Cinta Kasih

Friday, December 17, 2010

~"Aku telah kehilangan diriku"~




Aku menulis bukan kerana nama, bukan pula untuk di sanjung tapi aku mencoret dengan hatiku yang luluh, tinta air mata ini berbicara lagi. Membantuku tanpa jemu untuk berbicara dalam kebisuan.

Malam begini bagitu asyik bagiku, heningnya menyentap lembut keingkaran dosa hatiku lantas ia terus mencair egoku yang membata..Apa yang ada pada diri?.aku melihat diriku yang kejang dan kaku dalam selimut putih di wad kematian ini..Aduhhh..tak mampu rasanya untuk menuntu setiap hak...
Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang berbunyi:




Terjemahan:

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah kurniaan Allah, yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar."

(Surah Al-Hadid, 57 : 21)
Merujuk kepada satu hadits yang dicatatkan oleh Syaikhul Islam Al-Imam An-Nawawi rohimahullahu Ta'ala dalam kitab beliau yang berjudul Riyadhus Sholihin, dikhabarkan kepada kita perkara berikut (terjemahannya):

Dalam laporan lain yang direkodkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w. menyebut:

"Sesiapa yang mengaku percaya, tidak ada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad ialah utusan Allah, Allah tidak benarkan dia kekal di dalam neraka."


Abu Zar melaporkan: Nabi Muhammad shollalLahu a'laihi wasallam bersabda:
Allah berfirman:

"Sesiapa yang melakukan perkara-perkara baik, dia mendapat pahala 10 kali ganda atau lebih. Sesiapa yang melakukan perkara-perkara jahat itu dibalas dengan satu hukuman atau diampunkan. Sesiapa yang datang dekat kepada-Ku sejengkal, Aku datang dekat kepadanya sehasta. Sesiapa datang dekat kepada-Ku sehasta, Aku datang dekat kepadanya sedepa. Sesiapa yang datang berjalan kepada-Ku, Aku datang berlari-lari kepadanya. Sesiapa yang datang berjumpa dengan-Ku membawa kesalahan sepenuh isi bumi tetapi tidak mensyirikkan-Ku, Aku berjumpa dengannya dengan membawa keampunan sebanyak itu juga."



Ya Allah, betapa baiknya Engkau..Dalam aku kehilangan diriku,aku tersesat di jalan yang terang,seperkara kutinggalkan tentang Engkau yang memberi kerahmatan. Semalam aku meninggalkanmu dalam lenaku, namun Engkau menjaga setiap inci dari mimpiku agar tidak tercemar oleh syaitan, biarpun tahajjudku tersasar keakhir malam, Engkau tetap bangunkan aku dengan kasih sayang dengan memberikan aku semula oksigen, rasa puas dan rasa selamat dengan gelap malam. 

Pagi ini, Engkau hadiahkan lagi sinar mentari dengan Vitamin D nya..kehangatan yang nyaman dan tidak membakar mulusnya kulitku..Ah..banyaknya nikmatMu..
Dalam rehat ku yang panjang, aku tidak mnyedari satu kehilangan lagi. Maafkan aku...

Rebah sudah kekuatanku setiap kali ku ingin catitkan kengerian dalam komaku..aku ingin berhenti disini dulu..



 


No comments:

Post a Comment