Cinta Kasih

Friday, December 17, 2010

Limpahkan kasih sayang

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."





Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:

  • Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.

  • Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.

  • Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.

  • Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.

  • Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.

  • Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

    Selagi kita mahu membantu dan mengasihi, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.


  • %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

    No comments:

    Post a Comment