Tuesday, October 18, 2011

^ Santapan JiWa ^ Buat hatiku nan jauh...~


~MONOLOG DIRI..









Dalam dakapan malam nan usang, cuba alunkan kesah cerita resah yang selalu bermain di minda. Tiada niat lansung mencerminkan siapa empunya rasa..


Kamu bukanlah seorang yang tabah menghadapi hari mendatang. Kamu bukanlah orang yang cukup kuat menghadapi suasana begini wahai diri. Hanya yang ada padamu lemah menghadapi bayangan sendiri. 


Dalam ketika satu rasa amat kamu akui tiada siapa yang memahami rasa ini. Sering saja di pandang remeh dan di biarkan sayu mata memandang..Seolah kita tidak ada harga diri menjelajah dalam hiasan kehidupan..


Aku memandang sayu pada satu wajahdi cermin. Kutatap dalam dirinya jauh-jauh..Cuba juga untuk memahaminya, namun masih aku kecewa - gagal dalam tanggungjawap sendiri.


Kamu yang kini terus melayani rasa. Yang ada cuma sunyi dalam sepi..Siapa tahu isi hatimu, siapa tahu apa mahumu..Dan kamu terus hanyut membiarkan arus kecewa melemasknmu.


Senyuman yang terukir di bibirmu menyenangkan orang sekeliling, Melihat betapa manjanya kamu, betapa amat di senangi orang lain. Namun di dalam hati kamu, masih menyimpan bara dendam yang masih membakar. Dalam kepura-puraan menyimpan satu perasaan yang dalam keterpaksaan. Sejauh mana lagi senyuman itu harus kamu bawa? Lama manakah hidup kamu bertahan bagai menanti retaknya kaca..

Seandainya ketenangan dalam mencari erti kasih sayang itu tiada dalam diri kita dan tiada dalam jauh dalam diri kita sendiri, sia-sia saja kita membuang masa mencari di tempat lain. Mulakan dengan diri sendiri. Berubahlah wahai detik hati...


Aku tahu kamu dalam DELIMA..Di dalam keresahan yang panjang...Seolah gelap saja langkahmu kini. Bersabarlah, Berpisah kita cuma Mati...







C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

No comments:

Post a Comment