga kita..st aku terjumpa akhirnya dengan keadaan yang sangat daif kaki depannya putus dan berulat..( ya Allah hancur hatiku, apa dosa kucing ). Aku hanya mampu menangis dan bawa balik dan bawa jumpa doktor... (gambar). Tak cantik bulu tapi dia juga mahluk yang perlu kasih sayang.

Aku suka kucing mungkin waris perasaan dari arwah ayah, tidak kesah cantik atau tidak. Tapi semuanya kucing jalanan... Namun akhirnya aku dapat baka kacukan dan cantik serta mahal, sebab kucing ku KAWEN ngan kucing jiranku yang macho dan though. Kucingku jalananku mungkin kacukan kucing hutan, kacukan pulak dengan kucing persian jiran yang cantik bulu kembang heret tanah he he.. lahirnya ‘mine coon’.. fuyoooo. Doktor kata ‘u sangat bertuah..bukan senang nak dapat kucing jenis ni serta harga pun mahal.. Yes hasil yang aku dapat berbalui..

Kucing jalanan lebih memerlukan perlindungan. Mereka makan apa saja untuk mempertaruhkan hidup. Tidak seperti kucing mahal, makan makanan tertentu yang mahal, kos penjagaan yang cerewet..
Kucing jalanan yang berkudis dan berkurap nasibnya malang, bagai mana jika tidak di rawat? Mati sia-sia dan sangat naif dan siksanya mereka..huhu.. sedeyy 



NIE TOFFIE YG SEKSI..kurip gak kawan bagi he he..dah cantikkk..


Kitalah harapan mereka untuk mendapat kehidupan yang sedikit sepurna dari hari biasa. Salahkah kita berkongsi sedikit rezki yang kita dapat dengan mereka? Akan jatuh mufliskah kita?
Jika kita jaga dengan baik, kucing-kucing akan cantik dan sihat..berbaloi dengan kasih sayang dan perhatian..Kita akn lebih menghargai serta di hargai. Kepuasan hanya kita yang rasa dari seekor kucing jalanan yang melarat jadi seperti yang ada. Paling bermakna mereka menjadi sebahagian dari keluarga kita..




NIE SOKKY..ADIK BERADIK ERIC, SPECIES LAIN LAK HE HE..

C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Wednesday, April 10, 2013

Peritnya menahan SEBUAH RASA




Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum..




Mungkin ada yg menyampah bila aku menulis atau buat statemnt di wall facebook atau memanjangkan blog, tapi aku ingin berkongsi dengan yang sudi..mungkin kita ada persamaannya..Aku berasa bahawa Allah begitu menyayangi dan menyintai aku ( kita ) dgn segala nikmat yg telah di berikan,nikmat yang aku sedari atau tidak aku sedari. segala anugrah, salah satunya suka membaca dan menulis, dengan membaca aku semakin mngenali Allah dan Rasul, semakin mngenali sifat jati diri orng ternama yang soleh dan mulia...



Dengan membaca aku dapat melipat ruang dan waktu. Aku dapat ,merasakan hidup di pelbagai tempat dan saat. Aku boleh merasa pelbagai perasaan jiwa. Aku boleh merasakan ketulusan Abu Bakar ketika menemani hijrah Baginda Rasul. Aku dapat merasakan dasyatnya doa Baginda Nabi semasa berdoa sambil menangis menjerang perang Badar. Aku boleh merasakan kesedihan kota Madinah saat Rasulullah wafat. Saya boleh merasakan betapa pilunya ketika  sayyidina Husein, cucu Rasulullah s.a.w di bantai di Karbala. Aku boleh merasakan semangat Imam Al-Bukhari saat bertahun-tahun mengembara mengumpul hadis-hadis sahih. Aku dapat merasakan semangat keberanian yang tiada bandingannya ketika mendengar pidato Thariq bin Ziyad saat membakar kapal-kapal tenteranya, apabila berpijak saja di bumi Andalus.





  Istana Al-Hamra 




Al Hamra



Dengan membaca aku boleh merasakan indahnya musim bunga di istana Al-Hamra. Aku boleh merasakan dasyatnya rasa rindu Majnun pada Laila. Aku dapat mencium aroma darah yang menggenang di Kota Bagdad kerana penyembelihan yang di lakukan oleh tentera Tartar. Saya juga dapat merasakan perasaan hancur seorang ayah di Palestin apabila anak kesayangannya ditembak mati di pangkuannya oleh tentera Israel, seperti yang pernah dialami ayah Muhammad Al-Dorrah. Saya dapat merasakan ketenangan hidup bergelut dengan laut dan ikan yu sendirian berhari-hari dan bermalam-malam seperti yang pernah dialami pak tua dalam The Old Man and The Sea. Saya dapat merasakan rasa semangat kenegaraan yang tiada tandingan sejak kemerdekaan di kecapi... Persekutuan Tanah Melayu di isytiharkan cara rasmi tepat jam 9:30 pagi pada 31 Ogos 1957.  Kemerdekaan ini di isytiharkan di Stadium Merdeka di saksikan 20.000 orang termasuklah Raja-raja Melayu.. Syukur Ya Allah.
Itulah setitis perasaan yang aku dapat dari membaca. Masih ada ribuan perasaan dan pengalaman dari membaca yang tak mungkin aku ceritakan di sini. Ini adalah satu anugrah yang aku rasakan sangat indah, saya rasakan betapa Tuhan sangat mencintai aku...





                             31 Ogos 1957


Dengan menulis juga, aku merasakan kenikmatan yang tidak kurang dengan kenikmatan menbaca. Dengan menulis aku dapat mengajak jiwaku bersemangat , bahagia, sedih, haru, bergetar dan sebagainya; Aku dapat mengajak orang lain merasakan apa yang aku rasa, bagi yang mahu berkongsi (share).
Dengan menulis aku dapat mrngajak jiwaku bersemangat ketika lemah . Aku dapat mengajak jiwaku optimis memandang terang cahaya ketika sedang berasa sedih dan redup. Dengan menulis aku seolah dapat mengubati diri dan jiwaku, aku lebih rasa berdaya. Aku berasa mendapat ruang yang cukup untuk mngajak diri sendiri dan orang lain berusaha menjadi lebih baik.

Dengan menulis aku dapat merasakan  betapa Tuhan begitu mencintaiku. Allahu akhbar. Aku akan terus menulis sehingga jemariku kaki, dakwat kering dan pena reput.. ^______^.






                                                       ~**~ Arora 2013 ~**~




C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...