Cinta Kasih

Monday, June 18, 2012

~DIA....



                                            (¯`'•.¸**¸.•'´¯)


Berjejesan tinta melurut jatuh, berserak aksara menggamit rindu, melukis seperca kasih jernih, terhanyut di kauthsar kudus, bercantum Kaf & Nun, menyalalah samesta, dengan cinta!








DIA....


Seribut malam, kutanya petir yang memokah rasa 
berakar api membakar sukma, di mana Dia?
dalam kejang rindu mendawai sayu,
kuredah 7 benua mengijak selaut bara
menapak lorong-lorong kasih antara tangkai mawar
berselirat duri-duri, mendarah kulit nyawa
di mana Dia?

Jika tanjak-tanjak racun Kau sulur
melingkung tubuhku yang sekian lama luka
bunuhlah jasadku berkeping-keping
lontar cebis-cebis aku ke anjing
lihat, bagaimana ia mengoyak derita
tangis matanya tidak sanggup,
pun mencium sengsara yang kutanggung

~Aku mohon pdMu Rabb, Ampunkan aku~
~Banyalnya aral, bagai duri di belantara maut.. Tingginya taubat, bagai tak tergapai dek jiwaku yang lusuh...

Di mana Dia?

Tika samudra Ruh-ku menghirup anggur
beralun ombak mabuk, mengendung dzauk
Hu Kau kuseru..
menggelegak darah bergegar jantung
berbinar kalimat melarut ke ubun-ubun
datanglah sakarat, segengam maut
aku pasrah dalam sujud dalam hujan meribut
aku tergadah berbilang fana, dalam asmakMu nan bercahaya

mendebulah Diri dalam ungkap Haq
meleburlah hati dalam qalam Kaf
O Yunus yang rendah bersimpuh
jabatlah Nun Mu ke limpa jantung
aku mahu berkabung;
Derita merejam benakku
Sehingga aku kenal siapa aku
aku sebenarnya HAMBA MU YA RABB..

"LailLah hailLah anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin"


amalku terlampau sedikit sedang dosaku ibarat pasir-pasir..


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Dan Aku TerSungKur Rebah...






Dan Aku TerSungKur Rebah...







( MC hu hu..) Isnin/18/06/20112... ( siap ada tarikh ni..;p )

Azan subuh berkumandang.

~Aku terlayang bagaikan aku masih di tanah suci. Suara muazzin dari surah P8 mendayu-dayu..

Dikejutkan dengan laungan azan sebegitu sungguh mengusik kalbu, itu belum termasuk mendengar laungan azan di Madinah ( teringat masa umrah 2011 ) Rasa kali ini aku mau ke sana lagi hu hu... Hati yang keras, muka yang bengis, perasaan benci, semua gugur, yang tinggal masing masing mengelap airmata, ada yang menangis tersedu-sedu.
Kenangkan from Allah we came, to Him we return. (Rajuk lagi kah aku? Apakah datang ke Mekah tika hati walang dan hancur? Maafkan aku Allah ).

Dua rakaat yang pendek itu, selalu juga terbabas tatkala jam 7. Kesal. Dan, terasa aib pada diri sendiri. Seolah tiang sudah mula retak di dasarnya. Bertambah kesal, bila jarang sekali diiringi doa panjang apatah lagi wirid dan tasbih. Aduhai, aku! Kau sudah melupakan pesanNya!

Lagi, terasa sungguh hina. Bila Ramadhan yang tinggal sebulan lagi, Rejab hampir mengucapkan wida’. Puasa, tapi berpuasa lapar dahaga sahaja. Puasa perut, tapi mulut tidak pernah lapar dari merengek dan kurang bersyukur. Nauzubillah.

Kekuatan apakah lagi yang harus ku hadapi Ya Allah.
Keadaan bagaimanakah lagi harus ku bersabar Ya Allah.




Aku mencari Allah di setiap sujudkumsandaran cinTaku...




Sungguh, aku kalah.


Kalah dengan segala nista di pagi Rejab yang bakal berakhir ini. Pulangkanlah aku ke jalan yang benar. Pulangkanlah aku ke sisiMu Ya Allah. Pulangkanlah seluruh alam ke jalan yang benar. Doaku untuk dia, mereka dan mereka yang aku sayang.
Sebenarnya dalam resah dan payah demam selesema yang menyerang ini, jauh di lubuk hatiku, aku sangat merindui anakku Muhd. Nasseem ya Allah, apakah tahun ini seperti tahun lalu juga, aku harus menatang sakit atas kerinduan. Cinta tidak membunuhku, tapi aku boleh mati kerana KERINDUAN..
~Teringat pagi tadi..hu hu..
( hampir tiap2 pagi sejak sakit ni )

Bangun tidur, jam sudah 5;30am. Tahniah, hampir terlepas sahur lagi.

Terhidu bauan gulai yang bibik panaskan.. ^_______^
( bertarik2 dengan selimut, lagi pun tak sihat, aku paksa juga bibik kejutkan aku ).

Sempat juga aku tersenyum sendiri. Bila bibikku kena marah dek abang kerna kejutkan aku untuk puasa sunat Rejab, ‘dah sakit tak payah puasa, ubat kena makan’ , tegas abang..

Tahun 2011 banyak suka duka. Banyak duka. Aidilfitri 2011 aku tak rai pun, aku lebih suka duduk bersama tetamu Allah di masjidil Haram. Saat itulah paling damai buatku. Rasa tak mahu pulang Malaysia..

Sejenak teringatkan yang pahit pahit, walaupun terasa pedih ulu ati. Pejam mata, pujuk diri sendiri. Yang pahit pahit ini akan segera berlalu.
Waktu sering diusik perasaan bercampur baur, sering juga dimomokkan dengan pelbagai cerita dan kisah membuatkan hati juga resah. Waktu waktu begitu, aku tidak mahu berfikir 2,3 kali hingga menyenakkan kepala.

Lantas,

inilah kerjaku di saat kesunyian di rumah dan hati terasa sedih..hiburkan diri sendiri dengan memasuki alam lain. eh eh..


Alam lain? Hiks2..dah 2012 ni mekkkk!!..

Flu3...



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Sunday, June 17, 2012

~Hari ini Tentamg Aku~



...Tulisan tentang dunia kecilku dimana didalamnya terdapat orang-orang yang aku sayangi


Ermmm. aku nk cite tentang aku..Aku ni sorng Aku lah.. Aku je, bukan orang lain selain AKU..mau tau gak ke tentang AKU??




     Huarghhhhhhh.... marahnya aku... geramnya aku...  tak dapat kawal perasaan dah ni.... huarghhhhhhhh......
( ni baru intro, aku bukn panas baran pun..sajee..taring lum kuar )





Seorang budak kampung yang pernah menunggang seekor lembu untuk mencari secebis keseronokan.....

Harharharhar.......

tak siapppp..


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Tuesday, June 12, 2012

Misteri Sekeping Hati..




                                     Misteri Sekeping Hati...



Manusia ini penuh misteri.....

Dalam senyum ada sendunya,

Dalam gurau ada terlukanya,

Dalam ketawa ada tangisnya,

Dalam tegar ada lembutnya,

Dalam nafi ada kemahuannya,

Dalam sinis ada maksudnya,

Dalam benar ada bohongnya,

Dalam Janji ada palsunya,

Ada tujuan lain pula maksudnya!

(  kudoakn sang  penderma rasa ini bahagia )

Carilah misteri itu...
adakalanya..
kita akan terdengar tangis dan esakan di istana,
disambut dengan...
hilai dan tawa di ponduk usang!
semua nya kerana manusia itu,
penuh misteri..



.
Dri insan misteri gakkk..:-))








C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

Sunday, June 3, 2012

Setangi Kasih Maafkan Aku Teman



                Setangi Kasih Maafkan Aku Teman


Di bawah cahaya petunjukNya, aku temui ketenangan...


Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.



rasanya ini lirik nasyid yang aq terdengar entah  berantah di corong mana, main hentam je copu dlm otak dn paste kat sini..sejuk dingin dn bersawang suda laman sayangku ni..


(((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))



Aku mahu nukilkan tentang resah emndesah dilubuk hati di kala senja memanggil..
Senja itu perlahan hadir dan bersanding denganku
Menguai, membaur begitu akrab dikeheningan senja itu
Menyatu dalam bayang
Seolah menelan semua angan yang aku rangkai berkali-kali
Senja itu indah
Namun ada kalanya ia menyeret kita dalam lamunan
Lamunan buaian untuk merajuk kita dalam masa itu
Sudah aku pertimbangkan sekarang
Cukup memandang saja
Menikmatinya
Namun tidak untuk meresapinya

Aduiyaiii... cite pasal petang lagii.. jommm pekena secawan kopi sebuku roti... :p..

* bernti jap penat otak..jump lgiiii...



C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...