Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum..
Mungkin ada yg menyampah bila aku menulis atau buat statemnt di
wall facebook atau memanjangkan blog, tapi aku ingin berkongsi dengan yang
sudi..mungkin kita ada persamaannya..Aku berasa bahawa Allah begitu menyayangi
dan menyintai aku ( kita ) dgn segala nikmat yg telah di berikan,nikmat yang
aku sedari atau tidak aku sedari. segala anugrah, salah satunya suka membaca
dan menulis, dengan membaca aku semakin mngenali Allah dan Rasul, semakin
mngenali sifat jati diri orng ternama yang soleh dan mulia...
Dengan membaca aku dapat melipat ruang dan waktu. Aku dapat
,merasakan hidup di pelbagai tempat dan saat. Aku boleh merasa pelbagai
perasaan jiwa. Aku boleh merasakan ketulusan Abu Bakar ketika menemani hijrah
Baginda Rasul. Aku dapat merasakan dasyatnya doa Baginda Nabi semasa berdoa
sambil menangis menjerang perang Badar. Aku boleh merasakan kesedihan kota
Madinah saat Rasulullah wafat. Saya boleh merasakan betapa pilunya ketika sayyidina Husein, cucu Rasulullah s.a.w di
bantai di Karbala. Aku boleh merasakan semangat Imam Al-Bukhari saat
bertahun-tahun mengembara mengumpul hadis-hadis sahih. Aku dapat merasakan semangat
keberanian yang tiada bandingannya ketika mendengar pidato Thariq bin Ziyad
saat membakar kapal-kapal tenteranya, apabila berpijak saja di bumi Andalus.
Istana Al-Hamra |
Al Hamra |
Dengan membaca aku boleh merasakan indahnya musim bunga di
istana Al-Hamra. Aku boleh merasakan dasyatnya rasa rindu Majnun pada Laila.
Aku dapat mencium aroma darah yang menggenang di Kota Bagdad kerana
penyembelihan yang di lakukan oleh tentera Tartar. Saya juga dapat merasakan
perasaan hancur seorang ayah di Palestin apabila anak kesayangannya ditembak
mati di pangkuannya oleh tentera Israel, seperti yang pernah dialami ayah
Muhammad Al-Dorrah. Saya dapat merasakan ketenangan hidup bergelut dengan laut
dan ikan yu sendirian berhari-hari dan bermalam-malam seperti yang pernah
dialami pak tua dalam The Old Man and The Sea. Saya dapat merasakan rasa
semangat kenegaraan yang tiada tandingan sejak kemerdekaan di kecapi...
Persekutuan Tanah Melayu di isytiharkan cara rasmi tepat jam 9:30 pagi pada 31
Ogos 1957. Kemerdekaan ini di
isytiharkan di Stadium Merdeka di saksikan 20.000 orang termasuklah Raja-raja
Melayu.. Syukur Ya Allah.
Itulah setitis perasaan yang aku dapat dari membaca. Masih ada
ribuan perasaan dan pengalaman dari membaca yang tak mungkin aku ceritakan di
sini. Ini adalah satu anugrah yang aku rasakan sangat indah, saya rasakan
betapa Tuhan sangat mencintai aku...
31 Ogos 1957
Dengan menulis juga, aku merasakan kenikmatan yang tidak kurang
dengan kenikmatan menbaca. Dengan menulis aku dapat mengajak jiwaku bersemangat
, bahagia, sedih, haru, bergetar dan sebagainya; Aku dapat mengajak orang lain
merasakan apa yang aku rasa, bagi yang mahu berkongsi (share).
Dengan menulis aku dapat mrngajak jiwaku bersemangat ketika
lemah . Aku dapat mengajak jiwaku optimis memandang terang cahaya ketika sedang
berasa sedih dan redup. Dengan menulis aku seolah dapat mengubati diri dan
jiwaku, aku lebih rasa berdaya. Aku berasa mendapat ruang yang cukup untuk
mngajak diri sendiri dan orang lain berusaha menjadi lebih baik.
Dengan menulis aku dapat merasakan betapa Tuhan begitu mencintaiku. Allahu
akhbar. Aku akan terus menulis sehingga jemariku kaki, dakwat kering dan pena
reput.. ^______^.
~**~ Arora 2013 ~**~
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...
Terbaikla moksu
ReplyDelete