Asslmkmwtb...Utk jiwa2 yg lara..
Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni
Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini
Bila telah sempurna kegelapannya
Pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya
Seorang penyair berkata: bila anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah bersumpah demi waktu bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa jua yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.
Wahai Hatiku dengarlah...
Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam, baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana atau di kolong saja, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya, maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata anda. Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman, dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan.
Allah SWT berfirman:
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 214)
Ayuhlah hatiku yang terluka ubat saja dengan rasa redho dan qanaah...
Ayuh air mataku..jangan menitis lagi atas setiap kehilangan..Perdilah ke sudut jauh..rendamkan dendam..menjadi baja insaf..
Luruhkn saja hujan derita menjadi banjir kasih yang putih..Mengakulah pada diri dan berdamailah pada hati..
Biar saja sakit itu menjadi ‘kamu’yakni hatiku dan mereka yang sama sepertiku satu kelegaan yang tiada tolok tandingnya bila kamu labuhkan dahi di altar suci. Bila dahi sudah cecah sejadah maka lenyaikan semua derita itu agar gugur menjadi bibit cinta pdNya..
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...
bila mmbaca setiap baris ayat terasa kerdilnya diri dan besarnya Allah..subhannah..
ReplyDelete