"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."
Dalam aku tersenggut2 di serang selsema dan batuk, isyarat badan dah mula menyapa, aku tahu lepas ni aku akan demam atau jatuh sakit,.Ermm dah sebulan aku sihat, dah sampai masa untuk sakit..Pandanganku mula tidak jelas, kepala ku berat. Badanku mula dedar. Namun aku tahu dah biasa pun, result doktor pun dh dapat, abangku pun dah sampai. Sekarang yang utama aku kena siapkn diri,siapka tugasan terutama kuliyahku. Office, ah kerja rutin..
Utama ibadah ku. sejadah itu sentiasa terbentang dan tak akn pernah kulipat,bagaimana sibuk dan rencamnya hari2ku, di situlah tempat yang paling damai bagiku.Bagai tempat bersemayam yang paling empuk dan enak. Tampat lenaku, malah bagiku, jika nafasku terhenti aku mahu disitulah..
“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”
Aku sudah menerima rencanaNya dengan kejap, biarpun masih merangkak untuk redho...
Biar dunia melihat bibir ini hanya ada tawa bukan derita.. |
“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”
Dari sebuah hadish
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”
~Aku mahu, jika nafasku terhenti dalam bergelut menahan sakit ini, biarlah Allah nilai sebagai SYAHID, ya sakit pun Syahid, (sebahagian drinya )..
Secebis kisah:
Ketika air mata Rasulullah SAW menitis menangisi gugurnya para syuhada’, Sa’ad bin ‘Ubaidah bertanya: “Wahai Rasulullah, engkau menangiskah?” Rasulullah SAW menjawab:“Ini adalah rasa kasih sayang yang telah Allah SWT letakkan di dalam hati hamba-hambaNya. Sesungguhnya, hamba-hamba yang dikasihi oleh Allah SWT hanyalah hamba yang memiliki rasa kasih sayang.” (HR: Al-Bukhari)
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...
No comments:
Post a Comment