Cinta Kasih

Thursday, April 28, 2011

.::.Sharing IS CaRing.::.


ssalamu'alaikum..
sahabat2 seperjuangan yg disayangi..,moga sentiasa di bawah limpahan rahmatNya
Sama-sama kita muhasabah diri sahabat2 sekalian...Pencerahan Jiwa..

KENAPA AKU DIUJI?

“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘kami telah beriman,’sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang- orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang- orang yang dusta “
( Surah Al-Ankabut : ayat 2-3 )

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM- IDAMKAN?

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. “
( Surah Al- Baqarah : ayat 216 )

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “
( Surah Al- Baqarah : ayat 286 )

RASA KECEWA?

“ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang- orang yang beriman. “
( Surah Al- Imran : ayat 139 )

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“ Wahai orang- orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara- perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “
( Surah Al- Imran : ayat 200 )

“ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang- orang yang khusyuk. “
( Surah Al- Baqarah : ayat 45 )

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… “
( Surah At-Taubah : ayat 111 )

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. “
( Surah At- Taubah : ayat 129 )

AKU TAK DAPAT TAHAN!

“ … dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. “
( Surah Yusuf : ayat 12 )


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

No comments:

Post a Comment