(¯`'•.¸*♥*¸.•'´¯)
Berjejesan tinta melurut jatuh, berserak aksara menggamit rindu, melukis seperca kasih jernih, terhanyut di kauthsar kudus, bercantum Kaf & Nun, menyalalah samesta, dengan cinta!
DIA....
Seribut malam, kutanya petir yang memokah rasa
berakar api membakar sukma, di mana Dia?
dalam kejang rindu mendawai sayu,
kuredah 7 benua mengijak selaut bara
menapak lorong-lorong kasih antara tangkai mawar
berselirat duri-duri, mendarah kulit nyawa
di mana Dia?
Jika tanjak-tanjak racun Kau sulur
melingkung tubuhku yang sekian lama luka
bunuhlah jasadku berkeping-keping
lontar cebis-cebis aku ke anjing
lihat, bagaimana ia mengoyak derita
tangis matanya tidak sanggup,
pun mencium sengsara yang kutanggung
~Aku mohon pdMu Rabb, Ampunkan aku~ |
~Banyalnya aral, bagai duri di belantara maut.. Tingginya taubat, bagai tak tergapai dek jiwaku yang lusuh...
Di mana Dia?
Tika samudra Ruh-ku menghirup anggur
beralun ombak mabuk, mengendung dzauk
Hu Kau kuseru..
menggelegak darah bergegar jantung
berbinar kalimat melarut ke ubun-ubun
datanglah sakarat, segengam maut
aku pasrah dalam sujud dalam hujan meribut
aku tergadah berbilang fana, dalam asmakMu nan
bercahaya
mendebulah Diri dalam ungkap Haq
meleburlah hati dalam qalam Kaf
O Yunus yang rendah bersimpuh
jabatlah Nun Mu ke limpa jantung
aku mahu berkabung;
Derita merejam benakku
Sehingga aku kenal siapa aku
‘aku sebenarnya HAMBA MU YA RABB..’
"LailLah hailLah anta, subhanaka inni kuntu
minazzolimin"
amalku terlampau sedikit sedang dosaku ibarat pasir-pasir.. |
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...
No comments:
Post a Comment