Cinta Kasih

Thursday, December 20, 2012

“Aku Hujan & Fb..”




~uh uh uh.. dikala saya mempunyai banyak perkara nak diceritakan, jadual begitu penuh sekali, assgmnt dan kerja menimbun menunggu. Ohh.. saya nak tulis jugak, walaupun terpaksa berulang kali tutup dan buka skrin ni, bila ada kkawan datang~terutamanya bila assgmnt saya datang! ehehehe…

                            CUACA oh december..






Lewat kebelakangan ini, Malaysia dilanda hujan sepanjang hari, kan? Saya sangka hanya Pantai Timur sahaja, tapi hampir kesemua tempat pun melaporkan keadaan yang sama, jadi terpaksalah saya akui, Malaysia sekarang mengalami musim tengkujuh. Decemeber coming..

Yang sebenarnya, saya sangat suka hujan. Kecuali sewaktu hujan turun semasa saya mahu keluar rumah dan ingin menaiki pengangkutan awam, atau bila baju tak kering-kering di ampaian, atau ketika saya mahu naik terbang ke mana-mana, kecuali pada saat-saat itu, saya suka hujan!
Sejak dulu saya mempunyai habit suka memerhati rintik-rintik hujan dari anjung rumah, atau pun melalui tingkap yang terbuka luas. Saya suka bila angin serta basah air hujan tu terkena ke muka saya, menimbulkan rasa dingin dan nyaman sekali. Bila merenung pada hujan yang sedang turun, selalu membawa saya ke emosi yang pelbagai, kadang-kadang sayu, ada ketikanya sedih, di suatu ketika lain pula mungkin rasa aman, gembira dan macam-macam lagi lah.

Bila waktu hujan, suasana akan menjadi sejuk dan nyaman. Ramai orang suka duduk di rumah di waktu ini. Manarik selimut adalah sesuatu yang nikmat di kala suasana begini. Tetapi, menikmati secawan nescafe atau teh panas, sambil memerhati hujan yang masih turun, adalah sesuatu yang saya paling gemari.




Teringat sewaktu kecil dulu, pada waktu hujan begini, kami anak-anak kecillah yang paling gembira. Tak seperti sekarang, abah dan mak, atau ahli keluarga yang lain tak pernah marah kami mahu mandi hujan. Aktiviti ini selalunya diakhiri dengan kami beramai-ramai membuat empangan pada sungai kecil di dalam kampung. Air sungai yang mengalir, dicampur dengan air hujan yang turun, sekejap saja empangan sudah dipenuhi air. Sebelum empangan kecil tu pecah, semua orang akan terjun ke dalam empangan yang tak sampai pun paras lutut tu. Tapi itu pun dah cukup menggembirakan kami. Arwah nek pula, ketika waktu hujan ini, sangat suka menikmati secawan kopi panas. Kadang-kala, ada pula hidangan sampingan, ubi kayu rebus, dicicah dengan kelapa parut bersalut gula dan ikan masin. Wah, sangat sedap!!







Tapi sekarang, saya sudah jarang menikmati hujan. Tak tahulah sama ada kerana saya yang terlalu sibuk, atau hujan sudah tidak memberikan kesan kepada emosi saya lagi. Tapi kalau mempunyai kesempatan itu, saya tidak akan melepaskan peluang menikmatinya. Errmm…



                                                   ~Arora 2012~




C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

No comments:

Post a Comment