” Cinta pertama, Kau Begitu indah untuk ku-kenang tapi kau begitu sedih untuk ku-lupakan”
Buat sang pembaca, sahabat, teman tersyg.entry mlm ni terpanjang sbb ia merupakn sebuah cerpen..
Ada yang kata cinta dalam hidup kita akan banyak sekali tapi hanya cinta pertama yang tak akan terlupa selamanya. Banyak hal dalam hidup ini yang terjadi dan berjalan dengan waktu dan terkenang indah, salah satunya cinta dalam hidup kita, mungkin buat seseorang masa lalu tentang cinta itu tidak berarti, tapi bagi aq, adalah sebuah anugerah yang tidak akan terlupakan.. Semoga saja dengan ini, banyak pelajaran yang kita dapat , bagaimana kita mengerti kalau cinta ada saat kita benar-benar telah kehilangan.
Cinta memang buta, berjalan tanpa batasan dan waktu. ( ya ka..fikir la sendiri )
"Untuk mencari seseorang yang senafas dengannya,
manusia melakukan perjalanan selama hidupnya"
Sungguh
bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang
pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu
oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya..
Bergetar
tanganku..sudah masuk bulan ketiga Diary itu ku biarkn menyudut di dasar
resahku..Sudah entah kali keberapa aku berbaring di dataran Perbadanan Putrajaya,
rerumput bak permaidani hijau itu tidak pernah bosan dengan kehadiranku. Malah
sentiasa mengamitku untuk bertandang kerana di situ masih terasa segar haruman
dari sekujur tubuh yang sering buat aku kerinduan...
Jumaat, emm
setiap jumaat aku berkunjung ke satu taman di Prensit 20. Atau mahu kemana saja
aku pergi aku akan membelokkan keretaku ke taman ini. Satu kawasan yang agak
jauh dan terpinggir dari presint-presint lain. Kawasan ini agak redup dengan
jejeran pohon kemboja, puding serta akasia yang baru di tanam. Aku akan singgah
bertandang, memberhentikan kereta di parkir surau yang di sediakan, aku akan
meninjau kawasan sekitar yang di serkup sunyi. Daun-daun kering berserakan,
bagai musim luruh.
Lama aku
memerhatikan kawasan sekitar seolah temu janji kami bagai ada yang mungkir.
Siapa mungkir? Aku atau dia?. Lama aku berteleku memandang sekeliling dari arah
surau, pejabat dan kawasan pengurusan mayat semuanya nampak kemas, bersih tapi sepi yang
mengigit..Aku merasakan ada terbina sebuah
rumah agam di sini yang memahat nostalgia yang tidak pernah seinci terpadam
dari nuraniku, sangat nostalgik, terlalu syahdu penuh sentimental. Namun ada
luka kepedihan yang begitu menghiris nubari ini, kerana itu aku cuba melayari kembali retak-retak
kenangan setiap kali aku lintasi melor yang serba sepi ini.
Mata ku
masih terpaku menatap Diary yang berkulit kayu dan berkertas usang yang memang bergaya
dan tuannya suka sesuatu yang antik dan rusky. Aku letak di satu sudut di meja
tulisku. Agak asing kerana aku tidak mahu tersentuh dan aku terlupa lantas aku
membuka serta terbaca, aku sangat takut, seolah jika aku terbaca seakan ada
deraian kaca dan sembilu terserak dari setiap keping surat-surat yang
ada..Tidak, aku tidak mampu.
“Awak
rupanya? Astagfirullahalazim.” Seorang pemuda terpinga dan terkejut beruk
keluar dari kereta Cardina warna putih camery. Panas hatiku dan tidak ku hirau
wajahnya yang resah. Tapi sekelumit aku bagai tersentak tapi aku sembunyikan
dalam egoku yang jahat. ‘ habis u fikir sape? Takkan kambing pandu kereta kot.”
aku menyampah.
“ Ye la,
dari Sepang dah i perhatikan u bahaya
bawa kereta macam orang tak ada lesen wak, pompuan plak tu.”
“ eh awak!
Yang u sibuk sangat ni kenapa? I ada lesen ka tak ada lesen ka apa u peduli?.”
“ Ewah-ewah,
mulut tu kena beli insuran tu.”
“ Sibuk la
mamat ni, eh awak, tadi u kata i tak de lesen dan sekarang u kata mulut i kena
ada insuran. Eeee gago jak mamat tok eh.” Jerkahku, biar dia melonggo dengan
bahasa Sarawakku..ha.ha. padan muka. Dia menapak mendekatiku. “ Eh, cuba awak
pandang saya.”Dia makin berani mendekatiku, hati wanitaku berdebar dan gusar
walaupun tadi aku begitu marah dan meluat. Perempuan tetap perempuan kalau dia
apa-apakan aku naya aku nanti. Disini agak sunyi, sekitar presint 2 yang ada
menara monumen yang bagai roket atau seperti sebatang pencil tercegat, bukan
monumen tu boleh bantu aku kalau mamat ni buat apa-apa padaku, desis hatiku.
Dia berdiri betul-betul di depanku, bagai bercecah wajah, badannya yang tinggi
178cm entah point berapa tu menunduk untuk sama paras dangan aku yang kementot
ni. Aku tersasar ke belakang. ‘cehh! Berani betul si mamat gila ni’..cara
sepontan tanganku terhinggap di pipinya, aku sendiri tidak tahu macammana
tanganku begitu cepat, aku melihat dia mengosok pipinya. Sakit ke dia? Aku jadi
serba salah, memang dari Sepang tadi aku yang buat hal, aku pandu mecerdes SLK
200 macam orang gila dan sebuah kereta menyalakan lampu dan bagi isyarat supaya
memperlahankan kenderaan, kenderaannya hampir-hampir menghimpit keretaku, hati
ku panas, sebab bagiku hightway, apa salahnya pandu laju sikit, takkan nak
pandu 40km perjam kot..180/km? eee tak main, aku tengah gian ni..Aura F1 la
katakan. Masa tu Japanese Grandprix..
Aku serba
salah. Memang aku bersalah pun, tapi apa dia nak kesah, dia bukan siapa-siapa,
kenal pun aku tidak. Tapi atau kah dia mahu menunjuk-nunjuk muka hensem macam
artis terkenal tu. Ya, baru aku perasan muka dia sebiji macam muka pelakon
Farid Kamil. Eshh ye ke? Macam tak percaya pulak aku atau dia ni memang Farid Kamil?
“ Eh! Apa pandang-padang, dah sepak orang, puas hati la tu, mak awak tak ajar
hormat orang ke pe?.” Alahai dia pula yang berangnya. Tapi aku pantang orang
sebut pasal mak aku, aku boleh bunuh orang tu, tersirap darahku, sepantas kilat
aku cabut bot dari kaki kanan ku, zappp!!sikit lagi terkena mukanya. Nasib dia
sempat mengelak.
“ Hei hei hei!! Wait wait, saya perasan la dengan awak ni?
Awak tak kenal saya ke?.” Aku fikir dia marah tapi sebaliknya. Aku masih tidak
mahu berganjak, ‘ni mesti nak mengorat ni’ getus hatiku.
“ siapa pun awak, anak
polis ka, anak tok pnghulu ka, anak PM ka, artis ka, awak fikir saya ni boleh
biarkan awak menyibuk? awak boleh menyibuk dengan orang lain tapi bukan dengan
i ok.”
Aku lihat mulutnya terjuih mengejek gayaku, badannya yang tinggi lampai
berkulit sawo serta bermata kuyu seolah mengingatkan aku pada seseorang yang
pernah aku kenal dan sahabat baikku masa aku di UIA dulu sampailah kami ke
Mesir. ‘Huhhh, dia kah itu?.’
Aku
berpaling merenung wajahnya. Suasana di tepi tasik Putrajaya menjadi hening
seketika, riak di tasik mengerlip lembut, aku menyinsing ingatan, terpapan
mataku pada jambatan nan indah. Dia mendekat matanya tajam merenungku dari atas
kebawah berulang-ulang, aku tidak selesa bagai ada satu kuasa dari renungannya
menyebak hatiku.
“ Putri? Awak putri Arora?.” suaranya mendesah perlahan, bagai
angin semilir senja. Aku tergamam seketika, macam mana dia tahu namaku?
Berlebihla mamat ni.
“ Awak dah tak ingat saya? Sampai hati awak.”
“ Hah? Ingat
awak? Siapa awak?.”
“ Huuuhhh,
berat kes awak ni, sampai saya pun awak dah lupa, tengok la diri awak tu, mane
jubah? Dengan jeans, bot dah macam jantan. Tudung pun makin singkat macam pakai
skaf je dah.”
“Aikk!, dia
bebel kat i plak.” ‘ Heisssh memang la dia ni.’
“Siapa awak? Sibuuuukkk je ni.”
“ Maaf saya
kenalkn diri, nama saya Muhammad Erwan Muwaidhah bin hj Kamrulzaman, saya asal
Melaka, saya bekas pelajar rempit di UIA kemudian saya melanjutkan pelajaran di
Al-Azhar tahun 2002. Semasa di UIA saya pernah terlangar dengan motor seorang
mahasiswi muslimah yang berpudah, saya tak nampak sebab gelap dan dia tak pakai jaket keselamatan waktu melintas jalan...ha.ha..Dari saat itulah saya ingin
kenal sangat muslimah yang saya langgar tu. Sampai family dia jumpa saya, teruk
saya kena marah dek abang-abang muslimah tersebut..Begitulah serba sedikit.
Alkisah’. Bagai berpinau ingatanku..
“ Abang M.e?, ehh! bila balik?kan pi
merajukk?napa tak cakap ngan i yang abang dah balik sini?.” Hilang bagai embun
di simbah mentari kemarahanku..Berbunga rindu seorang sahabat lama. Aku tanpa
segan silu menerkamnya.
“ Eikk!!
Nop..haram!..” jari telunjuknya memberi isyarat.. “ Huh!! Nyampahla
abang ni..macam ne abang mengekori putri ni?.”
“ Maaf dari
Sepang lagi abang perasan putri, tapi macam tak percaya putri dah jauh berubah,
hermm, apapun abang rasa cukup gembira Allah pertemukan kita jugak.”
Dia
tersengeh, menampakkan barisan giginya yang putih bersih, senyumannya masih
macam dulu, suaranya lembut tidak meninggi walau pun marah dengan karenahku. Senja
itu monumen menjadi saksi pertemuan kami yang telah hampir 5 tahun berpisah
kerana dia membawa diri sebab pinangannya aku tolak, aku kata dia gila kerana
memilihku, sedangkan bukan main ramai sang bunga berpusu-pusu mengejarnya,
almaklum jejaka idaman melaya.weikkk!!. Bagiku tidak mungkin kami dapat bersatu
kerana dia ramai peminat walaupun bukan artis tapi macam muka artis, ahakkkss.
Aku kuat cemburu dan aku tidak mahu aku menderita suatu masa nanti bila
bersamanya..Bodoh kah aku?.Apa apa je la.
Dia menjadi
lecturel di Cyaberjaya University dan aku masih melanjutkan MBA ku di
University yang sama. Apakah ini suratan atau kebetulan?.
Hari demi
hari kami bagaikan menganyam kembali kemesraan yang sekian lama terlerai. Aku
khabarkan pada abang-abangku yang tinggal di Kuching dan di Miri tentang
pertemuan kami. Abang sulungku tergelak besar. “ Padan muka adik bak bebiyah
mapun an kaau?.” ( nak lari kemana adikku?) dalam bahasa melanau. Aku hanya
menjuihkan mulut. Aku tahu aku bersalah, sampai arwah mama dan abah tidak
senang dengan perangaiku melayan abang M.e satu masa dulu, padahal banyak
pengorbanan abang M.e, sanggup tunggu satu tahun semasa di Mesir, semata-mata
menungguku habis kuliyah. Sejak kejadian dia melanggarku di UIA, mula dari
situlah dia menjadi sicret admireku, ahukkk.
Sesuatu yang
menyentuh hatiku, bila dia memohon maaf sewaktu kami makan di suq masjid dataran Putrajaya, “ abang
minta maaf wak, pasal abang tersebut mak putri hari tu, abang tak sengaja dan
tak tahu yang mama dah tak ada.” Keluhnya berat. Aku hanya mengangguk, aku tahu
arwah mama dan abah serta family dia menjadi rapat sejak kemalangan di UIA. Aku
sangat kagum dengan lelaki di depanku ini, walaupun masa itu dia merupakan hero
geng motor di kampus, ambik agama pun sebab ayah dia desak..Dia minat bidang
lain, tapi ayahnya mahu dia menjadi seorang ustaz dan imam besar. Atas dasar
taat, akur juga dia. Kalau aku entah macam mana agaknya.
Suatu hari
abang M.e meluahkan sekali lagi perasaannya Mac 2010, ketika ulang tahunku. Pandanganku
terpaku di wajahnya, ‘tak serik-seriklah dia ni’, ada keihklasan yang terpancar
dari hujung matanya. Kami duduk santai di jambatan Perdana menikmati senja,
indah sekali panorama, bila bayangan masjid dataran memberi warna pada air
tasik yang lembut berombak, bagaikan satu padanan yang cukup sempurna.
“ wak,
Allah menentukan pertemuan kita buat kali kedua dan abang masih seperti dulu,
sekarang abang masih mengharap seperti lafaz yang dulu. Abang mahu menjadi
bayangan pada putri seperti air di permukaan tasik tu..” Matanya menujah dasar
tasik yang beriak. Hatiku bagai remuk dan patah, seharusnya aku gembira. Tapi
bagai ada satu tebakan kaca yang membilah merejam hatiku. Dunia ku pernah gelap
satu ketika. Tasik ini menjadi saksi, bagaimana penduduk presint 8 kecoh kerana
ada seorang perempuan terjun tasik.
“Nak bunuh diri? Mungkin, atau dia gila.” kata
salah seorang jiranku. Nasib ada pasukan penyelamat dan polis peronda bahagian
Pantai Tasik. Kalau tidak agaknya aku dah jadi arwah, emm boleh arwah ke terjun
tasik yang tak seberapa dalam tu?Tergelak aku mengingatkan peristiwa bodoh itu.
Air mataku
merembes, “ Putri, abang dah tahu segalanya.” lembut tangannya mengganggam
jemariku, rasa ada kehangatan semangat. “ Tentang apa? Abang tahu dari siapa?.”
“ Setiap
penyakit ada ubat putri, banyak dah kes leukemia yang boleh di sembuhkan dengan
rawatan moden dan tradisional..Dunia dah maju. Tidak ada penyakit yang tidak
boleh di ubat kecuali mati. Abang putri yang bagi tau, semalam abang call abang
long. Tak yah risau, semua orang sayangkan putri, jangan berputus asa, Allah
sentiasa mengasihi hamba2Nya”.
Matanya merenungku penuh pengertian. Sengaja ku
larikan mataku dari bertembung dengan matanya. Sebenarnya aku hampir-hampir
berputus asa bila doktor mangatakan tentang penyakitku. Aku sentiasa rasa mahu
pengsan, loya, sakit dan bisa-bisa seluruh badan. Mulanya doktor kata aku
enemia ( kurang darah ) bila aku semakin teruk dan jatuh pengsan waktu dalam
masyuarat, pihak hospital mula membuat MRI untukku. Sampai 3 kali, memang aku
disahkan leukemia..Gelap pandanganku, bagaikan langit menghempap tubuh kedilku.
Patutlah kukuku membiru, rambutku semakin banyak gugur, aneh dan aku merasa
hari demi hari tidak bermaya.
Hari demi
hari beredar pantas, waktu berputar bagaikan kenderaan di atas jalan raya.
Setiap kali balik dari pejabat JPM aku lebih suka lewatkan, sebab tidak mampu
duduk lama dalam kereta dan terperangkap di atas jambatan menuju ke presint 8 dari
presint 1. Kadang aku ngelat ke Alamanda, lepak dan main boling sampai tutup
centre.
Bila abang
M.e sudah ada, dialah tukang angkut aku bila dia habis class awal dan kami
lebih suka lepak di Taman Warisan atau di Alamanda tentu sekali main boling.
Aku menjeling dalam keretanya ada mini freezer. “ Tak yah jeling2 bukak je.” tanpa
malu aku cepat mencapai penutup freez, “ opsttt tunggu!! Berhenti, tutup balik.”
Macam satu arahan.
“Ala napenye, tadi suruh
buka..”aku mula tersinggung. “ Awak dah makan ubat tak ni?.” wajahnya
serius sambil tangannya ligat memutar staring membelok ke satu distinasi. “Eee,
dah la untuk tengah hari, skrng baru jam berape, baru jam 5:55 pm la.”
“Eh wak mane
de 5:55 dah, dah jam 6:00pm, time makan ubat..”spontan dia membreakkan kereta,
dia mencapai handbegku, dan mengeluarkan sejumlah ubat yang sedia ada dan
menjadi teman setiaku kini, tidak boleh lengah, aku akan rasa lemah, pening dan
silap-silap pengsan. ‘huuuuh..’ mau atau tidak kena la telan.
“ Kalau
macam ni kan bagus abang ambil bidang doktor je dulu..”
“sudah, dah
lepas, barang yang lepas jangan di kenang, sekarang abang dah jadi doktor pada
orang yang abang sayang, kalau tak boleh, jadi jam loceng pun tak apa, nah
ambik air ni, minum ubat tu dulu. Baru ambik barang dalam mini freezer tu..”..aku
akur saja, sebab aku tak sabar nak buka mini coler tu.
“Woww!!.aiskrimmm,
banyaknyeee..aiskrim vanilla, eh coklat pun ada..hu.hu..yahooo..kendurila
kamekkkk!!.” Aku memang sudah lupa yang aku sedang duduk dalam kenderaan
seseorang dan bagai penceroboh mengambil sebiji demi sebiji aiskrim yang begitu
mengoda tekakku. “ Lahap la awak ni, sampai tak sedar orang sebelah kebulur..”.
Aku termalu sendiri, sambil membuka penutup aiskrim dan menyuap ke
mulutnya..Dia tersengeh. “Mengadala tu..”. “ Mengada dengan awak je, kan saya
tengah pandu ni, tanggungjawap awak la nak suap saya, kalau tak kempunanla
saya, awak kalau makan memang tak ingat dunia..”.
“nyampah!
Ermm cakap pe ja la yang penting aku dah tibai semua rasa ni..he.he.”. Aku puas
makan 4 biji aiskrim conetto. Dia memang sudah tahu aku hantu aiskrim.
Kala cuti
hujung minggu menjenggah abang membawaku balik Melaka, bertemu ibunya sambil
menikmati masakan asam pedas kegemarannya. Masakan ibunya yang paling enak, asam
pedas terubuk atau pari, gulai nangka serta sambal belacan. Mulanya aku hanya
jadi bahan ketawa pada abang dan adik beradiknya sebab pedas. “ nah minum air
ni, lain kali maknya jangan masak pedas sangat, tengok muka putri tu dah macam
udang kena bakar..” ayah abang bersuara. Aku kagum dan menyayangi keluarga ni,
sebab aku sudah tidak ada siapa-siapa melainkan dua orang abangku dan adik beradik arwah mama dua orang,
semuanya tinggal jauh di Bumi Kenyalang.
Lewat petang
abang membawaku ke kebun ubi dipinggir kampung. Kami memetik cendawan dan
ketiak jagung. Aku mendengar nyanyian rimba yang bersenandung murai dan
ketitir, sesekali abang bawa aku ketengah padang melihat penduduk kampung main
wau dan gasing pangkah. “ Putrajaya tak ada ini semua, mungkin pihak perbadanan
perlu memeriahkan hujung minggu dengan program budaya orang-orang melayu, ia
nampak indah dan berbudi. Putri rasa kat putra jaya tu di dataran presint 3
yang memanjang tu boleh buat aktiviti kebudayaan yang tak berat pada hujung
minggu. Seperti main layang-layang, gasing, congkak atau permaian tradisional
yang lain..”
“
He.he..putri la cadangkan pada perbadanan tu., berbasikal dah ada, abang suka
berbasikal di taman Botani tu..Kawasan tu senyap, teduh, paling abang suka ada
pokok dan buah buahan. Siap nama lagi tu, kalau anak-anak melayu tak tau nama species
pokok abang tak tau la, semua dah tersedia kat sane..” Senyuman abang mesra. “
Tapi sane dah jadi bandar abang, kehidupan margastua, flora dan faunanya dah
semakin hilang, hanya cengkerik askar je bebunyi bila malam tiba, yang lain dah
lari ke hutan..”
“ cengkerik askar??”
“ cengkerik
yang berani je duk situ, itu maksud putri..”
Hari-hari
senggang, aku sudah tidak bekerja lagi dengan JPM, atas nasihat doktor aku
harus berehat dan mula bercuti, banyaklah masa kami bersama. Balik dari
Cyberjaya, abang pasti akan singgah, dia akan menemaniku jalan di kelab tasik. Doktor
kata aku perlu banyak riadhah ringan. Abang seolah tidak jemu menemaniku.
“ Mungkin banyak yang lebih setuju kalau abang
katakan, jatuh cinta adalah hak setiap manusia untuk menjadikan hidupnya terasa
lebih hidup. Berlaku buat siapapun yang ingin merasa ‘hidup’, bukan hanya
monopoli para gadis dan jejaka yang belum terikat pernikahan, tapi hak ini juga
dimiliki setiap wanita dan jejaka yang mahu
bernikah.Tetapi masalahnya, bagaimana jika
orang yang hidup bersama kita tidak mampu membuat kita jatuh cinta padanya lagi
dan lagi…?? Atau kita tidak cukup yakin dengan kemampuan diri untuk memikat
pasangan hingga dia jatuh cinta lagi pada kita..?? Apakah kemudian kita
kehilangan hak untuk jatuh cinta lagi…?? Betapa menyedihkannya, sebuah dunia
tanpa gemerlap cinta.. Apakah pernyataan ini melanggar pagar norma…??? Atau
seseorang itu harus pasrah dan membiarkan ia berlalu tanpa usaha?..” Suaranya
jelas di cupingku, aku rasa begitu damai duduk di atas rumput digigi tasik,
sesekali anak-anak ikan nakal menyambar serangga dipermukaan air. Nun nampak
indah masjid pinkku. Ada siulan nakal dari remaja yang berkayak, aku sudah lali
dengan semua tu. Aku membiarkan saja luahannya. Aku mengerti maksudnya, sangat
mengerti, malah aku juga ada jawapan yang aku begitu menghargai serta dalam
diam aku mula menyintainya, namun adil kah?
Aku terlungu seketika merenung
sebentuk cincin bertatah permata di jari manisku, cantik, mak abang M.e yang
sarungkan, sempena ulang tahunku, mereka dijemput datang sempena ulang tahunku,
aku tidak mahu tahu apa yang mereka bincang, abangku hanya memberi tahu tentang
hasrat abang M.e, dan jawapanku hanya sepi tapi aku tetap rela menghulur jariku
untuk sebentuk cincin.
“Jika sudah benar-benar bersedia
nyatakan dan kita boleh lansungkan secepat mungkin..” aku mencuri dengar suara
ayah abang M.e.
“Insyaallah, kita mahu tuan punya
badan buka mulut juga pak haji, tapi kami memang berharap pak haji dan keluarga
tidak menyesal menerima adik kami.”.
“Demi Allah nak, tidak ada apa
yang perlu kami kesalkan itu semua ketentuan Allah, dari dulu pun kami sudah
menganggap putri sebagai anak kami..”ikhlas suara haji Kamarulzaman. Lantas,
hari bersejarah itu tercatat mekar di lipatan hidupku. Walau pun di buat cara
sederhana dan tidak di katakan ikatan pertunangan tapi sudah cukup bagiku hati
ku sudah di ikat dengan rasa dan maksud.
Kadang-kadang malam abang M.e,
aku dan adiknya Batrisya suka pergi melepak di dataran Perbadanan. Duduk-duduk,
malam tidak pernah sunyi di sini, ramai penduduk bersama keluarga bermain kapal
terbang control, tembak-tembak air, orang luar sentiasa ambil kesempatan nak
tangkap gambar. Macam-macam gaya dan karenah. “ Awak nak tengok kelawar tak?.”
Tanya abang M.e,
“ Mane de kelawar kat sini abang,
mandai jer buat cerita.” Tingkahku, dia tahu aku geli dan takut sangat dengan
kelawar tapi suka nak melihat. Mata ku melilau mencari.
“sini..”katanya
menarik tanganku, adik Batrisya hanya senyum penuh makna.
“Awak duduk sini,
kemudian baring..” itu arahan, aku akur sebab nak tengok sangat kelawar terbang.
Ada seorang anak kecil comel yang entah datang dari mana turut berbaring, aku
memandang arahnya, mata kami bertembung lalu tersenyum..
“Ha.ha. tengok adik comel
ni pun nak tengok kelawar. Abang baring sini tengah-tengah k..”. “Mane kelawar
abang? Rama-rama serangga dan nyamuk ada la tu..”gumamku.
“ tunggu la, jap lagi
sampai la..”.Mataku mula mengantuk sebab ubat yang aku makan, sedangkan malam
muda lagi. Entah berapa lama aku terlelap di tengah padang, terasa pipiku
dingin di belai angin malam, terasa ada sesuatu yang menyendal bawah kepalaku,
pelahanku toleh rupanya tangan abang menjadi bantal kepalaku. Cepat-cepat aku bingkas..
“eh! Kenapa tak bangunkan putri?mane kelawar?.”
“ kelawar dah balik,
tidur..lepas dia tengok putri tertidur kelawar pun baliklah ngantukk..” selamba
je jawapan. Mesti kebas tangan dia..
“maaf abang takut baja meresap dalam
tudung putri dan kena kat rambut, sebab tu abang letak tangan sebagai bantal..”
“ aaaa ya la tuu..tak tanya
puwn..” sebenarnya aku malu, ramai lagi orang yang sedang santai walau pun jam
sudah mencecah 1:00pagi..
Ramadhan menjelang, namun
hari-hari kami tetap seperti biasa, aku bersyukur dalam sakit aku boleh
mengerjakan ibadah puasa. Balik kerja petang pasti abang akan datang menghantar
juadah untuk berbuka kalau aku tidak larat untuk ke bazaar Ramadhan di presint
2. Dia selalu bertanya tentang perasaanku, seolah aku gadis normal yang tidak
sakit, tidak kah dia tahu yang aku hanya punya sedikit masa untuk hidup. Doktor
kata mungkin hanya enam bulan sebab lewat dapat kesan. Sejujurnya aku memang
sudah makin menyintainya tapi hanya Allah saja tahu akan perasaan dan hatiku. ‘Ya
Allah, kenapa Engkau harus pertemukan semula kami dengan keadaan ini dan kenapa
aku tidak berdaya lagi menolak kehadiarannya seperti dulu.’
“ Putri, kalau boleh abang mahu
menetap di sini selamanya..” Dalam nada suara abang menekan pundakku. Aku memang
mengaminkan dalam hati, tapi harap yang penuh rejam dan sakit. Apakah aku
berkesempatan bersamanya?.
“Hurmm, apa yang abang suka kat
sini, mane de apa-apa di putrajaya ni, putri dah 10 tahun kat sini pembangunan
makin pesat, sedangkan putri suka kesunyiannya, tenang dan tasiknya yang damai..”
“ ya semua tu betul yag, tapi
bagi abang lebih dari itu, disini adalah satu simbol bagi abang tentang satu pengorbanan,
impian serta semangat. Putri tentu lebih tahu tentang Putrajaya, kenapa ia di
bena dan siapa yang merialisasikan sebuah impian. Abang sangat berbangga dan
kagum dengan idea seorang pemimpin hingga ujudnya satu bandar di ibaratkan
sebuah kota di tengah rimba yang sunyi sepi asalnya, yang tidak di kenali dunia
dan kini, kalau Tajmahal begitu di sebut tentang kesahnya. Bagi abang Putrajaya
lagilah. Bukan saja atas kecintaan pada perjuangan malah ia penghargaan pada
bangsa Melayu dan Islam. Sehingga dunia melihat keindahan yang tersendiri.
Hari-hari abang rasanya bila masuk Putrajaya abang seolah masuk sebuah kota yang
lain walaupun dalam semenanjung..”
“ he.he.. abang rasa pe je”
“ Selain kagum dengan pemimpinnya,
susun atur, reka bentuk, keindahan tasik, kemudahan yang ada, kebersihannya,
ketenangan, ada satu lagi, di sini jugak ada seorang ratu yang sudah sekian
lama abang cari yang telah berkurun menetap..” aku hanya tersenyum hambar.
Kepalaku rasa pening dan berpinar, dadaku mula rasa sesak dan pedih, dan aku
mendengar namaku diseru berkali-kali dan akhirnya lenyap..
Terasa sukar mataku untuk di
buka, perit, kepalaku berat. Entah sudah berapa kali aku terdengar suara
memanggil namaku, tengelam timbul. Namun aku tidak mampu untuk menyahut.
“Syukur alhamdullah adik dah
sedar,” aku melihat makcik mengesat air mata dan menadah tangan berdoa, abang
long ku mencium sayang dahiku.
“ Kenapa dengan adik? Dan dimana
ni?”
“Adik rehat ya, adik di hospital
sekarang, tapi syukur alhmdullah..”tangan ku masih berselirat dengan tube dan
wayar-wayar. Drip..aduh sakitnya tidak mampu mengerakkan jari, sebab setiap
jariku sperti di kepit dengan penyepit baju. Tapi nasib tidak nampak kain yang
bersidai. Abang mula bercerita apa yang terjadi, rupanya aku sudah sebulan
lebih koma dan di hantar ke hospital King Abdul Aziz Jeddah. Pembedahan untuk
tulang sum-sum terpaksa di lakukan dalam keadaan darurat, itu pun tidak
menjanjikan apa-apa harapan. Para doktor hanya bertawakal. Tapi satu tanda
tanya dalam otak fikiranku. ‘ Siapa penderma sum-sum tulang yang berhati mulia
tu? Aku meneliti abangku jika dia yang menderma, tapi aku lihat dia biasa saja,
mak cikku? Tidak mungkin.’ “Siapa yang selamatkan nyawa adik abang? Siapa yang
behati mulia tu?”. Abang hanya diam, tanya doktor, mereka hanya berbolak
balik..
“Tunggu sembuh dulu, nanti bagi tau..” Doktor Fuad selamba. Masuk enam
bulan aku di bumi ambia’. Sepagi nurse menolak kerusi rodaku ke sebuah bilik
tetamu. Katanya ada tetamu mahu jumpa. Sejak aku beransur baik, pihak hospital
memberi terapi dan memberi kebebasan untuk keluar dari kawasan bilik, tapi
hanya ke taman di hospital.
“ Assalamkum, suara yang sangat aku kenal..”bagai
terlompat aku dari kerusi roda tapi apakan daya wayar air yang tergantung
menghalang dan kakiku masih tidak rasa apa-apa untuk berdiri. “Abang!! Bila
sampai? Jauhnya abang datang.”
“ Ala baru sehari sampai, rindu
ni. Ni mak kirim rendang daging kering dan serunding ikan haruan, elok untuk
luka operation tu..”
“ Abang sihat? Putri busan la
bang, nak balik, kat Malaysia kan boleh buat rawatan lanjutan..” aku tak sabar
meluahkan rasa. Rupanya hari raya dah lepas, sudah masuk tahun 2010. Aku tidak
sabar nak makan serunding dan rendang. Tanpa berlengah aku cuba koyakkan
bungkusan yang rapi..
“ meih abang buka, jom kita masuk bilik putri, takkan nak
buka kat sini, nanti terliur pulak nurse arab tu, kuat makan tu..”usik abang
selamba. Aku meneliti wajah di depanku, aku merasa satu kekurangan pada
pandanganku, penglihatanku tidak sejelas dahulu. Lagi pun rinduku padanya kian
mendalam, ku pendam tanpa diluahkan. Abang menolak kerusi rodaku perlahan.
“
Abang tak boleh lama kat sini, sebab budak-budak tengah exam, abang hanya dapat
cuti seminggu..”
“Hermm, napa datang kalau sekejap
dan sibuk?”
“aik!! Majuk? Esh-esh, nasib
boleh datang tau, kalau tak meranalah abang, jadi mangsa student la..”
“ ya la, putri pun windu..”saja
aku perlahankan suara, malu konon.
“hah!! Cube sebuat sekali lagi.
Tak dengar..”kerusi rodaku di berhentikan, abang terconggok di depanku bagai
melutut.
“ Ala lupa plak apa putri sebut
erkk??.” Aku malu untuk mengulang. Abang bagaikan kecewa lantas dengan longlai
meneruskan tugas sebagai juru tolak. Macam nurse. He.he.
“ Doktor kata kalau keadaan
kasihatan putri memberansangkan bulan depan dah boleh balik Malaysia, risau
abang putri kawen ngan pak arab..”
“Ah, ye la tu, kalau pak arab
nakkan putri kena bagi makan rendang pedas ni. Abang tinggu putri tau..”
“He.he..same je macam putri tak
tahan pedas, ni yang paling tak pedas mak buat. Insyaallah sayang, abang sudah
apply cuti dua minggu tau masa tu nanti. Abang rasa dapat punye. Abang akan
tunggu walaupun untuk seribu tahun..” Matanya melihatku dengan pandangan
sayang, mulia dan tulus sungguh hatinya menyayangiku, hanya aku selama ini yang
buta. Ah menyesal pun tidak berguna, tapi syukur Allah masih bagi peluang
kedua, dia menerimaku dalam keadaan ini sekalipun.
“Aneh dan putri nak tanya boleh?”
“Yup, tanye la, apa yang aneh tu
yag?
“ Putri nak tahu, siapa yang derma
sum-sum tulang tuk putri?”
“Ohh, apa plak nak fikirkan
sangat..biasalah dalam dunia ni tak tandus lagi insan berhati mulia. Biarkan,
satu masa Rora akan tahu jugak nanti..”
“Tapi putri nak tahu, nak ucapkan
terima kasih dan rora nak doakan atas nama hamba Allah yang berhati mulia tu..”
“ Berjuta-juta penduduk dunia ni
yag, mane kita tau siapa, kadang penderma tu tak mahu orang tau sebab dia
ikhlas..”
“ Macam ne kita tahu dia ihklas
atau tak? Putri risau entah siapa, agama apa? Dari mana asal usulnya”
“ Sudahlah sayang, habiskan
serunding haruan tu, nanti minta mak post lagi. Oh ya tasik putrajaya kirim
salam, katanya tasik rindu pada putri Arora.”Aku hanya tersengeh memang dah
separuh aku kerjakan. Rasa tersindir pula. Hentam saja. Ya aku rindu yang amat
dengan tasik-tasik kenangan itu. Rasa tidak sabar untuk terbang pulang.
Hari yang cukup indah, cukup
bererti, bagaikan mati hidup semula bila kerusi rodaku meluncur di lantai KLIA.
‘Terima kasih Tuhan..’ itu saja yang mampu aku lafazkan dalam benakku yang maha
dalam. Satu-satu wajah family serta sahabat handaiku begitu ceria menyambutku.
Macam artis pula rasanya..Tapi aku mencari seseorang diantara berpuluh wajah.
Abangku dan keluarga abang M.e seperti membaca hatiku. “ Dia ada tugas, kena
pergi outstation putri.” Abang safwan, abang kepada abang M.e menjelaskan tanpa
menunggu pertanyaanku.
“ Bik dah nak masuk seminggu ni,
kenapa abang M.e tak call, sms, dah bukak FB pun tak ada ni?.” Sebenarnya
pertanyaan itulah yang aku dah ajukan berpuluh kali dan pada berpuluh orang.
Semua jawapan sama. “ Dia sibuk tu..tunggu la..”itu jawapan mak abang M.e bila
aku call ke kampungnya. Bibik berlalu pantas, macam nampak hantu je bila aku
tanya.
“Sibuk?, hari tu janji bukan
main, dasar lelaki, adik pelik la, dalam dunia yang serba moden ni takkan tak
boleh call atau sms, kalau duk jauh kat hujung benua Afrika pun boleh on
webcam. Ni mesti dia dah dapat aweks baru tak?”
“Eishhh, tak baik cakap macam tu
dengan abang M.e kamu, dah tugas dia nak buat macam ne, tunggu la, tu hadiah
yang dia dah sedia untuk brday adik.” Tertera tulisan ‘ jgn buka sebelum
tarikh 1 Mac.’ Aku menjuih bibir.
“ Putri ngak mau marah-marah gini
sama M.e ya, liat dalam esbox, penuh dengan eskrimnya, seminggu sebelum putri
nyampek sudah sedia semua. Katanya jangan ada yang copet eskrim tu..ayuk makan
deh..” bibik membebel plak..
“Tapi bik semalam putri dengar
macam suara abang memanggil aku? Bila putri buka pintu tak ada sape pun,
jangan-jangan abang balik tunggu lama sangat, tapi aneh kenapa tak call putri
erk? Lain kali bibik jangan tidur mati, malam ni bibik tidur di ruang tamu tau,
kalau dia datang cepat-cepat buka pintu..”
“Aduhh, kok tidur di ruangan putri, kalau ada tamu pasti bik sedar, jangan
risau dan dia pasti akan ke belakang ketuk bilik bibik. Putri makan saja obat
ni ya..” terkocoh-kocoh dia berlalu. Ubat ubat ubat..Hari-hari ubat, benci.
Muak tengok muka doktor, pekak telinga dengar bebelan dan arahan. Kaunseling?
Huhhh. Aku hanya menanti Dia datang, kalau tak call, sms dan berulang kali aku
mencarinya di FB, aku perhatikan sudah lama dia tidak update, tarikh akhir 2
minggu lalu. Sepi saja, aku bertanya juga dengan rakan serta kawan rapatnya di
FB, semua bagi jawapan yang sama. Aku mahu cari dimana, aku mahu bercakap je,
sudah berulang aku dail hp, line seolah tidak ada. ‘Mana dia pergi?.’ Tidak ada seorang pun yang
bagi tahu aku kemana dia. Aku mula bermimpi di sebuah pusara. Setiap kali
bermimpi aku terjaga. Abangku kata itu hanya mainan tidur. Aku mula bercakap
yang bukan-bukan, “kalau dia dah tak mau putri lagi sebab putri dah macam ni,
dia harus berterus terang Ain, aku sudah mula merasa sesuatu, aku pasrah jika
dia mencari wanita yang lebih sempurna dan sihat..”Air mataku tahan. Sebak
rasanya.
“ Putri, sabar je la ain kenal sangat dengan abang M.e, dia bukan
jenis macam tu, sejak putri sakit tidak ada sepatah ayat yang tidak ada sebut
nama putri dalam ungkapannya. Putri adalah semangat dan nafas baginya..”
“Tapi ain, sekarang dah seminggu
lebih tau..dia janji bercuti untuk bersama putri..Plaese bagi tau putri apa
sebenarnya terjadi. Dia tidak pernah begini, nak pi toilet pun dia bagi tau,
masa putri kat sana berjam-jam menyanyi dalam hp. Ni mane??.” Sahabat baikku
Nuraini terdiam dan bungkam, kerusi rodaku bagai tersangkut di jalanan, “
Tengok air tasik tu putri, masih beriak seperti dulukan? Masjid pink tu masih
ayu bagai sang dara manja, manis. Tengok kubah hijau JPM bagai tersenyum
melihat putri lalu di sini. Lambailah, katakan haiiiii!!.” Dia bagai mengubah
topik. Aku biarkan saja.
“ Adik, esok siap-siap tau, mak
dan haji Kamarulzaman nak datang.”
“ Datang je la, nak buat pe nak
siap, mereka nak bawa putri melancung ke?” jawapku selamba, hati bagaikan jauh
merajuk. Kenapa bukan abang M.e yang datang? Kenapa tidak di sebut abang m.e
kamu dan familynya nak datang? Kenapa mak dan haji saja?.
“ Siap je,” perlahan suara abang.
Pagi lagi bibik siapkan sarapan,
bersihkan kamarku dan keluar masuk seperti sumbang saja langkahnya. Sudah masuk
kali ke lima bertanyakan aku sudah telan ubat ke belum.
Tetamu yang ditunggu dah tiba.
Ombak di jiwaku sudah mula jadi gelombang. Aku tahan, rindu pada wajah-wajah di
depanku.
“ Maaf nak, mak tak dapat datang
sambut putri hari tu..” mesra dan bergetar suara keibuan, haji Kamarulzaman
mengangguk, abang ngah, abang long, makcik dan doktor Faridah memandangku.
“ Tak pe ma, putri bersyukur selamat balik, tapi
macam ni la..” ku tahan lagi resah yang membuak. Aku mengurut-urut tangkai
kerusi rodaku. Aku merasa aku sudah tewas di mata mereka, mesti mereka datang
hendak memberi tahu sesuatu tentang abang M.e, dan mengatakan lupakan saja
abang M.e sebab dia sudah ada orang lain. Jika itu aku bersedia dan aku pasrah.
Aku tidak akan menangis.
“ Bagus juga orang tahu lebih awal tentang putri begini, cume putri nak
kepastian, kenapa abang M.e seolah mau lari dari menghadapi kenyataan?
Sedangkan dia berjanji dengan putri akan tunggu putri, seandainya dia sudah ada
orang lain putri redho dan putri tidak akan kesal, kami masih boleh berkawan
sperti dulu ma.”
“ Ehemm..” tuan haji Kamarulzaman
terbatuk, tapi batuk di buat-buat, sahlah dan benarlah tekaanku. Mak abang M.e
menggenggam jemariku, di ciumnya ubun-ubunku, ada getar dan kehangatan ku rasa
yang amat aneh. Aku menoleh pada abang long, satu-satu wajahku selak dengan
pandangan. Semua tertunduk seolah pandanganku ada percikan petir yang membakar
mereka.
“ Ini seorang ibu nak, seorang
ibu dan perempuan seperti kamu, mama harap kamu lebih kuat dari mama, tidak akan
tersungkur bila sakit dan kecewa..” ‘ermm dah agak dah’, getus hatiku.
“Insyaallah ma, putri sudah puas
jatuh, natijahnya putri tetap bangun walaupun di atas kerusi roda. Mama jangan
risau, putri tetap mendoakan yang terbaik untuk insan yang putri cintai,
kebahagiaan dia adalah kebahgiaan putri jugak.” Aku sudah bersedia, ku kemaskan
dudukku. Agar aku tidak jatuh untuk kesekian kalinya.
“ Jom abang haji kita pergi,
putri ikut mama ya,”. Sekali lagi kepalaku ada tandatanya, mau kemana?..ah ikut
saja, semua ikut, memang agak sukar masuk ke dalam kenderaan, mereka terpaksa
mengangkatku, abang M.e sudah janji akan mengangkatku, tapi sekarang hanya
abang long yang mengangkatku. Mana janji?.
~Hampir 3 jam perjalanan..
Abang long membelok kenderaan ke
satu simpang. Semua bungkam, tangan mama memaut tanganku erat, begitu juga
Noraini. Doktor Faridah sekali sekala merasa nadi di tanganku, ermm aku ok
je ni. Abang parking tepat di depan
surau yang agak terpencil, aku tahu sangat kawasan ni. Tapi tidak mesra alam.
Abang mengangkatku keatas kerusi roda, aku di dorong melalui jalan yang di
khususkan untuk OKU, aku ingin bertanya kenapa ke sini? Siapa ada di sini? Mamaku
di Bukit Damansara, tapi suaraku seolah tersumbat di kerongkong. Kami berhenti
di sebuah puasara yang masih merah dan basah, kelopak mawar masih segar
berserakan. Aku menelan air liurku, terasa tangan mama memaut bahuku, membelai
lembut tapi basah dengan sejuta pilu. Doktor Faridah mengenggam jemariku, aku
melihat Nor aini berlari menjauh kesebuah pondok yang di bina di tepi tanah perkuburan.
Abang Safwan pun berlalu. Haji kamarulzaman mula membuka surah yassin, begitu
juga abang long dan abang ngah, membentangkan tikar mengemaskan duduk. Aku
merenung wajah demi wajah mencari jawapan, akhirnya aku melirik pada nama di
batu nisan. Itu nama dia, aku baca berulang kali mungkin aku salah eja jawinya,
tapi ruminya sudah pasti betul. Tanpa aku sedari aku melunsur dari kerusi
rodaku, mama cuba menahan tapi doktor kata, “biarkan makcik..”.
Ku sentuh tanah, ada, rasa hangat
dan basah, ku sentuh batu nisan dari hujung ke hujung rasa dingin. Ku rapatkan
pipiku ke permukaan batas pusara, sepi, kaku. Kenapa air mataku tidak mahu
keluar? Tapi tanganku bergetar seolah tidak keruan, meracik-racik di perdu hati
yang bagaikan tiba-tiba kosong. Ini kah suratan? Kenapa dia tinggalkan aku
tanpa ucapan ‘selamat tinggal? Kan dia berjanji menungguku? Kenapa mungkir?
Kenapa menungguku di sini?’.
Aku bagai hilang diriku, entah
berapa lama aku tidak makan dan minum. Akhirnya aku masuk semula ke wad,
seminggu aku di tahan masuk drip.. Abang memautku. “ Adik, arwah tidak mahu
adik terus bersedih begini, kalau dia masih ada tentu dia kecewa, sebab itu dia
sanggup derma sum-sum tulang..” aku biarkan saja sesiapa yang datang melawat,
aku sudah tidak ada kata-kata lagi. Aku ingin bersendirian.
Sayangnya dia benar-benar tidak dapat tertolong, kita harus berpisah untuk kedua kalinya dalam hidup ini, perjuangan hidupnya telah berakhir. Penderitaanya di dunia fana ini telah usai, aku melihat hanya nisan yang kaku, tiada senyumnya lagi, melirik aku cincin di jari manisku. Seperti katanya, di kehidupan ini, mungkin tidak akan terulang kisah cinta kita, tapi semoga doanya kepada Tuhan agar kita dipertemukan kembali di kehidupan mendatang itu terjadi, walaupun harus menjadi bintang, aku rela asal tetap bersama dia.
Aku menepati janji Abang untuk tekun dan semangat dalam hidup ini walau dia telah pergi untuk selamanya. Tapi aku percaya, Cinta pertama memang tidak akan pernah terlupa sampai nafas aku berakhir. Semoga kisah ini tidak membuat kalian lupa akan cinta pertama. Karena cinta itulah yang paling indah dan murni.
“ Benar tu putri, mama yakin dia
mahu putri bangkit dan kuat. Jangan kecewakan mama lagi, mama sudah kehilangan
seorang anak, tapi mama bersyukur dan bangga dengannya dan walaupun dia sudah
pergi tapi dia masih bernadi dalam diri putri..” melimpah air mata seorang ibu,
tapi aku cukup kagum kerana dia seorang wanita yang kuat. Kata-katanya bagaikan
satu semangat baru buatku. Tapi mampukah aku?. Baru aku tahu siapa penderma
yang berhati mulia itu. Nor aini memberi tahuku, 12 jam sebelum aku landing di
KLIA, arwah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu mahu pulang ke
Melaka. Dia mahu mengambil ibunya untuk menjemputku di KLIA. Sebelum sampai
rumah di simpang empat Masjid Tanah. Di depan lampu isyarat lorry simen meluncur laju melanggar lampu isyarat
yang sudah merah dan kereta arwah yang sedang di lampu hijau, arwah mengelak
lorry tersebut tapi di belakang kereta arwah ada sebuah lorry kontena yang
bergerak tidak sempat break. Berlaku kemalangan ngeri yang meragut nyawa arwah
dan nyawa sebuah keluarga pemandu kereta lain yang di hempap oleh lori kontena.
Apapun yang aku dengar aku sudah tidak rasa apa-apa, aku sudah hilang diriku.
Cincin ku kucup setiap saat seolah dia ada di setiap ruang dan sekitarku. Dia
tidak mati bagiku. Aku rasa dia seperti datang menghantar aiskrim seperti
selalu. Aku buka kotak hadiah yang berbalut kemas. Bungkusan agak besar, ada
dua kotak di dalamnya, ku keluarkan satu-satu, sehelai gaun cotton lembut warna
pink berbunga merah dan bertali kecil, aku tidak pernah pakai baju macam ni,
esh semacam je ni. Aku sarungkan, terasa lembut dan hangat, aku buka lagi satu
kotak, sepasang kasut tumit tinggi jenama Gucci berwarna merah hati, sedondon
dengan gaun. Ku sarungkan di kaki, aku tahu dia memang hafal saiz kaki ku,
kalau baju mesti M atau S. Semuanya nampak sepadan. Aku berdiri di depan
cermin, ‘aku kah itu?’. “wow cantiknya putri, kayak seorang ratu, imut-imut
sekali deh..” aku sedikit terkejut, ku renung wajah bibik, mata kami
bertembung..tanpa ku sedari air mataku meluncur, bibik yang setia serba salah,
bibirnya bergetar, ada titik jenih di sudut matanya lalu berderai, spontan itu
dia tanpa malu merangkul tubuhku, kami berpelukan, bertangisan, “ hati bik
sakit dan berdosa selama ini membohongi putri tentang arwah. Apakan daya, kami
harus merahsiakan demi kasihatan putri. Arwah terlalu menyintai putri, semua
kemasan rumah, bilik serta apa saja dia uruskan dan dia pesan agar bersih
sentiasa demi kasihatan putri..”. pedih menghiris, aku tidak menyalahkan
sesiapa di atas takdir ini.
“ Diary ini, mama serahkan pada
putri, ini milik arwah, bila putri sudah kuat bukalah, mama rasa terlalu banyak
tulisannya untuk putri yang dia hanya luah dalam diary ini. Kami dapat satu
nota, sebelum arwah menjalani pembedahan sum-sum tulang, mama agak terlambat
membuka diary ni, rupanya ada wasiat, jika berlaku apa-apa keatasnya samadaa
dalam pembedahan atau apa saja yang meragut nyawanya, dia mahu pusaranya di
Putrajaya. Memang perit mama rasa untuk menunaikan wasiat itu kerana kami sudah
pusarakan di tanah perkuburan Islam Melaka..”.Desah mama berat, sudah seminggu
aku tidak ada mood untuk bersuara.
“ Alhmdullillah dengan bantuan
pihak jabatan agama di kedua belah negeri dan pihak-pihak tertentu dalam UMNO,
kami berjaya pindahkan arwah ke presint 20. Walau pun berat tapi itulah
permintaan arwah yang kami terlambat tunaikan. Mungkin arwah sudah dapat rasa
dan dia mahu dekat dengan kamu..” sampuk haji Kamarul zaman. Tanganku bergetar,
ku genggam erat, ku tekapkan diary ke dadaku, kutelan kesedihan yang berkaca.
Merobek liang di seluruh ragaku.
Seperti sebuah warkah, dengan
jiwa bergetar ku baca satu persatu di kedinginan malam. Malam ini aku bagai di
beri kekuatan untuk membuka lembar, itu pun ku pejam mata, ku ketap bibir,
kutahan nafasku, hanya jemariku berperanan memilih. Aku bagaikan seorang buta,
bila sudah terselak, pelahanku buka mataku.
Diary 2010, Tulisan putih silver
berangkai.
‘PUTRAJAYA DI HATIKU.’
(nota buat kekasih)~ tunggu entry tentang Diary..
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...