Cinta Kasih

Tuesday, May 17, 2011

~Super Saiya~

Bismillah.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Semoga semua pembaca dirahmati Allah!





"sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya"


Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri-ciri mereka?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”


Beginilah "Super Saiya" seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW. Tunggu ape lagi? Ramai sedang ke sana,

malah sudah ramai bergelar mujahid. Saye pula?

Oh tidak,sungguh ya Allah saye tak mahu jadi orang tertinggal~


Inilah jalannya…yang penuh dengan warna,

walau terkadang hati ini dihiris-hiris,

namun inilah kenyataan erti hidup sementara,

ia bukan utk orang manja, dan bukan juga yang sering memberikan seribu alasan.

Jalan ini bukan jalan suka-suka, kerana hidup ini bukan Allah cipta untuk sia-sia!


C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...

No comments:

Post a Comment