Adehh, perit pulak terasa mate nak lelap..Kacau ni..
( tapi aku masih tak puas mahu berkunjung dan menulis di sini..mngkinkah malam ini malam terakhirku??)..
( tapi aku masih tak puas mahu berkunjung dan menulis di sini..mngkinkah malam ini malam terakhirku??)..
Aku membongkar katilku, mengemas tilam dan bantal2ku tanpa mau bibik bantu..pintu aku kunci.
Maybe malam ini aku mahu tidur lena selenanya, dengan tidur yang sempurna tanpa resah atau melelapkan mata bila aku rasa benar2 mengantuk..
~**~Aku ingin coretkan sejuta ingatan dan kenangan tapi maafkan aku kerna tak mampu~** |
So semuanya sedang aku bongkar, Mau mandi? biar aku rasa panas badanku sejuk dan segar..Tengah malam? Kalau mama ada pasti dia marah sebab tidak elok utk paru2ku yang sememangnya x elok dan tubuh yang sakit..
Bayangkan, tilam tebal 6 inci aku letak lagi di atasnya tilam nipis sampai empat keping dan di atasnya aku letak tilam kekabu..Aku rindu nak tidur di atas tilam kekabu. Masa kecil enaknya tilam yg ibu buat dgn kekabu..setiap hari papa akan kumpul buah kekabu yg sedah matang dan jemur, emm kadang orng kampung beli dri papa..Buat bisness..he.he.. sempat..
Alangkah sukar dan peliknya jika orng tengok tempat tidurku yg asalnya ala ala english dah jadi alalalalalala doh..Tapi orng tak tau, ketika aku murung katil, tilam, selimut dan bantalku inilah yang memberi kehangatan pdku kerna setiap helai cadar adalah hasil buatan tangan arwah mama, kat kampung di panggil 'kait'..
Ketenangan dan kehangatan ini tidak akan di temukan di mana2 pun..
Aku suka berselimut kain tampal yang arwah mama buat..aku akan berselimut tak kira sejuk atau panas kerna di situ ada aliran rindu nan syahdu..
Bajuku dll yg ada aku tak suka bkongsi..i am sorry..:p
Aku sambung semula kemas katilku yang dah berubah arah, tak mengadap kiblat spt selalu tapi masih berunsurkan fensuiii ke Islaman..he.he. kena le..Tapi aku terkedu sejenak sebuah Diary jatuh dari celah tilamku, aku terperasan, Diary engkau yang aku tidak mampu utk buka dan baca dan aku hanya setiap malam mendakap dengan rawan kerna dengan begitu aku merasakan engkau sentiasa di dakapanku..Mengigil tanganku gapai.
Aku terasa yang engkau jua rindukan aku..Saat ini engkau pasti mengintai aku di celah Diary ini dengan bait lembar bahasa cinta mu..Aku sebenarnya manusia yang dupang. Tidak akan menyatakan apa yang ada di hatiku walaupun aku amat menyintaimu..Dan saat ini aku amat rindu padamu..
Esok..aku akan ke sana, aku akan pasti datang menziarahi mu sekerap mungkin aku mampu..Aku akan sentiasa menyiram air mawar dan menaburkan kelopak cinta kita dengan warna2 bunga serta mentasbihkan doa yang lebat..PUSARAMU tidak akan sunyi tanpaku..Selagi hayatku masih ada..sehingga satu masa aku tidak mngunjungi tanah basah ini kerana saat itu aku sudah bsatu dengan harapan bersama utk menemanimu.
-akan kutulis di satu tanda bahawa aku pernah mncintai engkau walaupun kita tidak pernah memiliki..
"Sesungguhnya kematian adalah sebaik-baik peringatan.."
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...
Sukarnya mendidik diri kalau tidak ada bimbingan ilahi. Ya Allah berilah kami kekuatan menghadapi hari-hari mendatang supaya kami tidak mendapat saqiyyun fil akhiroh.
ReplyDeleteassalamu alaikum ...
ReplyDelete