Dan Aku TerSungKur
Rebah...
( MC hu
hu..) Isnin/18/06/20112... ( siap ada tarikh ni..;p )
Azan
subuh berkumandang.
~Aku terlayang bagaikan aku masih di tanah suci. Suara muazzin dari surah P8 mendayu-dayu..
Dikejutkan dengan laungan azan sebegitu sungguh mengusik kalbu, itu belum termasuk mendengar laungan azan di Madinah ( teringat masa umrah 2011 ) Rasa kali ini aku mau ke sana lagi hu hu... Hati yang keras, muka yang bengis, perasaan benci, semua gugur, yang tinggal masing masing mengelap airmata, ada yang menangis tersedu-sedu.
Kenangkan from Allah we came, to Him we return. (Rajuk lagi kah aku? Apakah datang ke Mekah tika hati walang dan hancur? Maafkan aku Allah ).
Dua rakaat yang pendek itu, selalu juga terbabas tatkala jam 7. Kesal. Dan, terasa aib pada diri sendiri. Seolah tiang sudah mula retak di dasarnya. Bertambah kesal, bila jarang sekali diiringi doa panjang apatah lagi wirid dan tasbih. Aduhai, aku! Kau sudah melupakan pesanNya!
Lagi, terasa sungguh hina. Bila Ramadhan yang tinggal sebulan lagi, Rejab hampir mengucapkan wida’. Puasa, tapi berpuasa lapar dahaga sahaja. Puasa perut, tapi mulut tidak pernah lapar dari merengek dan kurang bersyukur. Nauzubillah.
Kekuatan apakah lagi yang harus ku hadapi Ya Allah. Keadaan bagaimanakah lagi harus ku bersabar Ya Allah.
Aku mencari Allah di setiap sujudkumsandaran cinTaku... |
Sungguh, aku kalah.
Kalah dengan segala nista di pagi Rejab yang bakal berakhir ini. Pulangkanlah aku ke jalan yang benar. Pulangkanlah aku ke sisiMu Ya Allah. Pulangkanlah seluruh alam ke jalan yang benar. Doaku untuk dia, mereka dan mereka yang aku sayang.
Sebenarnya
dalam resah dan payah demam selesema yang menyerang ini, jauh di lubuk hatiku,
aku sangat merindui anakku Muhd. Nasseem ya Allah, apakah tahun ini seperti tahun
lalu juga, aku harus menatang sakit atas kerinduan. Cinta tidak membunuhku,
tapi aku boleh mati kerana KERINDUAN..
~Teringat
pagi tadi..hu hu..
( hampir tiap2 pagi sejak sakit ni )
Bangun tidur, jam sudah 5;30am. Tahniah, hampir terlepas sahur lagi.
Terhidu bauan gulai yang bibik panaskan.. ^_______^
( bertarik2 dengan selimut, lagi pun
tak sihat, aku paksa juga bibik kejutkan aku ).
Sempat juga aku tersenyum sendiri. Bila bibikku kena marah dek abang kerna kejutkan aku untuk puasa sunat Rejab, ‘dah sakit tak payah puasa, ubat kena makan’ , tegas abang..
Tahun 2011 banyak suka duka. Banyak duka. Aidilfitri 2011 aku tak rai pun, aku lebih suka duduk bersama tetamu Allah di masjidil Haram. Saat itulah paling damai buatku. Rasa tak mahu pulang Malaysia..
Sejenak teringatkan yang pahit pahit, walaupun terasa pedih ulu ati. Pejam mata, pujuk diri sendiri. Yang pahit pahit ini akan segera berlalu.
Waktu sering diusik perasaan bercampur baur, sering juga dimomokkan dengan pelbagai cerita dan kisah membuatkan hati juga resah. Waktu waktu begitu, aku tidak mahu berfikir 2,3 kali hingga menyenakkan kepala.
Lantas,
inilah kerjaku di saat kesunyian di rumah dan hati terasa sedih..hiburkan diri sendiri dengan memasuki alam lain. eh eh..
Alam
lain? Hiks2..dah 2012 ni mekkkk!!..
Flu3...
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...
No comments:
Post a Comment