Cinta Kasih

Monday, January 10, 2011

Sihatkan Jantung Anda

=Aha..dah bnyk cerita, mcm2 cerita, Kite renung sejenak seketul daging dalam dada kita, yang setiap detik tidak penah berhenti bekerja dan tidak pernah mengeluh keletihan..Betul ke?? siapa tahu??.

Satu ujian telah dilakukan terhadap 25 orang lelaki berumur antara 18 hingga 68 tahun dan mendapati mereka yang meminum campuran madu dan air mempunyai tingkat antioksida lebih baik dalam darah mereka daripada mereka yang tidak meminumnya langsung.

Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Illinois, Amerika Syarikat, madu dipercayai membantu mengurangkan serangan penyakit jantung. Khasiat yang ada pada manisan ini dipercayai membantu melancarkan pengaliran darah menerusi arteri dan memiliki kesan perlindungan yang memberangsangkan. Jumlah antioksida dalam madu sama dengan sebiji epal, pisang, jeruk dan strawberi. Madu hitam dikatakan mempunyai antioksida paling baik serta banyak dan ianya bagus untuk kesihatan jantung.



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

No comments:

Post a Comment