Cinta Kasih

Tuesday, January 25, 2011

Keluhan dan luahan seorng lelaki..



Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang labuh.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian






Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...




C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

::~Jejaka Idaman Kalbu~::



Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta

Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan laghra

Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya



Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi


Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa
Persoalannya…



Masih adakah lelaki idaman itu?


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

~JOMMM JALAN JAGA KASIHATAN~

 

 

 

 

 

1. Peruntukkan waktu selama 30 minit utk berjalan kaki.

2. Duduk sendirian selama 10 minit.


3. Peruntukkan 7 jam waktu tidor.

4. Hidupkan hari kamu dengan tiga perkara ini, kuat +semangat+belas ihsan.

5. Mainlah permainan yg menggembirakan kamu.

6. Bacalah buku2 ilmiah sebanyak mungkin.

7. Khususkan waktu untuk santapan rohani seperti solat sunat, zikir, baca Quran.


8. Luangkan masa untuk berbual dengan orang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

9. Pasangkan impian ketika kamu berada dalam keadaan sedar.

10. Banyakkan mkn makanan semulajadi, kurangkan mkn mkn segera.

11. Minum air masak

12. Cuba utk membuat 3 orang yg berada disekeliling kamu tersenyum

13. Jangan dibiarkan masa berlalu tanpa perkara berfaedah

14. Lupakan segala perkara buruk yg telah kamu lakukan, dan sembunyikan kesalahan org lain.

15. Jgn sesekali berfikiran negatif, penuhilah azam dgn fikiran positif.

16. Jadikanlah kehidupan yg kamu lalui itu sebagai sekolah, dan kamu pelajar di dalamnya, setiap ape jua masalah yg kamu lalui, pasti ada penyelesaiannye.

17. Jadikan sarapan itu sebagai santapan diraja, lunch seumpama menteri, dinner seumpama kamu seorang faqir.

18. Senyumlah dan ketawa sebanyak mungkin.

19. Kehidupan ini terlalu pendek, jgn sesekali penuhinya dengan membenci org lain.

20. Jgn jadikan semua perkara itu terlalu serius, ‘be smart and think’

21. Tidak semestinya kamu perlu juara dalam perdebatan dan perbincangan, cuba utk menerima kesalahan dan pandangan orang lain.

22. Lupakan perkara buruk yg telah berlalu sehingga mempengaruhi masa depan kamu.

23. Jgn bandingkan kehidupan kamu dengan org lain.

24. Hanya satu sahaja yg mencorak dan menjamin kebahagiaan dalam kehidupan, iaitu ‘kamu’.

25. Cuba bertolak ansur tanpa syarat.

26. Apa yg org perkatakan keburukan di belakang kamu, anggaplah ia tiada kaitan langsung.

27. Bersangka baiklah pd Allah.

28. Sama ada kehidupan kamu baik atau buruk, percayalah semua itu akan berubah.

29. Ketika kamu sakit, byk tugasan telah terjejas, yg menolong kamu itu adalah sahabat, maka hargailah mereka.

30. Cuba buangkan segala tabiat yg tidak bermanfaat dan berguna.

31. Hasad dengki byk membuang masa, adalah lebih baik kamu menggunakan waktu tu utk meningkatkan keupayaan kamu.

32. Tiada perkara dalam dunia ini yg mustahil.

33. Apa jua perasaan yg kamu lalui, jgn lemah, naif, putus semangat, cuba utk bangkit dan teruskan perjalanan.




34. Cuba lakukan sesuatu perkara itu niat kerana Allah.

35. Cuba selalu hubungi kedua ibu bapa dan adik beradik.

36. Hiduplah bermaruah dan nikmatilah kebahagiaan.

37. Cuba utk menjadi seorang yg sentiasa memberi bukan menerima.

38. Jagalah agama kamu.

39. Ketika kamu bangkit dari Subuh, dan kamu rasakan masih hidup, bersyukurlah pada Allah.




40. Doakan kebahagiaan sahabat2 dan saudara2 kamu.



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

~Kerna Aku Seorang Wanita~

 Assalamualaikum wtb..

Hendak di kongsikn,mungkin sudah biasa sangat dengan cerita begini atau nukilan yang hampir serupa..namun aku cukup teruja dengan tulisan dan isi serta nukilan rasa yang sebegini, kadang aku tidak pernah jemu utk membacanya berulangkali..Bukan tidak memandang besarnya pengorbanan seorng lelaki aku amat menghargai..nanti akn datang insyallah adalah luahan untuk sang lelaki,,kerna aku harus menjadikan mereka sebahagian dari diriku..kerna kini aku masih tidak punya IMAM ku itu...he..he.rahsia..

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa engkau menangis?” 

“Kerana aku seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.  
“Aku tidak mengerti”, kata anak itu.  
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan kau tak akan pernah mengerti” 
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?” 
“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. 
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. 
Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan,


Antara bisikan yang didengarinya adalah:  

  • “Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan “
     
  • “Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “
  • “Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh “
  • “Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “
  • “Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “
  • “Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada di sisi suaminya tanpa ragu “
  •  
  •  
  •  
  • “Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya.”
Tahukah kamu:  
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yg dikenakannya, susuk yg ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorg wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat di mana cinta itu ada.
Setiap Wanita itu Cantik!


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Sunday, January 16, 2011

~Sejurai Tangis~



bila terlalu banyak ujian yang menimpa,

terkadang manusia akan menjadi telalu lemah… selemah-lemahny…

akan tiba satu saat, tiada lagi tangisan yang dapat dialirkan..

cuma gelakan kecil menemani tawa dan masalah..

bila Allah sayangkan hamba-Nya, akan diuji semahunya..

supaya hamba mengerti akan kemanisan iman…

supaya hamba mengerti akan harga sebuah cinta Illahi…

supaya hamba mengerti akan nilai sebuah pengorbanan…

supaya hamba mengerti dan menghargai nikmat iman dan islam…

supaya hamba mengerti dan tidak  berkira untuk melafazkan syukur..

supaya hamba mengerti yang Dia sentiasa ada untuk mereka…

supaya hamba mengerti yang Dia sentiasa mendengar dan melihat…

supaya hamba mengerti bukan mudah untuk bersama sang Kekasih dan Pencinta Agung…

supaya hamba mengerti yang tempat kembalinya adalah pada-Nya..

supaya hamba mengerti jiwanya dan jasadny adalah milik-Nya…

supaya hamba mengerti akan erti pengabdian…

supaya hamba mengerti…

Dialah segala-galanya…




di saat kejatuhanmu.. ingatlah, Allah sedang menguji






keimananmu untuk menaikkan darjatmu..

jangan pernah mengalah..

jangan pernah putus berharap pada-Nya..

~ Apakah manusia menyangka Kami tidak akan menguji iman mereka





                                  di saat mereka menyatakan keimanan mereka..?? ~

                                               buat diri… bersabarlah…

                                                Allah menyayangimu…

                                   carilah Dia yang sentiasa ada untukmu…

                          sekali diuji, berkali-kali lagi akan datang selepas itu..

                             sampai 1 tahap, diri akan terasa sgt3 lemah..

                                  tapi, tu tandany Allah sayangkan kta,

                         berbaloi untuk rasa penat dan letih dengan ujian kan…



Sampai kering telaga hati


air mata sudah lelah mau mengalir maka biarkan saja...


satu ketika tangis itu akan menjadi penawar..






C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Friday, January 14, 2011

::~Allah Loves Me~::


 One day, I woke up early in the
morning to watch the sunrise.
Ah, the beauty of God’s creation is beyond description.
As I watched, I praised God for the beautiful work.
As I sat there, I felt the Lord’s presence with me.

He asked me, "Do you love me ?"
I answered, "Of course God! You are my
Lord!"

Then He asked,"If you were physically
handicapped, would you stil love me ?"

I was perplexed.I looked down upon my arms, legs
and the rest of my body and
wondered how many things I wouldn’t be able to do, the things I took for
granted.
And I answered, "It would be tough Lord, but I would still love you."

Then the Lord said,"If you were blind, would
you still love my creation?"

How could I love something without being able to
see it ?
Then I thought of all the blind people in the world and how many of them still
loved God and his creation.

So I answered, "Its hard to think of it, but I would still love you."

The Lord then asked me,"If you were deaf,
would you still listen to my word ?"

How could I listen to anything, being deaf ? Then I
understand.Listening to God’s
word is not merely using our ears but our hearts.
I answered, "It would be tough but I would still listen to your
words,"

The Lord then asked,"If you were mute, would
you still praise my Name?"

How could I praise without a voice ? Then it
occured to me:God wants us to
sing from our very heart and soul. It never matters what we sound like.
So I answered, "Though I could not physically sing, I would still praise
your Name."

And the Lord asked,"Do you really love me
?"

With courage and a strong conviction, I answered boldly,"Yes Lord!
I love you because you are the one and true God!"
I thought that I had answered well,

but God asked, "Then why do you sin?"

I answered, "Because I am only human, I am not
perfect."

"Then why do in times of peace you stray the
furthest ?
And why only in times of trouble do you pray the earnest ?"

No answer. Only tears.
he Lord continued:
Why only pray at fellowships and retreats ?
Why seek me only in times of worship ?
Why ask things so selfishly?
Why ask things so unfaithfully ?

The tears continued to roll down my cheeks.
Why are you ashamed of Me ?
Why are you not spreading the good news ?
Why in times of presecution, you cry to others when I offer My shoulders to cry
on ?
Why make excuses when I give you opportunities to serve in My Name ?

I tried to answer but there was no answer to give.
"You are blessed with life.
I made you not throw this gift away.
I have blessed you with talents to serve me, but you continue to turn away.




I have revealed My word to you, but you do not gain in knowledge.
I have spoken to you, but your ears were closed.
I have shown my blessings to you, but your eyes were turned away.
I have sent you servants, but you sat idly as they were pushed away.
I have heard your prayers and I have answered them all.

Do you truly love Me ?"
I could not answer.
How could I ?
I was embarrassed beyond belief.
I had no excuse.
What could I say to this ?
When my heart had cried out, and the tears had flowed,
I said, "Please forgive me Lord.
I am unworthy to be your servant."

The Lord answered,"That is my grace, my
servant."

I asked, "Then why do you continue to forgive
me ? Why do you love me so ?"

The Lord answered, "Because you are my
creation. I will never abandon you.
When you cry, I will have compassion and cry with you.
When you shout with joy, I will laugh with you.
When you are down, I will encourage you.
When you fall, I will raise you up.
When you are tired, I will carry you.
I will be with you till the end of the days and I will love you forever."



 
Never had I cried so hard before.
How could I have been so cold.
And for the first time, I truly prayed.

C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Thursday, January 13, 2011

::~AkuKah HamBa???~::



I felt like i was really low on iman, bak kate pepatah "iman senipis kulit bawang"..mcm tuhlah iman d dada aku nih… hurm, mama slalu pesan "dik be a good muslimah, be istiqamah".. tp aku bkn mama, aku x de pendirian..kalo di rumah, aku smngt berkobar2 nk jd mcm mama dan nek tp bile balik duk sendiri, makin hari makin lalai…










 "Tuhanku ampunkanlah segala dosaku.
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu.

Bilakah diri ini kan kembali,
Kepada fitrah sebenar,
Pagi ku ingat petang ku alpa,
Begitulah silih berganti…"







In the middle of the nite or early subuh, i couldn’t stop crying bila mengingati kebesaran Allah, carried all the sins in front of Him and asked for forgiveness, asked for protection of the hell, azab seksa kubur.. o Allah~ i cry everytime i rmmbr u, rmmbr my sins… even i watched  lots of rusty torture implements dlm movie "House of Wax", aku nangis teruk coz aku takot seksaan kubur and neraka lebih terok dari itu..yes, Air mataku begitu murah…

but o Allah, i don’t know why i am not a good servant…i keep doing the same mistakes, same sins everyday n everyday…aku x de ciri2 budak agama pun~ cara pakaian, cara berbahasa, dan adab pergaulan.. i lost my identity…( x macam kat UIA dan Al-Azhar dulu ) i can’t control myself n need somebody, a friend to guide me as i am far from home… but it seems like my friends beside me right now don’t have that ability~ sbb tu aku hargai teman2 yang ada sejak dulu..dr UIA, perempuan & laki n teman dr skolah menengah SMKDP ( lama doh x jumpe tapi dpt dri FB je ) lain (siape ye? hehe)…wlpn ade yg x delah nmpk alim benor tp skurang2nye mampulah utk memahami diri aku ni~ kiro sedak la utk aku luah perasaan psl2 ugame nih..tapi x sedapnya bila tang ckp bab agame ni, depa panggil cek ustazah pulak..mcm ne ustazah asyik nanye ni..

"A person is likely to follow the faith of his friend, so look at whom you befriend"

(Hadith at-Tirmizi and Abu Dawood).

The person most noble in character and dealings with fellow humans gave us a very clear message and advice in regard to friendship. This hadith is totally right..Yes, it is very sad fact but I don’t blame others.. itulah aku! ( siapa2 yg kenal aku sure da lali dgn perangai mahau yg x blh bt decision, yg mdh ikot kwn2..hehe..) thats why i keep my hands together to make du’a pray to the one and only supaya di tetapkan hati di jalan agamaNya~


    “ Ya Allah, Tuhan Pemilik Segala Cinta.. Letakkanlah dunia dalam
genggamanku, jangan di hatiku…








Malik Bin Dinar :
"Janganlah Engkau Berteman Dengan Seseorang,
Yang Sekiranya Persahabatan Itu Tidak Dapat Menolongmu Selepas Mati Kelak.."












C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Tuesday, January 11, 2011

♥●•٠·˙ Surat Cinta Tuk Jiwa ˙·٠•●♥



Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat
tercintaku yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeda, lebih bermakna
dan indah.


Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.



Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Coba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?




Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "





Wallahualam bisshawab

 Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Monday, January 10, 2011

^^WANITA : Akal Senipis Rambutnya.^^

Jommmm..koreksi diri..Bermadah dansa dalam rahsia, jiwa..hu..hu..tak sempurnanya aku..



Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segala...
Apa yang tiada dalam syurga?...
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok...
Untuk diluruskan lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.



Didiklah mereka dengan panduan dari Nya...
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita...





                                   

Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal. Disitulah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan Iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan...

Ia bukan diskriminasi Allah....
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
 Wanita yang lupa hakikat kejadiannya..
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus..

Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikat andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...

pasti dunia lelaki huru-hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadaNya...Jinakkan diri kepada Allah...

Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'...Sean
dainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.




He..he.. erk eleh..cubalah.jgn perli2 hah..tak mustahil fotostat Fatimah Az-Zahra' dan Saidina Ali di akhir zaman. Bila Allah kata 'kunfayakun'


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Sihatkan Jantung Anda

=Aha..dah bnyk cerita, mcm2 cerita, Kite renung sejenak seketul daging dalam dada kita, yang setiap detik tidak penah berhenti bekerja dan tidak pernah mengeluh keletihan..Betul ke?? siapa tahu??.

Satu ujian telah dilakukan terhadap 25 orang lelaki berumur antara 18 hingga 68 tahun dan mendapati mereka yang meminum campuran madu dan air mempunyai tingkat antioksida lebih baik dalam darah mereka daripada mereka yang tidak meminumnya langsung.

Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Illinois, Amerika Syarikat, madu dipercayai membantu mengurangkan serangan penyakit jantung. Khasiat yang ada pada manisan ini dipercayai membantu melancarkan pengaliran darah menerusi arteri dan memiliki kesan perlindungan yang memberangsangkan. Jumlah antioksida dalam madu sama dengan sebiji epal, pisang, jeruk dan strawberi. Madu hitam dikatakan mempunyai antioksida paling baik serta banyak dan ianya bagus untuk kesihatan jantung.



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

~Kidung Cahaya~

*** Ini satu artikel yang membuat aku terkedu an teruja, melaras jiwa rabungku tentang erti Pengorbanan serta Cinta yang di bumbu oleh Jihad..

                               iman adalah mata yang terbuka,
                               mendahului datangnya cahaya
                               tapi jika terlalu silau, pejamkan saja
                               lalu rasakan hangatnya keajaiban



Saya tertakjub membaca kisah ini; bahwa Sang Nabi hari itu berdoa.
Di padang Badr yang tandus dan kering, semak durinya yang memerah dan langitnya yang cerah, sesaat kesunyian mendesing. Dua pasukan telah berhadapan. Tak imbang memang. Yang pelik, sebagian mereka terikat oleh darah, namun terpisah oleh ‘aqidah. Dan mereka tahu inilah hari furqan; hari terpisahnya kebenaran dan kebathilan. Ini hari penentuan akankah keberwujudan mereka berlanjut.
Doa itulah yang mencenungkan saya. “Ya Allah”, lirihnya dengan mata kaca, “Jika Kau biarkan pasukan ini binasa, Kau takkan disembah lagi di bumi! Ya Allah, kecuali jika Kau memang menghendaki untuk tak lagi disembah di bumi!” Gemetar bahu itu oleh isaknya, dan selendang di pundaknya pun luruh seiring gigil yang menyesakkan.

Andai boleh lancang, saya menyebutnya doa yang mengancam. Dan Abu Bakr, lelaki dengan iman tanpa retak itu punya kalimat yang jauh lebih santun untuk menggambarkan perasaan saya. “Sudahlah Ya Rasulallah”, bisiknya sambil mengalungkan kembali selendang Sang Nabi, “Demi Allah, Dia takkan pernah mengingkari janjiNya padamu!”

Doa itu telah menerbitkan sejuta tanya di hati saya. Ringkasnya; mengapa begitu bunyinya? Tetapi kemudian, saya membaca lagi dengan sama takjubnya pinta Ibrahim, kekasih Allah itu. “Tunjukkan padaku duhai Rabbi, bagaimana Kau hidupkan yang mati!”, begitu katanya. Ah ya.. Saya menangkap getar yang sama. Saya menangkap nada yang serupa. Itu iman. Itu iman yang gelisah.

Entah mengapa, para peyakin sejati justru selalu menyisakan ruang di hatinya untuk bertanya, atau menagih. Mungkin saja itu bagian dari sisi manusiawi mereka. Atau mungkin justru, itu untuk membedakan iman mereka yang suci dari hawa nafsu yang dicarikan pembenaran. Untuk membedakan keyakinan mereka yang menghunjam dari kepercayaan yang bulat namun tanpa pijakan.

Kita tahu, di Badr hari itu, Abu Jahl juga berdoa. Dengan kuda perkasanya, dengan mata menantangnya, dengan suara lantangnya, dan telunjuk yang mengacung ke langit dia berseru, “Ya Allah, jika yang dibawa Muhammad memang benar dari sisiMu, hujani saja kami dari langit dengan batu!” Berbeda dari Sang Nabi, kalimat doanya begitu bulat, utuh, dan pejal. Tak menyisakan sedikitpun ruang untuk bertanya. Dan dia lebih rela binasa daripada mengakui bahwa kebenaran ada di pihak lawan.

Itukah keyakinan yang sempurna? Bukan. Itu justru kenaïfan. Naif sekali.
Mari bedakan kedua hal ini. Yakin dan naïf. Bahwa dua manusia yang dijamin sebagai teladan terbaik oleh Al Quran memiliki keyakinan yang menghunjam dalam hati, dan keyakinan itu justru sangat manusiawi. Sementara kenaifan telah diajarkan Iblis; untuk menilai sesuatu dari asal penciptaan lalu penilaian itu menghalangi ketaatan pada PenciptaNya. Atau seperti Abu Jahl; rela binasa daripada mengakui kebenaran tak di pihaknya. Atau seperti Khawarij yang diperangi ‘Ali; selalu bicara dengan ayat-ayat suci, tapi lisan dan tangan menyakiti dan menganiaya muslim lain tanpa henti. Khawarij yang selalu berteriak, “Hukum itu hanya milik Allah!”, sekedar untuk menghalangi kaum muslimin berdamai lagi dan mengupayakan kemashlahatan yang lebih besar. Mencita-citakan tegaknya Din, memisahkan diri di Harura dari kumpulan besar muslimin, dan merasa bahwa segala masalah akan selesai dengan kalimat-kalimat. Itu naïf.

Dan beginilah kehidupan para peyakin sejati; tak hanya satu saat dalam kehidupannya, Ibrahim sebagai ayah dan suami, Rasul dan Nabi, harus mengalami pertarungan batin yang sengit. Saat ia diminta meninggalkan isteri dan anaknya berulang kali dia ditanya Hajar mengapa. Dan dia hanya terdiam, menghela nafas panjang, sembari memejamkan mata. Juga ketika dia harus menyembelih Isma’il. Siapa yang dapat meredam kemanusiaannya, kebapakannya, juga rasa sayang dan cintanya pada sesibir tulang yang dinanti dengan berpuluh tahun menghitung hari.

Dan dia memejamkan mata. Lagi-lagi memejamkan mata.

Yang dialami para peyakin sejati agaknya adalah sebuah keterhijaban akan masa depan. Mereka tak tahu apa sesudah itu. Yang mereka tahu saat ini bahwa ada perintah Ilahi untuk begini. Dan iman mereka selalu mengiang-ngiangkan satu kaidah suci, “Jika ini perintah Ilahi, Dia takkan pernah menyia-nyiakan iman dan amal kami.” Lalu mereka bertindak. Mereka padukan tekad untuk taat dengan rasa hati yang kadang masih berat. Mereka satukan keberanian melangkah dengan gelora jiwa yang bertanya-tanya.
Perpaduan itu membuat mereka memejamkan mata. Ya, memejamkan mata.

Begitulah para peyakin sejati. Bagi mereka, hikmah hakiki tak selalu muncul di awal pagi. Mereka harus bersikap di tengah keterhijaban akan masa depan. Cahaya itu belum datang, atau justru terlalu menyilaukan. Tapi mereka harus mengerjakan perintahNya. Seperti Nuh harus membuat kapal, seperti Ibrahim harus menyembelih Isma’il, seperti Musa harus menghadapi Fir’aun dengan lisan gagap dan dosa membunuh, seperti Muhammad dan para sahabatnya harus mengayunkan pedang-pedang mereka pada kerabat yang terikat darah namun terpisah oleh ‘aqidah.

Para  penda’wah, jika ada perintahNya yang berat bagi kita, mari pejamkan mata untuk menyempurnakan keterhijaban kita. Lalu kerjakan. Mengerja sambil memejam mata adalah tanda bahwa kita menyerah pasrah pada tanganNya yang telah menulis takdir kita. Tangan yang menuliskan perintah sekaligus mengatur segalanya jadi indah. Tangan yang menuliskan musibah dan kesulitan sebagai sisipan bagi nikmat dan kemudahan. Tangan yang mencipta kita, dan padaNya jua kita akan pulang…


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...