Bismillahirrahmanirahim..Entah apa entry nk tulis ni..Aku rindu pada mama dan papa sebenarnya..
Terlepas lagi saat2 yg menyukarkan, sesak nafas, lenguh lenguh sendi dan bisanya bagai tercabut..Kepala berat dan pening seoalah tak mampu menanggung kesakitan jasad yang terasa kejang..
Abng dan bibik begitu setia dan sudi menawarkan diri utk picit kepala dan mengurut badanku..Tapi aku jenis tak suka badan di pegang dek orng, biar berpeluh dan terguling2 menahan kesakitan melainkn aku sudah tidak sadar dgn goncangan kesalitan yg menghambat..
Rasanya subuh aku baru boleh melelapkan mata,emm kebetulan cuti2 malaysia..(syttttt, senyum erkk). 'Ke hospital ya dek', suara abng lembut sambil mngusap kepalaku dgn kasih..
'Hospital?untuk apa?eee, lebih baik aku menahan kesakitan ini selagi mampu bertahan..Aku fobiaaa..Peluhku seperti orng mandi keluar dari setiap lubang romaku,baunya semua semerbak ubat sudah setahaun aku makan mcm2 jenis pil..berbagai warna, saiz dan rupa..adushhh..Abng mngelap peluh yg mercik di wajahku yg agaknya waktu itu berkerut macam nenek umur seratus tahun..Tua kah aku??
Dadaku terasa sakit sekali seolah di tikam2 dengan pedang yanag tajam. Nafasku sesak dan sengal.masyaallah berilah aku kekuatan..
Aku hnya makan ubat yang doktor bekalkan, mmng cukup utk seminggu, tapi sakit ku tiba2 menyerang lepas jogging tadi..SUdah telan jugak, terpaksa..weikkk.
Baru terasa kurang sakit dan berat kepalaku, cume gigil kesan ubat. Namun aku masih tergolek dan terguling di katilku, nk bangun terasa pusing.
Batuk kecil ni pun membuat aku rasa sesak dan sakit,tapi sudah berkurang. Emm, arwah mama kata, kalau badan panas elok minum kembang semangkuk atau makan buah pisang..Tadi terbau durian jiran beli sebiji dia lontar ke rumah aku, bibik sempat menjaja di depanku..
'Putri demam engak bisa mkn durian ya..'
'Puihhh!! tau aku sakit dia tayang pulak..dasar mau mnyakitkan saja..semua semua tak akan faham'..enmm faham sendiri le diri yg sakit tu..control..:p
Hari ini hari ibu rupenya, 'SELAMAT HARI IBU' ..utk para2 ibu.Sayu hati teringat arwah mama dan papa..Al-Fatihah..Sebenarnya aku rindu, sangat rindu pd mereka..Dlm sujudku sentiasa panjang utk mereka..
Demi kasihku..
C.I.N.T.A ADALAH ANUGRAH, PELIHARALAH IA SEMENTARA KITA MASIH MERASAI KEUJUDANNYA...
Adeh,,break kejap, sakit dan sebak dadaku bila sebut nama ibu..Aneh dan luar biasanya kasih seorng IBU..
12:22 AM....
Demamku on off je sejak semalam, aku tahu ini petanda aku akan sakit lagi..Semua set ubat aku dah telan, Doktor Faridah bergegas datang check seperti biasa. 'Kalau tak kebah kena ke hospital tau'..itu satu amaran dan arahan yg wajib aku patuh..
Entah bila aku terlelap, sedar saja laptopku sudah off dan tersusun kemas di atas meja yg semlm atas tilam, kedudukkan baringku pun dah begitu teratur dan selimut menutup badanku..Ini mesti abang atau bibik..Ya Allah baiknya mereka dan sabarnya mereka , maka Engkau mudahkn urusan mereka..Kalau mama dan papa ada..kan baikkk..rasa air suam merembes di pipiku..
Entah kenapa air mataku asyik berlinangan, sebab aku sakit ke? atau aku rindu pd kedua insan yg kucintai atau aku rindu pada dia??yg mana satu??
Aku rasa sakit mcm ni mau je duk bawah katil, atas katil, tepi katil, mane yg selesa, dada sakit, sesak nafas, baru doktor bagi oksigen..fuuuhhh, tapi dada rasa panas.
Berdenyut2 kepala ni. abng paksa aku makan walau sebuku roti..itu pun sikit yg mmpu aku telan,muntah balik.hanya minum susu..
Di pembaringan ini aku tertoleh dgn kenangan, kenapa aku ingat dia saat begini? Aku memang tak bguna..Aku mahu engkau bahagia tapi akhirnya kita begini jua.
Air hidung dan air mata mngalir bertambah tambah bersama sendu hati,,,huk3..Selagi aku kuat utk bangun aku akan bangun dan tidak akan mahu menampakkn aku lemah dan sakit.Kerana itu janjiku tak mau susahkan orng lain lagi. Biar semua ini aku lalui sendiri..
Air hidung dan air mata mngalir bertambah tambah bersama sendu hati,,,huk3..Selagi aku kuat utk bangun aku akan bangun dan tidak akan mahu menampakkn aku lemah dan sakit.Kerana itu janjiku tak mau susahkan orng lain lagi. Biar semua ini aku lalui sendiri..
Hidup aku terasa sangat sepi biar pun dalam kemeriahan, entah nape, Nak membloging pun dah jarang,bukak je blog sedih mamper kerna dia sentiasa ada di blogku..Dia adalah blogku..aku tak blh larikan diri. rindu sendih dan tawa dia ada disini..
Aku ingin catitkan aneka rasa hatiku sebelum aku meninggal.
Seorang demi seorng saudara dan sahabat handaiku meninggal termasuk dia, dan akan tiba juga giliran aku. Yang aku amat sedih ada saudaraku meninggal sendirian sebab anak2 dan saudara mara tak mau peduli sebab sangat membebankn, dan apatah lagi aku yg asyik sakit ni..tentu sangat membebankn orng.
Lately hati rasa hancur dan hampa. Aku sudah tidak mampu membuka hati utk sesiapapun setelah kepergiannya..Aku sakit dan sakit lagi hatiku.Rasanya offline je ni..mampukah??
Aku terkadang bosan bila keluar atau kena cahaya datang le pening,sakit kepala, lemah badan, sesak nafas..bosan sungguh..
Hidup ini sangatlah walang utk orng mcm aku, Aku genggamkn berbagai rasa di dalam hati, Aku belajar menyayangi seseorng dalam diam. Aku takut dgn kasih ini akan membawa orng merana dan berduka kerana seorng aku yang pastinya aku salah mngasihi orng lain dlm situasi ni kerna hanya akan mngundang luka di hati mereka..
After makan ubat aku tertidur lagi,.asyik makan, tidur, makan tidur..tu dia..Mataku terbuka,aku rasa sunyi, selalu anakku akan sentiasa mmberi sesuatu setiap hari yg bermakna. Anakku akan mmberi kad ucapan, hari ni hari ibu, pasti dia ambik duit tabung nk beli kad atau bunga, dia akn tulis selamat ulang tahun@ hari ibu@atau hari2 'i luv u umii'..dlm tulisan tangan yg x sempurna cantik tapi bagi ku cukup mnjadi sejuta bahgia yg sempurna tanpa celanya bagi seorng ibu..
'Aku Ibu??yah..aku ibu kepada anakku..dia yg kujaga dan anak susuanku sejak umur sehari di lahirkan..Aku merasakan hangat kucupannya di dahiku setiap kali pulang dari sekolah..jeritannya.Sudah 8 tahun kami bersama dalam suka duka dan aku tatang dia bagai minyak yang penuh tapi aku kehilangannya sekelip mata.. Zalimnya mereka merampas kasih sayang ku dan memisahkan kami..Aku bagai gila tanpanya..Tuhan tolong beri aku kekuatan..
Dadaku terasa ngilu. Pedih dan lingkar mata sangat senak dan berdenyut2. Apa yang mampu aku lakukan disaat begini,kedua orng tua tiada, anak menjadi sebhgian dari nadiku di rampas dariku dan insan yg aku cintai pergi tanpa aku berhadap dengannya utk selamanya..Apa lagi selepas ini??
Apakah aku masih tidak cukup layak menjadi seorng KEKASIH, ISTERI dan seterusnya mnjadi seorng IBU?
No comments:
Post a Comment