~Sebuah catatan perjalanan sang Arora... bukan reti pun bab bola2 ni, tapi oleh kelahiran yang atasnya abang2 kaki bola, terpalit juga pada aq yang pompuan tapi minatnya terhasut oleh aura abang-abang aq.. Namun aku tetap seorang WANITA, tapi minat..Bola..Maafkan adikmu ini wahai abang2ku, jika yang lain aku sudah berubah tapi bab sukan ni tolong jangan pisahkan aku!!!..
GAUMMM... |
Entah kenapa fajar hari ini sunyi, sesunyi perjalanan di dataran
mimpi. Surau besar pagi ini lengang pula dari kunjungan para penghuni setianya
lebih daripada biasa.
Keheningan pagi hanya dipecahkan dek bunyi-bunyian burung
kelicap di sana sini. Jalanan pula sepi dari laluan yang biasanya sendat
memenuhi kapasiti.
Pasar yang sentiasa sendat dengan pengunjung juga lambat
memulakan sesi pencarian rezeki. Entah kenapa ye hari ini sunyi, sesunyi di
dataran mimpi….
Adakah masing-masing sibuk mengajar anak-anak mengaji di pagi
hari?
Adakah ayah-ibu kepenatan setelah berqiamul-lail menghidupkan
malam sehingga pagi?
Adakah para remaja tekun mentelaah buku demi ilmu kerana Ilahi?
Adakah anak muda remaja sibuk beriadhah demi menjaga kesihatan
diri?
“Aaah….elok rasanya untuk aku bersangka baik buat umat ini…..”
Bisikku memujuk diri. Berteleku pepagi ni tak elok kata orang tua-tua, sempit
rezki.. Baik aku pergi ronda-ronda.. Jogging kunun..ahakkk.
“Eh Mamak, Kenapa hari ini sunyi ye? Sunyi daripada biasa…”
Tanyaku lurus tanpa selok-belok lagi. Bukan mesrapun, dan memang tak suka layan
kedai mamak, tapi itu je yang terdekat dalam perjalanan kakiku..:p.
“Tak kan
cik tak tau, Harimau SERI dengan Gajah
Putih malam tadi. Semua orang di sini
masih berdengkur lagilah sekarang ni…..” Jawapan selamba si mamak yang istiqamah
menebar roti canai.
“Oh begitu…..” Sambungku dengan senyuman tersipu-sipu.
“Ya, inilah realiti kini….” Bisikku di dalam
hati.
Bukanlah silapnya pada bersukan kerana Islam menuntut umatnya
memiliki tubuh badan yang sihat. Bukanlah salahnya berhibur dan bergembira
kerana fitrah manusia amat memerlukannya.
Itu bukanlah persoalannya.
Persoalan yang berlegar di kepalaku ialah pencarian
pemuda-pemudi yang berwawasan. Generasi muda yang menjadi harapan umat kini
bagi memimpin mereka di masa depan.
Walaupun perjalanan ini begitu berliku dan masih jauh dari titik
penghujungnya, namun aku tetap meyakini bahawa inilah laluan terbaik untuk ke
destinasinya bersama ummah tercinta. Bola bola bola la juga, ni pagi isnin ada
lagi yang bercuti eawww, berbaik sangka depa nak abiskan cuti hujung tahun la
erkkkk.. kan kan kan..
~Note~
Wan Zack Haikal..tentulah harapan di letak di pundak diaaaa.. :-) |
Kalau ikut rekod
pertemuan perlawanan Malaysia VS Thailand, sejak
daripada tahun 2007 lagi Malaysia tak pernah menang pun dengan Thailand. Belum
pernah lagi. Memang payah jumpa Thailand, tetapi tiada yang mustahil untuk
Malaysia.
Jadual Perlawanan Malaysia Vs
Thailand AFF Suzuki Cup 2012
§
Perlawanan separuh akhir pertama : Stadium Bukit Jalil pada 9
Disember Disember 2012
§
Perlawanan separuh akhir kedua : Stadium Supachalasai, Bangkok
pada 13 Disember 2012
Ehekk..siap bagi jadual ni..
~Sebuah Harapan..^__________^
"pakar sepakan percuma" dan juga "Beckham Malaysia" iaitu Safiq Rahim dan Safee Sali.." |
SAYA RASA SAFEE SALI
AKAN MEMASTIKAN MALAYSIA MENANG DAN BADROL BAKHTIAR DAN SAFIQ RAHIM DAPAT
MERENCANA SERANGAN UNTUK MEMECAHKAN KUBU GAJAH PUTIH...
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...
No comments:
Post a Comment