Cinta Kasih

Thursday, September 1, 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم                                              


                                            Selamat Sejahtera

                                            ALHAMDULILLAH




                                                               Lambang sebuah Cinta.

Dari tempat ini boleh dilihat Jabal Rahmah yang puncaknya terdapat tugu putih.Mengikut riwayatnya di Jabal Rahmah inilah tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa setelah sekian lama berpisah sebaik sahaja diturunkan oleh Allah ke permukaaan bumi ini dari syurga.Namun ada sesetengah ulama berpendapat, mereka berdua bertemu di Arafah tetapi tidak diketahui kedudukan sebenarnya.Wallahu'alam.






~ CatitanHari ke 10 ...( ini hari pertama umrah)..

~SYURGA DI HATIKU, HANYALAH DIRIMU..( kau pernah hilang nyawa keranaku tapi tidak pernah hilang kasih terhadapku)

( sedih hari ni aq hnya mmpu buat sekali je ibadah umrah, sbb doktor dah bebel suruh rehat nk pilih morfin or rehat?..oah tidak!!).Ada masa tuk menulis..Ada hikmahnya setiap kejadian.( hri ke 10 aq rehat saja di hotel ).

Untuk mengerjakan tawaf memakan masa 35-45 minit.(pengalaman sendiri dgn kasihatan yang tak menentu )Saya tak tahu jika ada orang yang boleh melakukan dengan masa yang cepat seperti 20-30 minit sahaja, tetapi tidak mustahil jika dia sendirian. Kami berlima (+ doktor yang jaga aq ni ) dan ada kak ipar yang sudah kurang sihat sebab sakit buah pinggang  yang perlu di jaga dalam kesesakan itu. Selesai tawaf,kami pergi ke belakang Maqam Ibrahim.Menunaikan Solat sunat tawaf.Pertama kali melakukan solat di sini walau pun tahun 1990 aq sudah mngerjakan haji dengan family, sudah banyak berbeza  dan orang melintas lalu lalang di hadapan kita, saya tidak selesa dengan keadaan ini tetapi rupanya ini adalah perkara biasa. Mana mampu kita hendak menghalang perjalanan jemaah lain dengan keadaan yang sesak begini. Selesai solat sunat tawaf, kami masuk semula ke dalam bangunan Masjidil haram menuju ke al-Mas'a.(tempat bersa'ie) Jika di Masjidil Haram, laluan ke sana ada sign board bertulis To Masaa. Mas'a ialah jarak di antara bukit safa dan Marwah. Sa'ie di dalamnya adalah termasuk di dalam ibadah haji dan umrah..



Tanah tempat Sa'ie ini, asalnya merupakan tanah yang berliku, curam dan tidak rata. Pembaikan dan pembaharuannya dilakukan sedikit demi sedikit sepanjang sejarah sehinggalah keadaannya seperti hari ini.Sesungguhnya Mas'a adalah suatu masy'ar (tempat ibadat) yang tersendiri,seperti firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syi'ar agama Allah".(Al-Baqarah:158







Pusingan 7x di lakukan di antara Safa dan Marwah di Bukit Safa.

Saya tidak nafikan keletihan yang terasa (sebab tiada persediaan fizikal dan aku sudah mula merasa isyarat tubuhku berkomunikasi ), ya Allah berilah aku kekuatan, aku tidajk berhenti bertasbih dah tahmid salawat serta berbagai doa..Aku hanya hamba yang hina dan lemah. Dalam masa yang sama teringat akan kisah Siti Hajar dan Ismail yang ditinggalkan di pdang pasir yang kering dan gersang.Di sinilah Siti Hajar berulang-alik 7 kali di antara bukit Safa dan Marwah,sesekali berlari-lari anak mencari orang yang lalu lalang,kerana anaknya Ismail kehausan mahukan air. Kisah ini cukup untuk saya bermuhasabah diri...saya berjalan antara safa dan marwah dengan lantai marmar yang berkilat dan ada penghawa dingin di dalamnya,bahkan boleh berhenti rehat dan minum air zam-zam yang di sediakan di kiri kanan safa dan marwah...tetapi Siti hajar dalam kepanasan dan kehausan tetap sabar dengan ujian yang Allah SWT beri.Malunya pada Allah kalau saya mengeluh berjalan sejauh ini...Aku mengerling abang dan doktor, aku tahu mata mereka melirik seperti aku seorng pencuri yang perlu di awasi..

“  i am ok..”..usulku, walaupun aku tahu, aku hanya mmneri harapan pd diri sendiri..badanku sudah mula sengal dan sakit sakit, doktor nasihatakn aku tak perlu puasa jika nak meneruskn perjalanan ibadah ni atau aku kena pilih duk saja di hostel dan tima ziarah saja aku serta..Huuuhhh mana mungkin ini peluangku yang mungkin terakhir..Bagiku andainya aku rebah di perjalanan ini, aku merasa sangat bahagia dan berpuas hati..’ Tuhan Engkau tolong aku..’.

Dan Alhamdulillah,untuk mengerjakan sa'ie ini,kami siapkan dalam masa 45 minit.Paling lambat pun dalam 1 jam. Akhir sekali penutup dan penamat bagi pantang larang dalam ihram iaitu bertahalul.Ia ibarat salam bagi mengakhiri sembahyang.Di sini,kami memotong sedikit rambut..




                                         


Semoga setiap helai rambut itu akan menjadi cahaya bagi kami pada hari kiamat kelak.


  • Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:
(الحمد لله على ما هدانا، الحمد لله على ما أنعم به علينا، اللهم هذه ناصيتي, فتقبل مني واغفر لي ذنوبي اللهم اغفر لي وللمحلقين والمقصرين يا واسع المغفرة، آمين.)

Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca:

(الحمد لله الذي قضى عنا نُسُكَنا).


Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut bermakna dia telah bertahallul dengan tahallul kecil, dan dia dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang diharamkan semasa berihram melainkan bersetubuh dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya di mana persetubuhan tidak dihalalkan baginya sehiggalah dia melakukan tawaf Ifadhah.

Dari pengalaman mengerjakan ibadah umrah ini, aq boleh katakan, kita boleh siapkan dalam masa 3 jam bermula dari mengambil teksi untuk bermiqad sehinggalah mengakhirinya dengan bertahalul. Ada jemaah terutama yang muda,sihat dan masih bertenaga boleh melakukan sehingga 2 kali umrah dalam sehari.Sekali sebelah pagi selesai sarapan, sekali sebelah malam, selesai solat Isyak dan makan malam. Pengalaman saya, jika melakukan pada sebelah pagi seawal 7.30 pagi, kami boleh siapkan sebelum 11 pagi.Kemudian sempat balik ke hotel untuk membersihkan diri dan berehat lebih kurang 1 jam kemudian pergi semula (berjalan kaki) menuju ke Masjidil Haram untuk Solat Fardhu Zohor berjemaah.Rasanya tak kan ada sesiapa pun yang sudah datang ke Mekah untuk 'missed' setiap solat fardhu di Masjidil Haram kecuali jika anda jatuh sakit ketika itu, kerana Rasulullah saw pernah bersabda,
“ Satu sembahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”

Manakala jika anda berhajat hendak melakukan umrah pada sebelah malam,(tip untuk sahabat yang ingin mengerjakan umrah) bolehlah dilakukan selepas Isyak dan selepas makan malam.Biasanya kami akan pergi pada pukul 9.30 malam dan boleh siap dalam pukul satu pagi.Kaum hawa pastikan pergi bersama mahram anda. Satu lagi cara, boleh buat selepas asar, anda boleh terus ke Masjid Taneem. Pasti sebelum solat Maghrib anda sudah siap melakukan tawaf. Masa inilah berpeluang dapat solat fardhu betul-betul berdekatan dengan kaabah. Selepas solat maghrib, kami sempat mengerjakan Sa'ie 7 pusingan dan kemudian menunaikan solat Isyak di tempat sa 'ie. Selepas  isyak baru mengerjakan tahalul dan bebas dari ihram. Alhamdulillah...apa pun semuanya terpulang kepada anda,


masa itu pilihan anda. Semuanya terpulang pada kemahuan dan kekuatan anda..
Salah sebuah banguan di hadapan Masjidil Haram.


he.he,,info je...fikir la sendiri..

Tadi saya ada memberitahu tambang teksi agak mahal dalam 50 saudi riyal.Sebenarnya ada lagi pilihan yang lebih murah.Anda cuma perlu berjalan sedikit di depan masjidil haram sebab teksi kita boleh ambil depan hotel.Di sana banyak van-van sapu yang boleh membawa anda ke masjid Taneem dengan bayaran serendah 2 saudi riyal sahaja, tetapi keadaan dalam van agak sesak,sesetengah van sudah uzur benar dan tidak ber aircond...yang penting sampai (dengan selamat..InsyaAllah).( save burget )..:P





                             Banyak kenderaan tunggu penumpamg..tapi pilihan di tangan kita..:-)


Pada ketika kami berada di Mekah, pembangunan sedang giat berjalan.Banyak bangunan-bangunan lama di sekeliling Masjidil Haram yang dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru yang tinggi. Hotel-hotel mewah,  Al-Safwa Tower, Zam-zam Tower dan entah bermacam-macam lagi tower....Saya memandang perubahan ini dari sudut yang positif kerana ia turut memudahkan para jemaah yang ramai.Bagi yang berkemampuan mereka boleh tinggal di hotel-hotel mewah yang sungguh dekat dengan masjidil haram dan amat memudahkan mereka untuk datang ke masjidil haram untuk beribadat. Jika orang yang duduk di hotel jauh boleh berjalan kaki, pasti tiada alasan untuk mereka yang berada.Gunakanlah nikmat yang Allah beri itu dengan sebaik-baiknya.Kami ada masanya akan singgah di Zam-zam tower, kemudian patah balik semula ke Masjidil haram.



( ada gerai makan diatasnya, skrng tutup le pose) Dan yang menarik, boleh pergi ke toilet yang disediakan tempat wudhuk untuk wanita. Di sini agak selesa kerana, tempat wudhuk di masjidil haram sentiasa sesak dengan manusia.



Bangunan lama dirobohkan dan diganti dengan baru yang lebih tinggi...
Memandangkan pembangunan yang sedang giat berjalan ini,suasana di Mekah terdedah dengan habuk dan debu.Ramai jemaah yang menggunakan mask .Kalau ingin dibuat perbandingan Kota mekah dan Kota Madinah,saya lebih suka berada di Kota Madinah yang aman dan tenang itu.Benarlah seperti apa yang ditulis oleh Prof Kamil dalam bukunya yang bertajuk Travelog Haji, suasana islamik itu hanya anda rasai semasa di Masjidil Haram ,tetapi tidak di luarnya. Suasana manusia yang bising membeli belah, bunyi-bunyi hon kenderaan disepanjang jalan, suasana hiruk pikuk kota sungguh tidak mententeramkan jiwa anda.Percayalah ketenangan itu hanya ada di Masjidil Haram.






Kami mnginap di hotel Hajjej di Makkah. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kami sampai ke destinasi agak lambat iaitu pukul 11.30 malam. Jarak dari Hotel Hajjej ke Masjidil Haram ialah lebih kurang 600 meter. ( berterabur plak..baru teringat duk hotel mana..:p )



 ~SYURGA DI HATIKU, HANYALAH DIRIMU..( kau pernah hilang nyawa keranaku tapi tidak pernah hilang kasih terhadapku)
Bertemu cinta di ambang syurga..


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

No comments:

Post a Comment